26 February, 2009

moving on :)

flickr.com

2 march 2009 : putrajaya (lupa parcel brapa :p)
tempoh masa : 6 bulan (kerja kontrak)

haha sebab tu aku ckp nak tamatkan riwayat blog :p i'allah kalau aku berkesempatan, aku akan online. utk sementara waktu ni, aku tak bawak lappy aku p sana. byk lagi benda yang nak aku dulukan. dengan masalah mencari rumah lg. kawan aku mmg ada duduk sana tp dia pun dah full dengan housemates dia!! huh.. doa2 la masalah rumah aku setel cepat2 eh. aku sgt2 serabut if tak dpt rumah lagi. sementara ni maybe aku stay rumah cousin aku. hish..

ada yang happy bila dpt tau aku akan berhijrah ke sana. ada yang maki aku sebab kerja luar dr penang (kawan2 kat penang la) hahahha!! whatever it is, you guys still my friend :) ..

tak berapa pasti nak privatekan blog kejap or leave it mcm ni. aku rasa mcm kesian sama bebot bila terpaksa tinggalkan bersawang mcm ni.

maybe aku pegi KL sabtu or ahad ni. kepala otak sgt2 berserabut ni!!!

yonna said : ramai teka yg aku nk tuka domain! hahaha. takde maknanya. tunggu kewangan kukuh baru boleh tuka domain baru :D

23 February, 2009

penang-KL-penang

sabtu lepas,aku turun KL balik!! aku dok buat KL tu mcm seberang perai ja!! hahaha. people might say aku gila. ye lah, aku pegi sabtu, then aku balik ahad :p mmg kawan2 aku dok kata aku gila. last week pun dah seminggu bertapa kat KL hee.. aku takkan turun KL without reason yang kukuh,ok! :p

so,the reason why aku turun KL sabtu lepas, sebab aku nak meng-surprisekan kawan baik aku, cayo ( i called her twin). actually,plan asalnya, nana mmg nak date dengan twin. aku tau twin saje taknak cakap dia turun KL sebab dia nak aku jeles bila tgk gambar diorang 2! hahaha.last2 dia yang terkejut beruk tgk aku dtg dengan nana! :p ngee..

and for your information,twin pun sebenarnya fly dr sarawak. elok la! dia stay KL 2 mlm je, then teruk balik unimas balik. aku taktau and dont care apa org ckp, tak berbaloi ke, waste money ke, but when it comes to my best friends,aku akan rasa semua ni sangat2 berbaloi! sebab ni la first time kitorg jumpa secara live. before this aku penah jumpa nana personally and jumpa twin last year kat Penang. and plus nana pon tak pernah jumpa dengan twin :) so, kalau bukan sekarang,bila lagi boleh kitorg jumpa sama2? lepas ni nana maybe stay JB,twin pulak haruslah pulang ke kampung halaman balik, terengganu. aku pulak kat penang ni? :D

marilah lihat sesi bergambar :p

i love this candid!!! :D

tq nana for the,err coklat dlm tin tu :D lolypop tu aku yg kasi diorg 2 :)

my dearest twin :)

nana and twin :)

love of friendship = ca + yo + na =)

sangat seronok bergelak ketawa sabtu lepas!! i wish kita boleh jumpa sama2 lagi weh!! i miss both of u sooo much!!!! :( :(

kaki aku mcm nak tercabut lepas balik jumpa diorg. sebab lepas date ngan diorg, mlm lak pegi berkaraoke kat sri petaling, then tgh mlm tu pegi makan kat kg bharu, lepas tu kawan aku bawak jenjalan tgk pondan! omg!!! pondan sgt2 lawa ok! kalah kita pompuan ni nok :p last2 kol 3pg baru sampai umah kawan aku tu :D what a good day i guess :p

Tuhan,terima kasih di atas pertemuan ini :) aku sangat2 sangat2 sayangkan mereka!

yonna said : jangka hayat blog ni mungkin akan tamat pada minggu ini :(

18 February, 2009

akhirnya saya sgt berbangga dengan filem malaysia :)


sebuah kisah geng pengembaraan yang super duper best!! sangat2 lawak sampai aku rasa aku nak gelak guling2 turun tangga cinema tu! haha and plus semua watak tu sgt2 comel ok! and of course la upin&ipin yang jadi ikon budak2 sekarang. and u guys, sila lah tgk movie ni! mmg worth it sgt2 sgt2. aku rasa kalau jual tiket rm20 pon aku sanggup bayar.

aku tgk time dalam cinema tu, berbondong-bondong mak ayah bawak anak2 dtg tgk! hahah dr besar sampai la yg baby pun ada. and aku impress skali, ada chinese and indian yang tgk movie tu!! besar gila pengaruh cerita upin&ipin ni! :)

tp ending dia tu sedih :( time diorg nak berpisah dengan opet tu :( semua dok berhingusan je keliling aku tu haha (of course termasuk aku ok! :p)

but,aku mcm bengang gak. actually movie tu tak habis pun lg, tp org cinema tu dah bukak lampu, so semua pun bangun dr kerusi la. tgk2 ada sambung sikit lg (sapa yang dah tgk sure perasan),even dalam movie tulis da habis but actually ada flash back time opah,lim (Lim ke nama apek cina tu?lupa la) and tok dalang nak terjun bukit tu) sudahnya semua org tgk berdiri haha. mcm nyanyi lagu negaraku pulak time tu :p dah la cinema full :D

last,aku sgt2 bangga dengan filem ni (mungkin korg akan nampak ayat keramat ni hanya utk filem ini sahaja! hahaa) aku rasa filem ni sangat2 berkualiti! syabas to all film's crew and production :D sure box office filem ni hehe

yonna said : aku rasa mcm nak gigit ja suara upin&ipin tu especially bila diorg ckp "betul..betul..betul" omg!! sgt2 cute ok!! sgt2 aku rasa mcm nak baling2 upin&ipin tu!! haha. and aku paling suka jugak watak rajoo and lembu dia, sappy dalam cerita ni!! watak diorg mmg lawak nak mati!!

yonna said again : pink panther 2 pun gila best and lawak! u guys should watch it :D

5 bintang per 5 bintang :p

15 February, 2009

bila ingatan aku mula berkurangan..

flickr.com

2 hari lepas kawan aku,kasyah ade mesej aku. dalam pukul 12.05 am cmtuh la.

"birthday aku dah berakhir 2 minit lepas. huhu "

aku terus mcm... omg!!!! what happened to me? kenapa aku tak wish birthday dia? sedangkan selama kitorg berkawan 3 tahun ni,tak pernah lg aku lupa birthday dia! aku mmg ada masalah rasa nak tampaq diri sendiri bila aku lupa birthday mereka2 yang dekat dengan aku!! sedangkan time birthday aku beria2 diorg wish aku awal2. time diorg,leh pulak aku buat taktau. time january ari tu pon aku boleh lupa birthday bff aku!!! padahal kitorg kawan baik dari form 2!! :( soo bad!!!

masalahnya mmg sungguh aku lupa. aku lupa nk set reminder sebab aku banyak kali tukar handphone.so, mmg reminder semua akan hilang la. :( haishh. lepas ni mmg aku kena tulis atas kad manila sebesar-besar alam tu birthday semua kawan aku! aku ingat lagi,aku pernah sampai menangis2 sebab lupa sgt2 wish birthday sorg kakak ni. time tu kitorg sgt2 close la. after seminggu baru aku ingat birthday dia!! gila betoi!!..

for certain people,maybe pandang benda ni remeh. but not me. sebab aku rasa aku patut wish mereka2 yang sgt dekat dengan hati aku. kalau aku sendiri,sure akan kecil hati if org2 yang aku rapat tak wish on my birthday. sudikah korang tempek kan dalam komen birthday korang bila? date birthday saja ok! bukan your wishlist! hahaha

sorry sebab blog dah mula bersawang. aku rasa masa aku terlalu terhad untuk berblogging :( isnin-jumaat kerja. weekend mmg kirim salam la nak lekat rumah. keluar petang, balik tgh2 malam. haihh!! akan berjalan blog later ok :)

miss u,bloggers! :p

yonna said : aku menyesal tgk ongbak 2. rasa mcm nak bom movie tu!!

yonna said again : esok nak tgk upin ipin and pink panther. anyone? :p

11 February, 2009

meet the bloggers~



kisah aku jumpa para bloggers tak abeh lg :p ada sambungan lepas wedding chika tu. balik je wedding chika tu,terus aku meeting and gossip-ing dengan bloggers yang first time aku jumpa!! diorang sgt2 best!!




lets start dengan nana. hish. ni bukan first time dah ni. dah berpuluh-puluh time aku date dengan makcik ni. hahhaa. *mcm biasa dear. aku sgt syiokkk bila date ngan ko :p *



after wedding chika,terus pegi kerinchi sebab nak jumpa si nemo :p sebenarnya aku yang beria-ia ajak dia pegi IKEA sebab aku nak sgt2 rasa meatball kat situ. dah ramai ckp sedap sgt! alang2 dah harung tu. sekali pegi je la.

kat sini lah kitorg berkumpul :D aku,jard,nemo and kak mizzamy! :)

serius mmg heaven meatball ni!!! *tq kak amy sebab belanja :)*

this is jard :) (pic pertama yg diedit oleh Jard)

actually dalam semua,aku mcm agak nervous nak jumpa mimah ni hahhaa.. tatau nape. rasa mcm err dia tu mcm ala2 skema,baik je. wahahha. sekali jumpa!! kepala otak mmg gila. rasa mcm dah kawan lame je denan dia . dia sgt lawak ok! aku rindu kau la bah! :p turun penang cepat!! belanje aku nnt ok :p



ni kak mizzamy :)

kak amy ni sgt2 kecik!!!! eieiie rasa mcm nak lambung2 je beliau! hahaha. gile kurus!! mmg lain dari slalu aku tgk dlm blog dia tu :p hishh.. makan banyak2 sikit kakak oi :p ngeee.. kak amy ni byk ckp :p sesuai lah dengan acara gosip2 kami ni yang diketuai oleh kak amy ni! hahaha. seronok ok bercakap pasal blogger lain :p oppsss! :p


my babe ;), nemo


setelah plan first ditunda ke ahad mlm,jumpa jugak aku dengan budak comel ni :p dia ni lagi la lain dr dalam gambar! hahaha. pendek comel je jumpe kat luar :D aku suka tgk dia gelak :p hahha gelak mcm ala2 manja gitu :p heee.. babe,u make my day! :) tq bawak aku g ikea and william :p

meet the bloggers... i love you all :D (Jard mengada-ngada pergi edit gmbrnya..)

ikutkan hati aku,nak je aku kumpul sape2 yang kat KL,tapi tu la takde contact num la :( huhu. aku sebenarnya sgt ralat tak dapat jumpa kakak erni :( sgt2 teringin nak jumpa beliau... tapi nk buat mcm mana.. dia pon sibuk :(

yonna said : ketagih kek coklat ni :p

10 February, 2009

chika's wedding

i miss my blog!!!!!!!!!!! :) aku sudah pulang. layankan je gambar2 kat wedding chika ahad lepas ok!? :)

kasut chika ni saiz 5 ok! aku bangga dengan chika! hahahha

ratu sehari :) nurul haizum :D beliau sangat kecil dan comel!!

mungkin ni la kali pertama and terakhir jumpa chika ni. ye lah, bila lagi leh jumpe kan? naseb dah peluk kuat2 :p

aku sgt2 admire pelamin beliau!! simple tapi nampak eksklusif! :)

pengantin bersading..

dress chika sgt simple! but looks sooo stunning ok! aku suka yang lilit2 kat tgh2 tu :p hee hitam puteh! ai like :p

pengantin tgh makan beradap. makan lama pulak tu! hahaha. bak kata kay, pengantin nak kopek2 udang lg :p tu yang lama! hahaha

ni sesi bergambar bersama bloggers ;p

me and kak dee83

me,dieyla and Liz

the bloggers! :) (gambar credit to ast3)

kak eiza and me :) *tq kakak sebab tumpangkan yonna dr leisure mall sampai kerinci :p*

arina and me :)

me and bro K (manager blog i and chika! hahhaa)

nieja, Liz and me :)

me, azie and atiqah nasir (sorry babe,link i lupa :D)

gambar berikut nya adalah untuk tatapan2 readers chika yang tak dpt tgk sendiri kad yang i dah buat :p err sorry. takde la lawa sgt. simple je :D

from all of us! nurulism' readers! :)

overall,mmg best!! best sgt2 dpt jumpa chika live! best sebab dpt jumpa ramai bloggers!! :)
tenkiu to all :D wedding chika sgt meriah dan sgt ramai org :)

selamat pengantin baru sekali lagi buat chika and her husband :p *hensem ok!*

yonna said : next entry~meet the bloggers =)

02 February, 2009

saya away ke KL :)

selamat pengantin baru buat chika. beliau akan sah menjadi isteri kepada tunang beliau i'allah pada sabtu ni selepas zohor :D

masa aku dapat tau dia bertunang dulu, aku rasa mmg beratus org readers dia terkejut kot. sebab sangat2 mengejut. padahal 2-3 bulan sebelum dia bertunang, dia still bercerita ttg ex-bf dia dalam blog hee.. itu lah, jodoh kan rahsia Allah :)

tup tap tup tap dah pun nak kawen budak kecik sorg ni :p hee sebaya aku je. dulu cite dalam blog tanak kawen awal la,ape la.. hahha last2 dia yang jadik puan dulu. rasa kejap sgt2 masa berlalu. 3 tahun aku baca blog dia,hee baru beberapa bulan kebelakangan ni kitorg rapat :p ohh,kitorg pun ade gak gosip2 dlm ym :p

selamat pengantin baru my dear :) hope u and future husband u akan kekal sampai bila2. kasi cepat2 dpt anak tau! hahaha see you on this sunday ok!

anyway,aku dah nak gerak g KL dah ni. bus pukul 5.30 ptg ni. asalnya aku plan nak turun khamis ni but suddenly aku ada interview kat KL esok pagi!! huh!! so dengan emergencynya aku terpaksa turun KL hari ni!..

bloggers,jom la date kat KL :D jard? nemo? (babe,call aku nnt),kak amy? (will double comfirm ngan akak :p) lagi2? penyu?ad3ck?pasa?kakak erni? or sapa2 la :D kan best boleh kumpul ramai2 skali! hahaha

to the rest of bloggers,jumpa kat chika's wedding nnt ok! i nnt tunjuk kat semua *benda* tu :p ngee.. ok guys,take care :D

yonna said : aku ada seminggu kat KL :p so takkan online la sminggu ni :( gonna miss u guys :(