Thursday, July 16, 2009

Y515 : Usaha Mengiringi Kejayaan!

entry ini akan mengandungi perkataan-perkataan yang sangat jelak. harap maklum.


sumber : google

semalam, telah membawa mata hati mata menonton iklan Bio Aura utk ke sepuluh kalinya. setiap kali melihat iklan tersebut, mmg aku dengan kakak rumah aku (bukan roomate.tolong alert!) akan menyumpah seranah iklan tersebut sampai ke tahap maximum. mmg mcm sialan la iklan ni. betul2 buat aku rasa nak baling tv kak anna tu ke bawah!*()^&%$#@!!

patutnya kalau nak buat iklan tu, berlakon la betul2. yakinkan penonton ni. ini mcm kayu setongkol je sekor2. baik tua, baik muda. budak2 tu pun! (yang cakap syukur alhamdulillah tu) bak kata kak ladynoe, syukur2 ayam je diorang tu. patutnya kalau kau nak promote produk Bio Aura
tu,kau harus lah mention kan kelebihan dia, (kot lepas minum, jadi sihat sampai mati ke, muka takkan berkedut ke, sistem badan maintain bagus ke) baru lah org faham motif iklan! ini, belum apa2, dah pegi cerita..

"saya dulu orang susah jugak..blablabla, hujung minggu saya potong rumput..blablabla"
---who cares kalau kau potong kepala orang sekali pun??

apa yang aku tengok dalam iklan Bio Aura tu, diorang hanya memanipulasikan otak2 penonton ni utk join bisnes diorang and jadi downline diorang. sudahnya, org atas la dok menayang kereta BMW,MERC,apa jadah semua. orang yang bawah duduk kat takuk lama ja la. setakat kau nak tunjuk kat rakyat Malaysia kau ada kereta besar, rumah besar, bini2 besar (bak kata penyubiru) apa jadahnya?? tang mana logiknya kelebihan Bio Aura tu? jual 1, dapat beli rumah besar? takde maknanya! harus lah melabur beribu-ribu dulu. kau kena jual benda tu dalam selang masa yang diorang bagi, baru ah kau nak merasa SIKIT untung.

ada scene anak family pak yusop tu..

"usaha mengiringi kejayaan! "
--- wahh dengan tangan2 kau dia buat action!

"rezeki, Allah tentukan! "
---omg! ayat sangat tak tahannnnnnn. bila kau dah kaya raya, pandai pulak cakap rezeki, Allah yang tentukan.. dulu, masa kau pakai kereta kancil ke,kelisa ke (i guess) ada kau cakap mcm tu?

ini menantu pak yusop tu kot.

"jom join kita?"
---omggggg!! ibu jari tu apesal mcm kayu sangat? bukan kah KITA tu should be KAMI?

iklan murahan apakah ini? mmg mata kita akan rambang melihat kekayaan org. melihat kereta2 mewah diorang. well, kita manusia. harus ada perasaan dengki melihat kekayaan org lain. tapi, fikir adakah halal duit kekayaan tersebut? lu pikirlah sendiri. MLM ni boleh jatuh hukum kepada Haram. pergi lah google sendiri. biar kita bersederhana dalam hidup ni asalkan kita tahu dari mana sumber duit kita. biarlah kita hanya berniaga nasi lemak tepi jalan sekalipun, tetap halal kan? :)

aku tak tau la mcm mana TV3 boleh luluskan iklan yang sumpah bodoh tu ke saluran penonton! tell me,please! diorang tu mengajak org2 yang mengalami krisis kewangan ni suruh buat pinjaman beribu-ribu, lepas tu jadi downline diorang, lepastu org2 bawah ni merangkak-rangkak la nak jual benda alah tu sedangkan org atas dah goyang kaki! kesudahannya, orang bawah ni la terkebil-kebil nak bayar bulan2 kat bank! sangat mcm bodohkan?

aku sangat ralat dengan org2 yang join bisnes MLM ni. ada sorang kawan aku, melabur berapa ribu entah, sampai sekarang habuk pun takdak! *)U&%#!! tapi tiap2 malam keluar jual barang. sampai sekarang dia yang tak cukup duit bulan2. makan pun nak kene berikat perut!

ada sorang kawan aku pernah attend meeting MLM ni. diorang mmg paksa la kawan aku ni join, siap pulak kutuk cakap mcm mana la melayu nak maju kalau diri sendiri taknak berusaha nak maju, melayu berfikiran kolot lah, taknak kaya la apa la. apesal la mulut mcm longkang? kau nak motivate or nak ajak org masuk pun, guna lah bahasa berhemah sikit. kau kaya tu atas kesenangan org lain. org bawahan kau yang terpaksa merempat byr bulan2 kat bank!

meluat aku dengan benda2 semua ni (MLM) .. yang dah berjaya tu tahniahlah sebab boleh award kan diri sendiri benda besar2, lepas ni boleh muka korang pulak masuk iklan kat TV3! hahhahaha. err,tolong berlakon real sikit boleh?

20 comments:

Nem0 o0h Nem0 said...

hahahah sy pun tak suka tgk iklan tu.. errmmmm

Lady B said...

semua pun tak suke keje yang tak berusaha~ haaahha

Dayu said...

akak mmg dari dulu tak berkenan ngan MLM ni
dulu kecik2 lagi la
mak ayah mmg giat..tiap minggu ada je leader derang yg dtg tolong promosi
jualan atas nama mak ayah
ngan akak sekali kena tolong promote kat kawan2...tp time tu layan je lah kan..
tp MLM dulu tak dasat mcm sekrg
nak join dulu daftar rm50 je
skrg?? ko takde puluh2 ribu..jgn harap..
kadang pelik tay..cmne org sanggup nak berhutang ngan bank semata2 nak join benda yg blum pasti pulangan dia...

isskkk...isskkk pelik

Jard The Great said...

errr......... iklan tu mengarut.. ahaha

iva saionji said...

~hehe..memang macam xikhlaskan muka masing2 dalam iklan tuh...dulu iva penah ar saje2 je gatai dengar talk pasai bio-aura nie...cakap xserupa bikin tau...depa penah cakap xmau iklan2 kat tv or mane2 yg berkaitan....xape org kata...x..ha..xberkesan...tapi tup2..tetiba muncul iklan yg serupa itu..memang iva pon rasa cam nak sepak dimuka okeh secara laju2...nak muntah hijau+jingga...hahahaha..adeh...sungguh xbaguskan menindas org bawahan yg konon2 nak naik tarafkan hidup...yg masa iva g talk tuh pon ade plak nak paksa2 iva join..hehehe...sowi i xlayan MLM nie...dia cakap macam2 sume iva pangkah..no..no..no...pada sesapa yg nak masuk MLM nie..cancelkan je ar..baik macam yonna kata niaga nasi lemak depan umah...eh iva jual tau..depan umah...laku pe...ade gak duit masuk tanpa perlu bersusah payah merayap ke rumah org2 yg xtentu sudi nak terima kedtagan kita malam2...tak perlu jugak melepakkan diri kat kedai makan or mamak tuk buang air liur sampai tersembur2 kat sume org then org buat muka cam taik...kan...kan..kan...so xyah buang tenaga ke arah itu...syuh..syuh..g tempat lain cari duit...pada yg dah masuk plak..erm..tanggung ar utang tuh ek...cari ar jalan agar ko xterbeban ngan utang yg xmendatangkan hasil tuh..hehe..tq yonna...da..da..love u...mau jumpa mau kasi kartu undangan perkahwinan ku..hehe..~

lizz said...

kahkahkah!! i join MLM HPA. tp,i sendiri sumpah seranah sampai tahap tutup tv ok tgk iklan ni!!! lagi2 yang pak cik potong rumput n anak2 ckp syukur, alhamdulilah. uweks!!

diorg tak malu, i yang malu!!! boleh nk buat promosi camtu..tapi, jgn lah berlakon gaban2!! geli den

nadia-ady said...

hahah.Memang kelakar ah komen dia tu. Dah la berlakon macam kayu, ada hati nak yakinkan orang. hahaha!!!

nadia-ady said...

eh lupa nak cakap. Kawan mak nadia pun dah kaya sekarang dengan bio-aura tu. Dia je yg kaya, org bawahan tak pun. Sekarang, dia DAH TAK HIRAU pun dengan org bawahannya tu. Mula2 je janji nak tolong org bawahan dan susah sama2, bila dah kaya "SELAMAT JALAN" .hahaha!!! Nasib baik mak nadia tak join skali jadi ahli

~wAniE~ said...

seriusly takut aku bc n3 nie..mcm mrh je..rs api kemarahan ko tu menyala2 je kt laptop aku nie..hehhehe..gurau je..jgn ckp aku lalat ok...hahhahaha....


aku pn x ska iklan tu..kalo tgok iklan tu msti aku tuka chanel laen...
extly kwn aku rmy dh terjebak dlm pinjam meminjam beribu2 nie..nk join MLM..nk tegur nnti mrh plak..bile x da duit n nk cpt dpt duit mula la dorg join benda2 mcm nie..

Liz said...

iklan tu mmg sux gile..
apesal tah org sng sgt caya dgn MLM ni..kalo btol la bleh kaya..baik sume org takyah keje..pegi buat MLM aje

ღ~n0n0i~ღ said...

Ingatkan Kak Noi sorang je tak suka iklan camtu.. rupanya ada gak yang tak suka..
Ramai plak tu..
Isk~ Tiap kali tengok iklan tu, rasa cam...
Tah le.. rasa cam nyampah pon ade gak. HAHAHAHA.

jejakalkindi said...

betul2...org kat atas je yang kaya pun...bank lagi la untung sebab bagi pinjaman..sib baik la bro x terjebak dalam benda2 camni..

~ mizzAmy ~ said...

akak ni, hari2 kena goda dengan dugaan2 seperti ni. people know, that akak leh berbisnes. but i'm not going to do MLM. kalau yer pun nak berbisnes, i'll do it by my own.

best fren heri ada join bio-aura ni. siap buat pinjaman rm20k. pastuh sampai skang tak dek apa2 hasil pun. kesian tengok budak tuh. parents dah lah susah, dia plak belajar takat stpm je. gaji pun tak besar. entah cemana dia leh survive.

ije said...

benci MLM. full stop.

sangat kesian pada downline yang jadik mangsa. gila!

Monkey D Luffy said...

kaya MLM sampai boleh buat iklan TV kan

yg peserta paling bawah miskin ler plak

Chika Chika said...

i tengok iklan dia online dah banyak kali dah. Pastu mesti i nak replay again and again sebab dia bestttt. KAH KAH KAH.

from which hell it is coming from? tapi masa bosan boleh tonton. Sebab dia besttt. HAHAHAHA. Okay apa. Buat orang gelak mengubat duka.

Bunguk iklan itu. Kata banyak orang dah kaya. Buat ah iklan modal besar sikit pakai efek hebat ke apa. Ni pakai digicam record sendiri pon boleh,

bunguk iklan itu. Tapi jenaka mengubat luka.

yang benar,
chika pon aura

DilOt said...

haha..mmg mengarut,,rasenye bukan iklan tu je..iklan lain pun de yg mengarut gak...

hyfa hasan said...

teringat iklan bio aura dia tu...hehee
kelakar..

hUmmY said...

HAHAHAHA!

mmg mcm haremmmmmm iklan bio aura ni!

MLM lg benci! :))

ak_0143 said...

anda bercakap dngan org yangtakde tv...
so...
aku dgr gak kawan opis ckp pasal mende ni...
nak try tgk youtube sat...

Powered By

Powered by Blogger