23 July, 2009

Y519 : Betulkah Buatan Orang?

kawan-kawan, marilah hari ni kita membincangkan tentang satu topik berkenaan dengan kes buatan orang. ehh, ni bukan yang org hantar hantu ke, jembalang ka, keliwoon ka hahhaha. ni ada kaitan dengan kes2 putus cinta.

tadi telah ber-yahoo-messenger dengan seorang kakak blog. beliau baru sahaja putus cinta dengan bf beliau.. ok.itu memang peristiwa yang sangat standard.

kakak blog : akak rasa betul lah cakap kawan2 akak.
aku : apakah?
kakak blog : akak rasa kena "buat" la dengan bf akak tu... ye lah, mana tak nya. logik ke akak kahwin dengan dia? (di atas beberapa sebab yang org luar mmg diorang tak logik kalau berkahwin but pada pandangan aku, kalau dah sayang. why not just go on? ) then, dulu time couple dengan dia, akak jadi asyik teringat je kat dia, nak merajuk lama-lama memang tak boleh. mcm orang gila bayang la,yonna.
aku : ............ (tak payah isi dengan ayat anda sendiri hahha)

dapatkah kalian faham apa yang aku cuba sampaikan? hehe.. masalah angau ni aku rasa semua orang bercinta mmg akan rasa. tapi, bolehkah dikaitkan dengan perkataan pasangan anda tu telah menjampi sesuatu/mem-bomohkan anda hanya utk anda teringat kepada pasangan anda?

situasi 1
aku asyik teringat kekasih aku je ni kenapa? entah2 dia jampi aku kot?

-dah nama pun bercinta? haruslah kekasih di-ingat secara kuasa luar biasa bukan? sampai nak buang air besar pun boleh angkut masuk hp? sampai time makan, mandi pun nak bercakap telefon? nak meng-report keadaan semasa?

situasi 2
kenapa aku selalu ikut cakap dia? aku dah tak jadi diri aku yang dulu. semua dia cakap adalah betul. apesal aku mcm org bodoh je? mesti dia dah bomohkan aku.

-well, nama pun dah cinta tu buta kan? sebenarnya,otak kita mmg sentiasa waras. cuma, bila diri dah dikaburi oleh kasih sayang kekasih, tak mustahil kita akan sakit mental sekali pun. tak mustahil kita akan jadi lupa diri sekejap sampai tak boleh nak bezakan mana yang baik, mana yang buruk.

situasi 3
apesal aku tak boleh lupa kat dia ni. padahal dah sebulan break dengan dia! entah2 dia ada buat benda kat aku bagi tak lupa dia.

-ada logik kamu teringat kekasih kamu. bayangkan kalau dah kawan 2 tahun, then, break, bagi 20 tahun pun kamu takkan mampu lupakan bekas kekasih kamu. segala kenangan tu takkan hilang mcm ditiup angin je kan?!

contoh2 situasi ni hanya utk mereka yang *bersyak-wasangka* mereka terkena buatan orang padahal TIDAK sebenarnya.

kalau mmg betul2 kena, itu cerita lain.

itu antara contoh2 yang dialami oleh kawan2 aku. sure kawan2 korang pun pernah cakap mcm ni kan? sedangkan hati dan otak yang mengawal tindakan kita. utk aku, tak logik kalau mereka mendakwa mereka telah diguna-gunakan oleh kekasih sampai tak boleh tidur,tak lalu nak makan, angau 24 jam, tak boleh nak buat kerja apa pun sedangkan pemikiran terlampau mereka sebenarnya yang menguasai tindak tanduk mereka. yang di-salahkan adalah si kekasih jugak bila terjadi hal-hal mcm ni sedangkan si kekasih tidak pernah menjampi ataupun berjumpa dengan bomoh or-what-so-ever.

yang pastinya, semua terletak pada hati kita kan? broken heart pasti akan pulih. cumanya, apa yang diperlukan adalah masa kan? (ehh,tetibe pulak hahhaha)

orang melayu-suka berfikiran sangat tipikal. open your mind. sedangkan salah kita sendiri. jgn tuding jari pada yang tak berkenaan :)

21 Comment:

Diya Kamaruzaman said...

Erm. Kadang2 hati lebih cepat bertindak berbanding akal.

=)

Ryehanna said...

aaaa... aku selalu je teringt ex-ex aku (hampeh jer..cam ramai nau ex)

tp xnah terlintas di fikiran lak aku dibomohkan ke ape ke..alhadulillah.

cos i believe i had loved good, kind men yang xmungkin la buat bnda2 tu kat aku...lgpn, biasela kalo teringt... benda berkaitan hati, perasaan dan ae kenangan.. mustahil dilupakan kecuali aku kena amnesia atau dah nyanyuk bila tua nnt (kalo umur pnjg)

:)

Jard The Great said...

ehehe... aku pon pernah angau ak.. skang tgh nk kawal diri n dlm proses mo lupakan.. =p =p

Mr PenyuBiru said...

situasi² yg diberikan diatas mmg tanda² kena buatan orang. tapi bukan bomoh membomoh tu. tapi buatan angau la tu.

~wAniE~ said...

i pn br putus tp mmng ada igt kt die..tp i rs kalo i igt die x bermaksud die 'buat' kt i kn??hehhe

Lily.Lulu said...

tatau nak cakap iya atau tak

tapi kalau kawan yonna tu rasa dia terkena buatan bf yg sudah menjadi suaminya sekarang, baiklah dia berjumpa dengan yang arif bab macam ni dan mintak tengok2 kan.

katalah kalau tak betul sangkaan dia tu, tak pasal2 macam dah buat dosa aje kat suami sendiri sebab meragui perhubungan mereka berdua.

tapi kalau betul, semua tu terpulang pada kawan yonna.

Wallahualam
:)

Farah Aminuddin said...

buatan orang?
huhu mintak dijauhkan

setuju ngan yonna ckp tu, jgn simply slhkan org lain. kene telek juge mane tau tu mmg dtg dr diri sendiri kn

Mr.M :- said...

AnGau Ni BuKan BuAtan Org.,, NAfSu + SyAiTAn...

Liz said...

masalah i lg parah...i tak kisah langsung bf i buat ape..smpai die call pon i malas nak layan..
ini penyakit bile dah lama kapel..boring..wakakak

Kujie said...

bila dah putus baru sedar ye..normal la tu...masa asyik masyuk mana nak ingat dunia, ,mana nak fikir cakap kawan2 betul ke tidak.....hanya KITA BERDUA..huhuhu


p/s - i'm back....lupakan yang lama..kehkeh

LUVLYDIYANA said...

yonna,i seb baik tak penah la angau sampai gituww.dari terus pikirkan bukan2..baik bina life yg baru.life must goes on.

IEYNA said...

xpernah teringat kat my ex ex ex....hihihihi...anggap xder jodoh jer....

nadia-ady said...

Angau tu adalah kuasa cinta kan?

tapi boleh beza la kan angau buatan orang atau angau sebab bercinta. Biasanya angau sebab buatan orang, kesannya adalah sangat teruk dan lama kelamaan memang confirm mati ah, takde can nak hidup..Peluang untuk idup tipis je..huhu...

DilOt said...

bukanla..tu bukan dibomohkan..tp sbb hati dan perasaan kite ada die..dh namenye pun bercinta....biasela tu.....

Chekgu BaniHassim said...

maybe bkan kene mandrem atau bomoh kut...
sbb kan dulu pernah bertaut, selalu bersama...manela asyik akan teringat kan??

AnNessa said...

hehe.. mana ada mandrem2 ni. mmg la tak dinafikan ada terjadi hal² mcm tu tapi dh mmg lumrah la kalo bercinta, dok ingat kat dia jer. ikut cakap dia tu mungkin bermakna kita nak menghepikan dia. kan?
akak selalu joke ngan kwn akak..
"nape saya selalu ingat kat awak eh? awak mandrem saya ke?"
hahahah...

Dayu said...

ohhh sgt tidak baik kata gitu kat kekasih hati sendiri
kalau dah mmg kita yanga nagua kat dia
nape nak kata yg tak baik pasal dia

lagipun tak elok kan ada prasangka mcm tu
buat rosak hubungan je

Kasawari said...

biasa semua manusia ada perasaan kan.. byk2 ingat Allah pasti hati yang angau tu akan tenang kan..

NoTy But Nice Zhoe said...

bak kata upin ipin.. betul betul betul...

in conclusion ... semua tletak pada hati... bab2 hati ni.. hanya masa yang diperlukan...only time will heal..

yOnnA said...

diya :
depends on situation kan dik :)

ryehanna :
yes dear! sangat agree dengan u. bila otak dah teringat2.
mmg itu je lah kite akan kenang sampai bebila

jard :
u can do it babe! :)

penyu :
hahha tau xpe abg oii. angau yang boleh meranapkan diri sendiri

wanie :
yerp betul tu tp tu lah sesetengan pemikiran org melayu ni :p

kak lily :
i dont think so la akak.
sebab otak dia tu mmg pk kan bf dia je huh

farah :
and kebanyakan nye mmg salah diri sendiri :)

mr M :
heh,tau xpe :)

liz :
hahha siot je! kang sentap bf u kalao bace nnt :p

mama :
kita berdua tu la ada kita bertiga mama :p

yOnnA said...

diana :
yaaa.life yang happy2 je hehe

ieyna :
sebab awk tu dah bertunang hahaa

nadia
harap2 biar angau buatan sendiri je dik hehe

dilot :
kalau semua org pk mcm u huhu

cikgu BH :
tau xpe. dah gaya laki bini ah hahaha

annessa :
hahah its ok kalau joke je kan :)
anw, sebab mmg cinta tu buta huhu

kak dayu :
tau xpe kak. berfikiran sempit mmg gitu kot kak

kasawari :
yes.right :)

sis zw :
yes sis :)