Friday, July 10, 2009

Y511 : Perang Senyap

flickr.com

aku telah berperang secara senyap dengan roomate aku. ya, roomate aku ada sorang ja! memandangkan kitorang duduk kat master little master bedroom, harus lah berkongsi dua. lagi 2 org kakak amek single room.

setiap hari aku rasa kenaikan darah aku makin tinggi. aku rasa meluat sangat nak balik rumah, apatah lagi nak duduk dalam bilik busuk tidur itu. nak solat pon tak sior aku! terima kasih kak an sebab bagi pinjam bilik T____T kecuali utk tidur lah.

kes 1 : aku pinjam rak buku dia sebab nak tumpang letak bedak, sikat semua tu lah. suddenly, dia campak semua barang2 aku atas almari zip aku tu! dia ingat tu almari besi perkasa kah?? mmg aku terasa sebab aku mmg takde rak nak letak benda2 aku tu. nak la tumpang dia punya. aku dah mintak permission awal2 dulu lg. ok,fine lah kalau kau tak bagi aku tumpang kan.

penyelesaian : kau berkira dengan aku. sepuluh kali lagi aku berkira dengan kau! kipas aku tak share langsung dengan dia. time tidur, jgn harap aku bagi kipas tu pusing! tapi aku tau diam2 dia dok guna kipas aku! i9^T%$#!!

kes 2 : bedak bertaburan di hujung tilam aku. tak jauh dari tu, ada bekas plastik air pasar malam tengah landing baikkk punya!

penyelesaian : aku. diulangi- AKU sapu debu2 bedak (its mine ok!), aku amek cawan plastik tu, aku letak atas rak buku dia. lepas tu aku kemas sepah2kan tempat tidur dia. hahhaa. kejam? padan muka! and yang paling best gila tu, balik tu dia tak tanya langsung kenapa tempat tidur dia bersepah! H-E-L-L-O! sumpah pelik!

kes 3 : 3 hari lepas aku balik dari kerja, tgk bilik bersepah dengan iron tak lilit betul2, deodorant letak merata!

penyelesaian : aku lilit iron tu elok2 sebab tu kepunyaan kak anna. kang kak anna balik, dia marah. deodorant beliau? aku buang dlm tong sampah! HAHAHHA. apesal entah aku keras hati gila hari tu. i think she is too much! and dia dah beli baru punya deodorant. dia ingat bilik tu dia bayar sorang? u deserve it, kak!

sepanjang aku hidup, tak pernah mendapat roomate yang begitu sangat tragik. yang begitu membuatkan aku rasa nak lempang dia kalau boleh. dia sebagai seorang KAKAK, dah umur 26, supposed tau nak menguruskan diri, bilik, baju, tempat tidur sendiri! tapi ni??? sambunglah ayat anda sendiri.

aku tak bukak aib dia. ni bukan kategori aib lg! ini hanya penceritaan berdasarkan fakta. kalau lah beliau terjumpa blog ni, or baca entry2 comel yang aku tuju utk beliau, terpulang. eerrr ucap selamat datang ke blog yonna je la :) hahhhahaha..

kawan2 aku suruh aku slow talk dengan beliau. ada yang suruh buat meeting satu rumah (haaa,meeting 1 rumah kau! ).. ishh , sungguhlah aku lemau. sampai sudah aku tak cakap or tegur beliau dengan perangai ntah-ape-ape beliau tu. sebab, bila aku dah ckp nanti, aku suka perli2, tu kelemahan aku dan mungkin kakak tu akan tikam aku dengan pisau gunting merah beliau! aku kalau geram, tak ckp direct, aku perli2 makan dalam T___T (buruk punya perangai!) sebab tu ramai lalat kot. ko sentap ek lalat? :) eh,melalut pulak.

sengsara sebenarnya apabila duduk di habitat tempat yang kita tak berapa nak selesa. jgn suggest pindah rumah sebab aku sangat rapat dengan 2 org lagi kakak, kak an and kak anna. mereka berdua sangat best dan sangat memahami jiwa remaja aku yang memberontak almost hari2. thank u,kakak T___T

kakak roomate baik sebenarnya. suka bersembang dan ketawa tp aku jelak dengan perlakuan beliau. sudahnya, dah beberapa hari tak bercakap. dah beberapa hari tak makan bersama. aku malas. aku tawar hati dengan apa2 perkara yang berkaitan dengan dirinya. better berdiam diri kan? sebelum2 ni pon kitorg buat hal masing2.

dapat jawapan tak kenapa setiap kali weekend aku mmg tak duduk kat putrajaya???

# thank u so muchhhh utk semua komen pasal hilang dara sebelum kahwin tu. mmg kita berkahwin bukan semata-mata kerana seks tapi, itu lambang maruah kita bukan? jgn sewenang-wenang memberikan pada yang belum sah menikahi kita :)

22 comments:

Farah Amin said...

woah tragisnyeeee.. kalau farah pun, farah balas balik yonna. haha

~ mizzAmy ~ said...

uish... kes berat nih. dah la sebilik. kalau akak, akak tukar duk bilik lain. boleh ke?

Jard The Great said...

ouch.. sumpah.. aku pon jelek dgn org camtuh.. huhu..

yOnnA said...

farah :
AHHAHA. mmg kejam tp biar puas hati kan? hehe

mizzamy :
tak boleh kakak. sebab lagi 2 single room tu mmg kecik. muat2 utk 1 tilam je. malas nak nyusahkan diorg lagi :(

jard :
haha ko rase aku ni?

chentatiku said...

sumpah je dia jadi peti ais..sekurang2 nye boleh berkhidmat utk yonna nnt..

hehe..taklah. gurau.

mak saye pesan, biar org wat kite, jgn kita wat org..memang susah nak sabar, tapi hasilnya sangat manis.

selamat menjadi manusia sabar, yonna!!

salam ziarah~

Liz said...

owhh..kesian sgt u yonna..dulu cite lain..skang cite lain plak..
mcm2 kan..sabar2..
i pon pnah kene..u bayangkan..mase sem 1,roommate i bawak berbelas2 org kawan die masok bilik i yg besor stor aje tu..u bygkan mcmmane i nak study, bile diorg dok gelak2 tgk movie..tmbah plak..dahla time tu i tak pandai bahasa pantai timur lg..mmg geram sgt! smpai sudah i tak tegor die..

*shay* said...

akak harap yonna dapat bersabar... orang macam ni memang nak kena tegur gak nih...

tapi kalau kita tegur dia tak layan gak, kita ikut lak perangai dia biar dia pening lak...

fiezabaiduri said...

suka dgn pesanan ibu chentatiku..

hmm..bai tak de pengalaman sewa rumah atau bilik.

tapi bai rasa ada baiknya kalau berterus terang.
lagipon yonna nak dok lama kan kat situ.
hari2 nak jumpa pulak tu.

kalau saling membalas, sampai bila pon tak habis..

striker said...

salam.

dok umah aku jom? hehe :p

ok, ni yg btol punya.. ko ckp baik2 ngan ngan dia je lah.. kalo xdpt ckp sbb ko akan sindir, ko try hantar e-mail ke, sms ke.. guna ayat2 yg elok..

dia pun baik hati sebenarnya, i know & i know u know it too kan? :)

all the best syg~ =)

ku tak sempurna said...

wakakakaka...
wakakakaka...

sorry beb.. aku terpaksa gelak baca entri ko ni..

aduh laaaa... macam2 org ni...

.
.
.
.
.
aku harap, ko dpt memperjuangkan bilik ko tu smpi bila2!!
wakakaka... hidup YONNA..

jangan mengalah!! walaupun kalah :P :P :P

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Yonna.

Aishhh. Rimasnya duduk dengan orang macam tu. Tak pelik kalau kamu boleh bertindak macam tu pada dia. She deserves it. Huhu. Ada chance tak kamu akan dapat bilik single atau rumah lain? Tapi kesian kat kamu pulak la sebab kena pindah randah nanti.

nadia-ady said...

kak yonna sound direct je la kak yonna..huhuhu..

p/s: 100% setuju ngan cadangan striker di atas.Try hantar email, cakap elok2 =)

ღ~n0n0i~ღ said...

Oh Yonna, apsal lah perangai sama macam KakNoi ni?
Yonna buang deodorant orang, Kak Noi buang kuali orang. HAHAHAHA..

Oh Yonna,
Memang le kita ni duduk rumah sewa banyak cabarannya. Banyakkan bersabar.
KakNoi lagi le..dia pembaca blog akak.. trang tang tang dia tau kalo kaknoi tengah marah etc..akak siap tampal notis but then buat jugak.
Last2 akak wat meeting satu rumah, cakap kat dia face to face then.. settle? Entah lah.. ye kot. Tapi KakNoi elakkan bercakap banyak ngan dia =D. Teruk ke Kak Noi ni?? Adoyaii... T__T

Anyway, syukur lah takde gaduh-gaduh lagi dah.
Baik Yonna terus terang je ngan dia apa yang Yonna tak puas hati. Lagi lega. Daripada perang senyap camtu.

yied said...

wida..sabar la dik ooii..
setau akak, mana pun kita pegi mesti jumpa dengan orang pelik2 ni..dari zaman belajar bawak ke keje..

akak sendiri pun penah rase, masa kt KTT dulu, gaduh dgn budak umah, mende kecik je, tak puas hati, panas hati, kedekut taik idung masin..kena pulau..mcm2 lah..

dah keje ni,lain plak peelnya..masih berkongsi bilik, tp dgn org baru la..ada gak perangai yg akak tak suka, tapi akak diam je..sbb pikir, masing-masing dah besar, takkan nk bising2 gaduh mulut lagi..buatlah jugak kalo ko malas nk buat..cuma, time elok2 tu, akak bahasakan jugak, mkn dlm la diorang..

*hehe..kamu ingat tak sape akak?

wifenavy said...

mmm... kisah biasa rakan sebilik dan menyewa bilik.. dapat roommate ok, ok la.. dapat roommmate ko, ko la dia.. pepandai la bawak diri..

LUVLYDIYANA said...

yonna..kalau duduk rumah mnyewa mmg camtu..kisah u ni teringat dekat ousemate i time i belaja dulu..itu kes kuat menipu gilerr..sampai die langgar kete i pun die bley menipu lagi..tension tak?tension tak?dah la siap kata ader bf 15..giler menipu kuat.tapi die duk bilik sorang...i suggest kakak spastik tu kene duduk sorang jugak la..baru aman rasa home is like a home.kene diskas ngn ousemate la camni...

Kasawari said...

sabar jer la dik YoNNa.. biasalah macam tu..sabar jer ek.. kdg2 perangai org ni mcm2 kan.. meh sini pindah Johor ha ha

hUmmY said...

campak de kua tingkap time de tgh tedo!

HAHAHAHHAHAHAAHA!

CAHAYA said...

pernah buat keje sama macam yonna gak zaman dulu2. tapi bila duduk sorang2 ni sunyi plak rasanya.

DilOt said...

btl kate hummy..cmpak je die kuar tingkap...kalo xlarat nak angkat...kerat 18 dl...ngehe...

oh jahatnye aku....

yonna tegur je...kdg2 org mcm ni die pk xde org tegur..jd lg bermaharajalela jwbnye,,..

Mr.M :- said...

Don Hated ani bodi.. Right?

ije said...

apakah itu kakak yg macam hantu di depan pintu tu? erkk..

Powered By

Powered by Blogger