
date : 23 dec 2008
place : anne's house,tg bungah
watak2 yang terlibat di hari malang itu =
aku, asha, aminah (asha's lil sister), sonia, anne,faizul (asha's bf), tina (anne's bf)pada hari tersebut kami hanya memenuhi jemputan dinner kat rumah anne. dinner sempena christmas. this is my 3rd time dinner dengan people non muslim (naseb aku dah tny siap2 makanan dia halal ke tak kan :p)
mari lihat kronologi kejadian...
1) sonia cakap dia nak pegi awal kat rumah anne sebab nak decorate majlis tu.
tepat 4.30 aku tunggu (dia yg tetapkan masa) kat komtar. then she said dia kat gleneagles hospital sebab teman mak dia check up. aku dah bara. lain kali ckp la awal2! gleneagles tu area pulau tikus.then,dia nak antar mak dia balik kat area bukit jambul pulak! aku tau mesti malam dia amek aku ni. then,aku call asha (lepas seribu kali) baru dia angkat. dia dah kat rumah. (time tu dah pukul 6 ptg) baru balik keja. aku suruh dia ambil aku sebab sonia memang tak boleh amek aku dah.
7.30 malam baru aku naik kereta asha ok!! 3 jam aku tunggu!! dah boleh sampai tg malim ok! ikut hati aku nak balik,tp sebab dah janji dengan anne.kesian lah pulak.
2) dalam 8 lebih kitorg sampai. aku,asha and aminah pun serbulah makan2 semua. sonia sampai pun dah nak dekat pukul 9. then,kitorg pun nak celebrate makan kek, so asha and sonia nak turun kat kereta sebab nak amek candle. then suddenly aku nampak asha terduduk berhampiran lift tu. aku dengan aminah pun laju2 la pi kat asha and sonia.
her nose was bleeding!! mcm air paip tak henti2. naseb dia pakai dress merah. mmg blah bawah dress dia penuh darah,kat lantai pun ada kesan darah. then,dia tuam dengan ais, dah surut sikit darah but still bleeding..
3)
then,we decided to go to hospital. since asha keja kat adventist hospital. of course la pegi situ.dekat je dengan rumah anne. kitorg tinggal anne dengan dinner dia. just 4 kitorg je pegi. time nak pegi ni,asha dengan sonia sempat argue lagi sebab sonia nak drive kereta dia, asha pulak suruh sonia drive kereta asha. last2,sonia drive kereta asha (kalau masa boleh return..) at the same time faizul (asha's bf) nak dtg rumah anne, so tak jadi pegi dulu, dia tunggu asha kat hospital je.
4) bila dah sampai hospital. sementara tunggu asha kene check dengan doc, aku sonia and aminah duduk kat tempat menunggu. time tu aminah mmg really nak balik tp aku ngan sonia paksa2 dia suruh stay jugak sebab makan kat rumah anne pun tak abeh lagi. nak balik pun still early. baru pukul 10 lebih. tp aminah mmg really nak balik. dia dah rasa tak best.
(kitorg menyesal tak percaya instinct dia) kitorg pujuk2 gak sampai dia kata ok dia ikut pegi rumah anne balik.
5) balik dari hospital, asha naik kereta dengan faizul (faizul's car), sonia drive kereta asha dengan aku and aminah sekali. balik tu mmg hujan sangat lebat.. kitorg pun sembang la mcm2 biasa,
tiba2 aku rasa kereta tu mcm bergesel kat belah bawah dengan sgt teruk!! ingatkan ada org langgar! aminah terus keluar kereta. tgk2 rupanya
sonia tak nampak divider time corner masuk rumah anne, dia naik atas divider tu!! kitorg keluar dr kereta tu. then,faizul terus masuk kereta tu and dia reverse, and ada ramai la budak2 tolong angkat kereta tu ke belakang. asha dah menjerit. of course!! her car ok!! sonia dah menangis2 semua. sebab dia tau tu salah dia jugak. aku boleh bayangkan kereta tu kalau diterbalikkan, mmg hancur belah bawah sebab tersagat dengan sgt teruk! bila kereta dah bawak keluar dari divider tu,kitorg pun park bawah rumah anne and naik rumah anne balik. just faizul ja ada kat bawah time tu. not sure apa yang dia buat.
6 ) dah naik kat tempat2 makan tu, asha tenangkan sonia. she said no need to pay for that car (aku nak pengsan dengar ayat angelic asha ni). sonia feel so bad. korang bayangkan, kereta myvi tu kereta yang asha beli dengan hasil titik peluh dia sendiri, suddenly kawan baik dia sendiri yang buat kereta dia jadi mcm tu. asha consider tak bagi sonia bayar sebab dia kata sonia kawan baik dia,plus sonia still student lagi. but sonia cakap dia still nak pay jugak even sikit. (time ni kitorg mmg takde idea brape cost kereta tu!)
7 ) bila keadaan dah reda sikit,kitorg makan2 balik (makanan kat rumah anne adalah sgt2 heaven!! takkan nak tgk je kan :p ) then suddenly faizul call asha. dia ckp
kereta takleh start sebab betri dah out! musibah sekali lagi?? dah try dengan jumper pun mmg tak boleh start dah. then,asha sorang ja turun pi tgk kekasih hati dia.
8 ) time ni dah nak dekat pukul 1 pagi. asha naik balik kat kitorg. dia pun dah nak balik time tu. dia la kena hantar faizul balik sebab kereta faizul mmg dah tersadai kat parking rumah anne tu. haihh,sedih aku dengar bunyi kereta asha. enjin dia dah bunyi mcm lori dah :( tak boleh aku bygkan kalau tu kereta aku. huh..
9 ) so,tinggallah aku,sonia and anne. kitorg ingat nak lepak mamak kejap pagi tu. since kawan2 anne pun ramai yang dtg plus her bf,tina tu pun ada. dia kena la entertain la diorang tu. baru je aku dengan cho nak gerak keluar,
asha call kitorg. dia cakap kereta dia tersadai tepi jalan! ok,comfirm mmg hari tu adalah bad day kitorg!!
10) aku,cho and anne pegi la tempat kereta asha tersadai tu. naseb baik tak jauh dari rumah anne.
patut lah kereta asha tak leh start, black oil leaking :( kan masa tersagat dengan divider tu, dah nyala dah lampu yang black oil tu leaking. tp kitorg ingat ok je la. knowledge pompuan dalam bab kereta kan sangat sedikit :p
11) last sekali tina bagu suggestion.
amek betry kereta asha, replace dengan betry kereta faizul (since diorang 2 pakai myvi) , so takde problem la. lepas tu baru setel semua.. +__+
and aku pun sampai rumah pukul 3.30 pagi.
the next few days, asha call aku. kereta dia masuk bengkel and
it cost rm1500!!! naseb baik asha claim insurance. takkan sonia nak bayarkan rm1500 tu buta2?? tp kesian asha sebab whole family dia marah dia sebab bagi sonia bawak kereta tu.. haih, benda dah jadi. nak regrt pun tak guna..
tu lah. seronok sgt sampai tak ingat dunia. gedik sangat nak enjoy dinner christmas tu. padan muka diri sendiri. raya sendiri takde pulak heran! huh!! naseb lah kitorg takde ape2 time accident tu, just rasa kereta bergegar kuat sgt..
bila fikir2 balik, betul instinct aminah tu. she's gifted actually. dia dianugerahkan 6th sense aku rasa. kalau dia tak sedap hati tu, means mmg ada something bad akan happened. time kat hospital lagi dia nak balik rumah tp kitorg pujuk suruh stay lg.
bila fikir2 balik jugak, time sonia argue dengan asha pasal nak bawak kereta sapa pegi hospital.. kalau lah sonia drive kereta dia sendiri... haihh..
yonna said : everything happens for a reason. all happened dalam masa 24 jam! serik aku.

sonia,me,asha,anne :)