16 September, 2009

Y541 : KFC di KLCC

macam agak magic bila aku online semula. still di tempat kerja sama. tak payah tanya banyak2 soalan haha.aku dalam mood macam sawan. 2-3 hari ni sangat mencabar bila kerja balik. otak harus di set utk kerja,jadual tidur harus dipusing ke malam,bukan lepas subuh mcm selalu! T__T

baiklah.mari kita teruskan. sabtu lepas telah berlaku kejadian buka puasa di kalangan classmates aku.. sebetulnya,mahu buat reunion time Sijil dulu,tapi ramai ada hal ini itu. plus ada kelompok yang tak berapa aku nak ngam. dah tau tak ngam takkan nak ajak lagi kan? :p

nama je KLCC, nama tempat grand gila.tapi kitorang makan KFC je pon! hahaha. tenkiu incik Zul sebab telah membelanja sambil aku menopup rm20 utk membeli nugget KFC yang sangat heaven itu. marilah melayan gambar.

KFC idaman rakyat Malaysia selalu. now aku terliur!

incik Zul yang baik hati (blekk!) terima kasih daun keladi. datang KL belanja lagi hahaha.

cik Natrah yang gigih belajar networking kat UPM

Cik Ayu yang akan bergelar isteri minggu depan.

Incik Ajib yang sengal alam (mintak2 kau tak baca blog aku hahaa)

Incik Syauqi yang suka ber-romeo dan berkasanova hahaha

Incik bohjan Pojan yang datang jauh dari Sepang.


thanks,guys. hope boleh reunion besar-besaran nanti okeh :)

one thing about budak2 lelaki ni.dulu time belajar Sijil,aku pernah dipulaukan oleh budak2 lelaki kelas aku. sangat mencabar kekuatan waktu itu. dah la time final exam. dengan keadaan mereka tidak tahu cerita sebenar. menyalahkan pihak aku. tapi Allah Maha Adil kan? DIA tunjukkan kebenaran. manusia yang tumbangkan kehidupan aku time tu, dah jadi apa dah sekarang ni. harap2 kamu masih di jalan yang betul :) well,cerita sedih T__T. full stop!

aku berbaju kurung.aku sendiri susah nak terima hakikat itu hahaha.tapi perbuatan itu mcm agak comel utk orang yang tak pernah pakai baju kurung bila keluar dengan rakan2 T__T hahaa

14 Comment:

~ mizzAmy ~ said...

ha'ah la yonna, baru nak tanya kenapa berbaju kurung plak tuh?? btw, sweet jer... akak pun ada kat KLCC hari sabtu harituh.

serious, terliur lah plak tengok kfc. :(

iva saionji said...

Yonna..apsal iva msg xjawab...hahaha..xpe2 xde paksaan...yg pntg yonna sihat cukup..wah bukak pose kLcc gitu..bes jugak pe...walaupon KFC..yg pntg perjumpaan tuh fun....

Mr PenyuBiru said...

adeh! nampaknye petang ni kena berbuka di kepsi la ajwabnye...isk..iskk..

Lan Bingka said...

ok pe sekali sekala berbaju kurung..;)

Dayu said...

tido lepas subuh??
yonna ada projek buat kuih raya ke
huhuhu
adik akak dah berbisnes

pu3iman said...

si comel yg sgt ayu bila berbaju kurung :D "puji kebih2 sket harap2 bleh belanja berbuka esok :p"

Framestone said...

manyak bes huhu...erm bro berbuka kat rumah je la huhuhu

www.broframestone.com

Eima Jer said...

salah sorang yang u xngam tu musti my xbf hampeh itu kan?
hehehehe =)

Monkey D Luffy said...

heavennya kalau ada org belanja

LUVLYDIYANA said...

yeah..yonna kembali!hehe..weh,ayu pe berbaju kurung.ngeh2....nama pun majlis berbuka puasa di klcc kan..

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H utk Yonna & keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

kekcoklat said...

Salam Yonna... Yaaa....Kamu sagt ayu berbaju kurung.. hehehehe :)

farah aminuddin said...

kfc? yum2!
seronok berbuka puasa ramai2 kan.

yOnnA said...

kak Amy :
hee tetibe je spontan rasa nak pakai baju kurung time tu hhehe

iva :
iva! sorry dear. yonna dpt ur mesej,
tp time tu takde kredit :D hehe
its ok la :)

penyubiru :
bawak 2-2 anak skali :p

lan bingka :
hehe ni mcm dah berkala-kala ja ni :p

kak dayu :
wah adik akak bisnes kuih raye ke?
sure masyukk bulan2 raya ni :)

pu3iman :
hahaa belanja x dpt la :p

bro fs :
umah lagi heaven ok!

eima :
haha eh tak eima.sumpah bukan.
but org tu u mmg kenal jugak la :)
ala,biarlah. cerita 5 tahun lepas hehe

kapten :
kalau ko belanja lagi kenyang aku rasa haha

diyana :
tiba2 pk mcm buang tebiat pulak hahaha

mama :
sama la kita mama :)

kekcoklat :
heee maceh :p

farah :
cepat balik!!! :D