kenapa perlu terasa adanya kekurangan apabila sudah bertahun menyulam persahabatan?
kenapa perlu terasa dipinggirkan setelah kita saling menganggap bahawa kita sebagai sahabat?
kenapa perlu ada kedinginan saat tawa duka telah lama kita kongsikan?
kenapa perlu lagi menjauh apabila kita sendiri sedar jurang telah ada?
kenapa perlu ada ke-kekok-an apabila kita berbicara sedangkan dahulu kita berkongsi cerita hampir setiap malam?
kenapa perlu ada helaan angin menyapa saat kita berbual di dalam telefon? sedangkan dahulu kita takkan membenarkan sebarang bunyi menyapa perbualan kita?
kenapa perlu aku mempersoalkan keadaan yang takkan pernah sama seperti dahulu?
kenapa perlu aku mempertikaikan sesuatu yang sudah kita ubahkan?
kenapa perlu aku menjerit di sudut hati sedangkan aku juga yang berubah?
kenapa perlu aku mencoretkan kisah kita di sini padahal kamu hanya biasa-biasa sahaja? (-aku agak)
kerana aku sayang kamu.
kerana aku terlalu sayangkan persahabatan kita.
kerana kamu terlalu bererti buat aku.
kerana kamu pernah menjadi yang terindah dalam lipatan kenangan aku.
...
...
...
walau waktu sedang menyiat tali persahabatan kita yang tersedia rapuh.
walau keadaan akan terus menjarakkan kita.
walau kenangan berwarna-warni dahulu akan menjadi hitam putih selepas ini.
dan, walau kita tak pernah lagi bersua mata selepas ini.
aku percaya patah tumbuh, hilang berganti. namun aku takkan pernah percaya hilang kamu akan berganti..
#melankolik betul entry aku kali ni. tp aku suka sebab sangat bermakna.dan lagi sangat bermakna kalau kamu membaca dan kamu tahu bahawa entry ini ditujukan untuk kamu. kamu,yang telah baca setiap ayat aku ini dan terus meresap ke dalam hati kamu.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[


15 comments:
hmmm.. manusia berubah beb..
dua tiga kucing berlari kannns.. aiyoo
kompem entri ni bukan utk aku... sbb tak meresap ke dlm hati ku..
.
.
.
.
sekali air sungai melimpah.. sekali pasirnya pun berubah... itulah hakikat... :)
Nothing remains the same...
thansk for ur sms(s)
oh.. entry ko ni same je ngan entry terbaru aku kat blog.. yang aku xbg org komen tu. hehehe...
siyes rase kehilangan kan?
=(
Salam yonna,
Erm... tak semua yg hilang akan berganti. Malah yg tumbuh pun tak akan sama dgn yg patah. Sahabat bukan macam biskut, satu keping chipsmore dgn sekeping yg lain sama saja rasanya...
Bila masa berlalu, hidup kita mmg akan sering berdepan dgn kehilangan... datang dan kemudian pergi... tak boleh dihalang, tak boleh di tahan.
sangat meaningful.
siapalah agaknye yg disayang2 ni, ni yg rasa nk masuk campor ni wakakakakaak
wah mendalam entri ni.. ermmm kena amik kanta nak kasi tahu berapa dalam tu.. he he..
saper yang hilang tu?
hmmm ....
:)
pandainya bersasteraa.. mmg mendalam makna tu hehe
jard :
manusia = kita :)
incik me :
hahaha mana kan sama dengan kucing belang :p
kutaksempurna :
hahaha mmg dah tentu bukan utk ko,
but still peringatan persahabatan :p hehe
mama :
yeahh ma :)
get well soon ok
ryehanna :
sangat rasa lost but, what to do?
its life dear :)
suara :
salam suara :) thnx for dropping by.
tp yang dtg i'allah Allah bagi yang terbaik utk kita kan? hehe
kakak masy :
hahaha akak x kenal rasanya :p
kasawari :
kawan yang hilang :p
kalau kasawri hilang, gagah boleh pegi JB lg hahaha
kak lily :
hehe :)
ien :
cehh ayat dr hati. biasalah hahaha
walaupun dah terlambat komen, tp nak komen jugak.
~Ayat entri ini sangat bermakna~
"tak semua yg hilang akan berganti. Malah yg tumbuh pun tak akan sama dgn yg patah"
yup..dilot pun sokong...:D
nadia :
terima kasih dik :)
dilot :
thanx babe :)
Post a Comment