30 April, 2009

gave a great holiday,guys!

sumber : http://albuku.blogspot.com/

maaf ye kawan2. lately ni aku jadikan hlovate punya novel sebagai dadah aku. dok la ulang berpuluh kali (tq ajuhma sebab bg pinjam novel hlovate) sumpah sgt gila best!!! i need more from you, hlovate. ramai org curious dengan identiti hlovate. haha i bet you,guys. kalau betul2 korg minat dia (hardcore), sure boleh jejak beliau :p hahha. now tgh khatam balik AA+BB! omg! aku gelak mcm org gila dalam office ni sampai semua pelik kenape la aku beria-ia sgt membaca :p ngee.. u wont regret bila baca semua karya2 beliau. aik? apesal lately ni dok promote novel hlovate nih?? aku tak dpt any komisen ok! hahah

esok,makcik nana nak datang rumah aku kt cni! aku maybe balik penang next week je kot T________T aku sgt kempunankan tandoori and nan cheese ni!!! sumpah rasa nak makannnn! waaaaa

sudah2.sudah ingin pulang ke rumah di precint 9 yg sgt boring. nasib ada budak2 rumah yang agak gila2 :p

happy weekend,guys :) i love you!

28 April, 2009

Aku tak suka bila jumpa dengan...

... Linguaphone!

ahad lepas, again aku pergi pwtc.. mmg hari bertabah betul semalam bila byk gila booth yang jual novel dengan harga sangat murah!!!! bygkan ada satu booth tu, dia jual 10 novel dengan harga 1 ringgit!!! histeria kejap aku. kejap je sebab novel2 tu semua aku dah beli last year :p

aku pegi dengan evo :D kesian la beliau sedang melara hati. jadi, aku suggestkan beliau supaya membeli novel2 hlovate which is sgt-gila-superb utk dibaca oleh golongan remaja comel macam kitorg ni :p kalau nak muntah sila pegi jauh2 ya hahha. then, dia pun beli ke 5-5 novel hlovate!!! (termasuk gurindam jiwa) ... terkejut gila aku! tak expect sampai dia nak p bantai beli semua hlovate's story :p balik tu dia terus baca. hahh non stop gelakkk ;p hahahha kamu2 yang suka baca novel, sgt lah digalakkan membaca nocel2 hlovate. gila best,sangat lawak, dan ada yg sgt sedih T___T sampai bengkak2 mata aku nangis

ok,skip2. banyak sangat melalut eh!

aku sangat benci kalau lalu depan booth LINGUAPHONE. siapa taktau, sila google sendiri. aku tak suka cara diorang seolah-olah nak paksa kita ni beli produk dia!

last year time kat pesta buku, aku ngan 3 org kawan aku lalu la depan booth tu. lalu je pun! terus diorg tarik kitorg duduk ngan diorg. aku ngan sorg kawan aku terus lari la. still diorg panggil2 .. kawan aku lagi 2 org dah tersekat dengan diorg. sampai siap kene duduk and dengar ceramah diorang yang entah-ape-ape tu! of course la tujuan ke pwtc, bukan utk membeli set Linguaphone! siap mcm nak marah2 kawan aku tu sebab diorg taknak beli. bodoh agaknya diorg2 tu. kitorg still student, mak ayah banyak tanggungan! yang untuk korg, yang rugi mak ayah kitorg. (aku tak brapa setuju penggunaan Linguaphone ni)

last 2 years time kat pesta Penang, aku dok jenjalan depan booth2 kat sana and tak perasan langsung aku tgh lalu kat booth Linguaphone! mcm biasa lah. tiba2 rasa mcm artis pulak. sekumpulan manusia2 Linguaphone ni menyerbu dengan bertanya mcm2 soalan!

"adik nama ape?"
"adik still study lagi? "
"adik kerja ape? "
"adik, jangan lah lari. kitorg just nak bual2 je dengan adik"
....

stupid! dah terang2 aku tunjuk penolakan aku. aku jalan cepat2, sampai diorg kejar2 sebab nak kasi flyer/promote barang diorg tu! sumpah aku benci!!! aku berani la jamin beratus org tak suka cara diorg promote barang diorg. aku tau diorg jugak cari rezeki, sebab diorg akan dpt komisen utk setiap set yang diorg jual. tapi,biarlah cara tu kena. kalau nampak org tak sudi nak dengar atau terkejar2 masa,tak pyh susah2 nak berlari2 berkejaran promote brg awak tu.)

aku tgk ade jugak salesman yang promote barang2 mcm ni tapi takde la se-drastik manusia2 Linguaphone ni!! hampir semua tempat org diorg mcm tu. kalau dah tau muka customer tu tak berminat langsung,tak payah lah hegeh2 sampai nak kejar2, pastu nak paksa2 org beli produk korg! (my mom had one and tgh berhabuk dlm bilik!)

kalau nak belajar ckp english seperti 5 bintang, aku tak rasa Linguaphone adalah medium yang terbaik. kau harus practise bercakap dengan kawan2, bykkan membaca buku english, banyakkan rujuk kamus, banyakkan menyanyi lagu english hahhaa..

#apesal novel hlovate best sgt nih!!!! looking for more! plzz hlovate :p


24 April, 2009

tinggal tanda tanya?

"terima kasih untuk segala kenangan..
terima kasih untuk segala ingatan..
terima kasih untuk segala kelukaan..

mohon ampun segala khilaf bicara dan perbuatan

yang telah menyinggung perasaan kalian..


salam perpisahan.. "

-someone-


9.35am
24Apr2009

i-was-like- ..... mesej apakah ni? apa yang cuba beliau sampaikan? putus kawan? putus segala persahabatan yang dah stand for 11 tahun?

aku mungkin tidak reti utk berterus terang or membuat ayat mahupun membalas mesej beliau dengan ayat bunga2, but through this blog, mungkin aku boleh expresskan semuanya dalam bentuk tulisan di alam maya ni.

mungkin kamu agak terasa ( i bet mmg betul terasa) dengan kelakuan aku or dia since few months back. but believe me, there's a reason. just aku taknak mengungkit, aku malas nak bukak cerita2 tahun lepas even benda tu sgt menyakitkan hati aku. sangat membuatkan aku sedih. sangat membuatkan aku jauh hati sampai aku rasa betul2 nak avoidkan diri utk sementara waktu dari kamu. but lately ni (since last month), aku rasa mcm nak buat biasa dengan kamu. that day time ym dengan kamu, aku pun dah mcm ok. aku pun malas nak panjang2 cerita. i thought we will be ok. even tak mcm b4 ni,but at least better than few months back.

but suddenly this morning kamu mesej mcm tu. salam perpisahan for what? is there any line between our friendship? aku mengaku kesalahan aku sebab tak berterus terang dengan apa yang aku rasa sampai aku menjauhkan diri dari kamu, tapi aku tak pernah sesaat pun terlintas untuk menamatkan friendship kita. aku just nak masa untuk diri aku pulih sendiri. and now bila aku dah ok, kamu pula? ...

aku menulis tentang hal aku dan kamu. hal kamu dan dia, mungkin dia dan DIA lebih mengetahui. tiada hal yang mengaitkan kita bertiga. semuanya kerana semua tidak mahu berdepan, semua tidak mahu berterus terang, dan mungkin juga semua sudah berubah?

aku tahu, aku memang bersalah kerana tidak memberitahu. terus menjauhkan diri bersendirian ... without telling u anything ...

i'll go if you say so ..


i'm sorry...

# i know u'll read this

23 April, 2009

aku rasa...


... aku dah kecikkan hati sorang kawan baik aku T___T.
tadi pagi aku bukak blog dia, she said something nice about me (i'm touched) :( tiba2 aku rasa mcm agak kejam dengan dia..

sumpah aku bukan sengaja. semuanya bersebab.semua gara2 aku kecik hati dengan dia berikutan kejadian 7 bulan lepas. dan efeknya sampai mcm ni. sampai aku rasa nak avoidkan diri dari beliau T___T .. we used to be a best friend before.. tapi lepas insiden tu, aku betul2 sentap. aku ni datang time gila mmg cepat sentappppp huh

kawan,saya minta maaf :( tp saya tak berani jamin kita akan mcm dulu balik. i'm so sorry...

22 April, 2009

Pesta Buku ,PWTC

sabtu : pesta buku,PWTC

mata aku jadi blink-blink lantaran beribu-ribu novel depan mata aku! rasa nak beli makan semua ja!! sgt geram ok! aku abehkan RM100 untuk 6 buah novel. gila berbaloi la tu kan? kawan aku pulak abehkan RM100 utk 9 novel. lagi berbaloi :D

sudah2,mari layan gambar. entry ini mengandungi banyak gambar.


ini lah 6 bijik novel yang aku beli :D
rooftop rant tu utk dihadiahkan pada seseorang :p agagga makcik,cepat mai ambik!! sumpah best-nak-mati cerita2 hlovate!!!


ini lah sumber utama mana nama YONNA dijumpai dan aku sgt gilakan sampai mem-perasankan diri menggunakan nama tersebut di alam maya :p

actually,dia 4 edition, lagi satu sequel (123 i love you) tu dah abeh!!!!


dulu, aku pernah ada collection 4-4 buku siri YOYO ni,malangnya dah hilang entah ke mana. so aku belilah balik. setengah harga tu weh!! takkn nk tgk je kot :p

then,after bersesak-sesak kt pwtc kitorg mkn kat pizza :p dah org belanja kan hee.. terima kasih cik maraton :p (err nama peliknya?)





sila lah terliur :p hahaha.

eh eh gambar gue di mana kah? jap..jap search..

i love this picture! hehe nama beliau ayu,kawan aku dr darjah 2 tuu :p now dia kat berek polis kat cheras tu. so every weekend mmg aku lepak kat rumah dia la :p sebab nak basuh baju. rumah dia ada mesin basuh! auto lg! hahahhaa. tq ayu! ;p

next entry ~ times square

#apesal byk keje hari ni??? warghh!! ok2 gtg,kena pergi bahagian kewangan uruskan fail2 tender ehehe :)

17 April, 2009

you don't know me

flickr.com

minggu lepas dalam pukul 4 pagi, dont-know-who mesej aku.

stranger : hye,awak mira kan?

aku tak reply. sebab malas nak layan la. lepas tu stranger tu miss call byk kali! last aku taip jugak dengan mata tertutup.


aku : bukan. u salah number

h-e-l-l-o !! pukul 4 pagi, ko mesej aku tny pasal mira? kalau betul kau tanya nur wahida, berbaloi jugak aku jawab pukul 4 pagi tu!

stranger : oh.sory salah org.

aku pun sambung tido.

esok pagi tu..

stranger : kalau awk bukan mira,boleh kita kawan?

eieiie! aku meluat dengan manusia tipikal mcm ni!! nak mengayat number 1. bila tanya mana dpt num telefon, ckp dr polan bin si polan! sudahnya polan tu pun aku tak kenal! stupid!!! benci manusia bagi alasan tipikal! eieiieieie!!!!

aku tak reply mesej. menyampah.plus aku takut kot2 ade kawan2 aku nak kenakan aku. so better playsafe :p

2 hari lepas.. stranger tu mesej lagi .. pukul 3 pagi ok!

stranger : awak,minta maaf kalau mengganggu awak pagi2 ni. saya betul2 ikhlas nak kawan dengan awak ni.

sumpah aku rasa nak rejam batu kalau dia ada kat depan aku. pagi2 dok kacau aku tido! aku dah la sensitip dengar bunyi2 henpon ni kan hee

aku : saya taktau la awak ni dari negara mana! dont u see yang skarang ni dah pukul 3 pagi?? orang yang spesies mcm awak je yang mesej org lain pukul 3 pagi ckp nak berkenalan!! saya tak kenal awal! gudnight!

haa hamek kau aku sumpah seranah. tak faham sangat BM kan? aku sumpah dalam bahasa latin kang. hahaha..

stranger : ok. saya minta maaf.

done! aku pun meneruskan tidurku. but everyday stranger tu mesti misscall aku!

siapa beliau? sungguh aku tak berminat nak tau. misscall la selagi kau punya credit,stranger! nak berkenalan konon. kau ingat ni zaman hingusan lagi ke? konon2 num phone aku jumpa dlm bas la, kawan bagi la, whatever!! mati lah kalau aku nak percaya sumber2 mana kau dapat tu huh..

# book fair kat PWTC sungguh menggoncangkan iman aku!!!! waa harus pergi!! mencari novel terbaru Ramlee Awang Murshid :p diya? tak beli? =)

16 April, 2009

soalnya siapa?

flickr.com

ini kejadian benar bertarikh semalam.sumpah aku malu teramat!! malu sebab kantoi satu hal, malu sebab tak kenal pun satu hal jugak!!

since pagi,i was very busy sebab nak siapkan paper2 utk meeting esok. aku dah tapau breakfast siap2 time dtg kerja tadi. tapi aku hold dulu nak mkn sebab nak siapkan kerja2 aku. then,after aku dah bereskan kerja aku, aku pun mula lah bersantap nasik goreng yang disertakan telur goreng (dimana aku hny mkn telur goreng sebab aku was2 dengan nasik goreng tersebut) tgh2 aku makan depan pc ni,sambil2 dok skodeng kat facebook, aku nampak segerombolan manusia masuk bilik aku ni. semua pakai kot-kot dengan segak bagai. tiba-tiba (dengan hidangan nasi goreng still atas meja), dtg seorang lelaki betoi2 depan aku then dia hulur tangan nak salam. aku yang bodoh piang ni pandai gila ni salam la dengan dia dalam keadaan duduk! padahal satu bilik aku ni semua dah berdiri! then aku dok wondering, "eh,awat semua berdiri ni? who-are-they? datang department kitorg pakai kot smart2, then datang salam sorang2?" after that,aku rasa semua dok tgk aku dlm bilik ni! aku terus simpan nasik goreng tu bawah meja! then baru aku realized, he must be somebody!!! time tu muka aku mmg org toreh dengan pisau pun tak berdarah la! hahhaha.

lepas tu beliau dan rakan2 beliau beredar ke bilik belakang. budak2 bilik aku ni terus pandang frame yang ada muka Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin! eh! tak sama langsung dengan muka yang tadi. then, one of my friend ckp maybe Timbalan beliau kot! then, dah check2 and dapat double comfirmation, mmg betoi la beliau yang aku salam tadi!! then terus semua gelak gila!! gelak sebab aku yang terkantoi p mkn nasik goreng, lepas tu boleh pulak salam dengan beliau dlm keadaan duduk! muka aku sumpah tercengang-cengang time tu. aku boleh lagi fikir. apesal nak berdiri pulak ni? awat semua berdiri ni?? waa!! time tu aku rasa nak lempang muka aku sendiri!! sampai bos aku tepuk dahi bila tau aku tgh mkn time beliau buat lawatan mengejut tu :p

and hari ni mmg heboh la pasai kes aku semalam! ngeee sumpah malu teramat! dah la tak cam dia tu Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi! boleh aku buat selamba badak duduk je time dia hulur tgn dok salam! kalau tgn artis tu,dia x hulur pun,kite je hegeh-hegeh hulur! hahahhaa..

mmg satu pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila2 :p mungkin aku takkan ber-breakfast atau ber-lunch dalam office aku ni sampai la abeh kontrak aku ni :p

# TIBA-TIBA rasa nak scan semua muka menteri then save dalam otak aku! sebab kat sini, memang suka ada lawatan mengejut :D

13 April, 2009

berehat sebentar :D

flickr.com

aku sgt teringin nak naik benda alah ni. tapi tak pernah berani. hahaa takut kepala tercabut mungkin :p hehe

Just a simple update. blog saya sedang berehat sebentar bersama kit-kat. mungkin lepas ni berehat bersama kfc,mcd,pizza... :D

# KL-penang-perlis-penang-KL .. sgt2 memenatkan! :(

# tengah berazam nak menjelajah blog2 yg telah byk ditinggalkan oleh saya :(

07 April, 2009

meet the blogger =)

3 April 2009 - date ngan kak zura yang kiut miut! (kamal and diya sila jeles! hahaha)




kak zura ni sgt kecik ok!!! alahaiii comel sgtttt! :p asyik bergayutan dengan oh! bulan ja. hehehe. well,bila blogger bertemu blogger ni, harus la bergosip tentang mereka2 yang kitorg kenal. kak zura ni dah lama dalam dunia blogging :p tp low profile je heee.. akak! tolong renew msjbox! :p

kak zura,thanks eh belanja makan ;p

4 April 2009 - date dengan kak mizzamy yang vogue d vast itu :p

soru dulu b4 tgk talentime :D syurga betoi la sizzling mee kat alamanda ni!! sumpah heaven! claypot rice pun sedap!! yg penting no tax ok :p hehhe



kredit : http://2.bp.blogspot.com/

after that,kitorg tgk Talentime. movie ni agak perlahan tp mmg serius lawak! fhm2 la harith iskandar tu cmne kan? hahaha. comel gile la beliau :p dah la si mahesh tu hensem :p watak jac tu aku rasa kalau takde pun takpe kot :p not really help la huhu. tapi ending talentime ni sumpah sedih weh!! naseb la aku pakai tudung kan? dok la lap air mata ngan tudung! wahahaha! kak amy pulak guna sweater beliau utk lap air mata hehe.. comel kan :p

star : 4.9 out of 5 star. heh,harus ke ada point 9? ;p

then,kitorg lepak kat Secret Recipe (SR) .. mula lah sesi sharing problem and bergosipan :p well, gosip ttg blogger yg sama je aku ni hahaha (sama dengan kak zura and kak amy).. spekulasi betul blogger mamat sorg tu. mcm2 cerita aku dengar pasal beliau. semuanya sgt memualkan. tapi, lantak la. buat ape nak amek pot kan :p beliau pun mungkin dah bahagia dengan *fantasi* beliau :p heee

ok. mari tempek gambar :D




aku suka single picture aku and kak amy ni :p just perfect! :)

kak amy,thanks jugak sebab belanja :D

aku wish aku boleh jumpa lg byk blogger :D

yonna said : dapat gaji ni, kena belanja byk org heehe

05 April, 2009

Transformasi AF7!!

murai.com

entry ini mungkin akan disertakan dengan ayat kasar tahap wali2 (pinjam ayat kak ween) entry ini adalah berikutan ketidak-puasan hati aku terhadap penyingkiran semalam dan juga transformasi yang konon diwar-warkan setiap 5 minit AC bercakap! juga komen aku terhadap AC yang dah 2 tahun jadi pengacara AF. ini hanya pendapat aku. kalau kau rasa nak join skaki ketidakpuasan hati kau,aku alu2kan. tapi,kalau rasa2 nak maki aku balik (lalat la of course!) , kau pergi mengadu dekat murai.com

ok mari kita mulakan.

penyingkiran semalam.

sumpah aku sgt2 terkejut. rasa mcm nak baling je TV ni!! sangat2 tidak patut rubisa dan zizi disingkirkan! paling tidak pun zizi tu mmg tak patut dia keluar!! performance dia sikit punya best semalam!! aku expect dia akan masuk ke final :( suara dia sgt2 best. ada mirip ella sikit. rubisa tu aku takde la berapa berkenan tapi dia nyanyi ok la!! warghhh. ditekankan di sini, aku tidak mengundi mana2 pelajar AF. aku takdak salahkan org2 undi ke tak. aku rasa AF patut tukar sistem la. dah 7 musim dah, benda2 ni mcm ni still lg berlaku! org yang sgt berbakat la keluar awal2. boleh tak kasi juri je buat keputusan?? suruh voters (bukan semua),harus la pilih muka dulu! eieiieie!! aku meluat! faham tak aku meluat? sidi, boleh keluar tak minggu depan? atau mungkin akim yang panas baran tapi cute itu? hahahha

transformasi AF7

jujurnya,aku nampak la jugak perubahan dalam AF7 ni. aku rasa tirai pembukaan AF mmg patut dimulakan dengan lagu tema diorg. sebelum2 ni lagu ni jadi tirai penutup. agaknya, thats why la kot diorg semput time nyanyi. sebab dah mneari dulu :p

aku meluat dengan manusia2 yang terkinja tepi pentas tu. mcm faratik anugerah ERA pulak. apesal stage mcm tu this time? tapi decoration stage kali ni mmg cun. kan setiap 2 minggu skali akan berubah? last2 jadi mcm sangkar je stage tu nnt kot :p

and pemilihan principal tiara tu pun aku rasa sgt ok! kasi can la perempuan pulak kan? hahha. even dia bukan penyanyi, at least dia dah berpuluh thn dalam dunia seni ni. ni pun cabaran besar utk dia utk jadikan pelajar2 AF7 ni sebagai satu ikon. beliau sgt lawa la :D

AC sebagai pengacara

aku suka AC. aku minat dia. tapi sebagai pengacara AF, aku rasa aku sgt menyampah dengan dia!! dia cakap mcm takde perasaan lgsg!!! waa benci2..

ada one time tu (tak sure konsert mana), judges keep on saying yang lagu yang dipilih oleh budak2 AF7 ni tak sesuai dengan suara diorg! sebagai pengacara, AC patut back up students balik. dia kena la ckp lagu tu tenaga pengajar yang pilih. bukan pilihan diorg. ini tak ckp apa lgsg!! sampai la cikgu siti hajar speaks for the right semalam! even dulu time Aznil mengacara, dia sure akan jelaskan yang lagu tu bukan dipilih oleh pelajar sendiri.

lagi satu, time dia umumkan pelajar tersingkir tu, aku rasa sangat geram! mcm beliau takde hati perut lak nada dia umukan tu. dulu time Adila kena singkir, it just like that!! and semalam time dia umumkan zizi and rubisa keluar pun mcm tu. dah umum, then terus tepuk tgn utk the rest yang terselamat. sampai aku sendiri tak rasa sedih lgsg! rasa mcm kelam kabut. at least, kasi lah feel sikit!! eieie apa dah jadik ni eh??

abeh sudah aku hurai 3 isi penting ni :p

kesian qhaud semalam kan? :( bila 2nd time nyanyi, abeh semua lirik dia lupa :(

konsert semalam sampai 3 jam! sgt2 bosan! ape hal la juri sampai 4!! sangat buang masa. adlin ckp je dah 10 minit. but nvrmind,aku suka komen laser dia.

aku suka hafiz and isma. diorg tu mmg dilahirkan utk jadi bintang kot :p

thank god Rini dah keluar. mungkin boleh menaiki beca bersama2 obri mr tunang?

claudia mcm dayang nurfaizah kah?

qhaud,akim and sidi mungkin ada kebarangkalian akan tersingkir nnt2 ;p

aril.. not bad. too noty kot

yazid boleh masuk final kot? asalkan tak nyanyi lagu dato' CT dah hahaa

aishah.. aku suka mata dia :p suara dia best la :D

yonna said : perkataan TRANSFORMASI sebenarnya lagi sesuai untuk OIAM3!! Tomok is doing soooo well!!!

02 April, 2009

jadilah pendengar yang baik :)

flickr.com

- Wujudkan suasana mesra dalam perbualan atau interaksi.

- Dengar dengan teliti.

- Berikan perhatian sepenuhnya.

- Saling berpandangan dan lihat tepat ke dalam anak matanya.

- Angguk kepala tanda gerak balas serta ikuti perbualannya dengan berkata, 'ya'.

- Selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.

- Ubah mimik muka seiring dengan perkara yang dipertuturkan.

- Elak mengkritik.

- Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.

- Susuli dengan soalan sebagai tanda anda memang mendengarnya dengan penuh minat.

- Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahami itu betul.

Sumber Oleh : Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my

aku berani la kerat jari (tipu!) bukan semua kawan kita mampu jadi pendengar yang baik. ada setengah tu just nak busy body hal kita. ada setengah tu mmg try hard nak fahamkan masalah kita.. ada setengah tu dengar masalah kita mcm angin masuk telinga ja.. kan?kan?

so far, tak ramai kawan aku yang betul2 boleh jadi pendengar yang baik. of course lah aku boleh tau sebab kita bercerita dengan org tu,kita tgk respons dia pun dah boleh tau kan? :) sometimes,aku sangat kecik hati if aku beria-ia la nak share story with kawan aku, but tgk dia punya respons aku rasa mcm nak lempang beliau dia tak ingin pun nak dengar cerita aku. so,communication between us tu mcm tak balance lgsg.. selalunya, orang yang kita tak cari tu lah,org yang sentiasa ada untuk kita :)

but,i'm still proud sebab ada kawan2 yang being a very2 good listener to me! even diorang pun ada masalah negara sendiri but still have time for me :) even ruang tu sangat limited, aku sangat2 menghargainya .. (ok!ayat jiwang sudah mari.haha)

utk kamu-kamu surgaku, aku pun akan meminjamkan telinga dan bahuku utk kamu :)

yonna said : i'm a good listener! jgn disangkal statement itu =p hahaha