29 May, 2009

hari kebesaran.

23 tahun yang lalu ..

30 Mei 1986

10.22 malam..

baby comel.. (kalau nak muntah aku tadah baldi)

hospital besar Pulau Pinang..

tak tahu apa itu blog,friendster,facebook,google bla bla bla..




ini cara aku bergayut telefon sekarang ni kalau kat ofis. senang.tak payah pakai earphone. anda boleh mencuba. takkan jatuh punya :D


now im 23..

29 Mei 2009 (suppose to be tomorrow.saje tak buat scheduled entry :p )

3.37 petang..

masih comel .. (masih memegang baldi utk ditadahkan hahahaha)

hospital besar Putrajaya

sangat gilakan blog dan facebook (yg strike ni aku menipu)

cepat benar masa berlari.saya akan berumur 23 tahun pada esok hari T_____T . macam2 dah saya lalui. macam2 dah saya jalani.semuanya satu pengalaman yang sangat takkan saya lupakan :)

masih terkenang-kenang surprise tahun lepas kat pulau jerjak! omg sgt rindukan mereka!! T___T

# wawa,thanks for the present and card. so sweet of u babe.
# thanks also for the advanced wish :p comel gile la bro adry punya sms heheh. :)

28 May, 2009

kenapa suka buat peace???

flickr.com

pagi tadi, mcm biasa lah bukak facebook (dadah ke-dua saya), sambil2 melihat gambar terbaru rakan. terjumpa lah satu folder gambar kawan2 aku. jumlah foto dalam 50 lebih la. sekali tgk tu ok la. then aku perasan apesal semua gambar seakan-akan sama nih?? aku selak balik dari gambar yang first. omg!! hampir 50 lebih gambar tu semua nya tangan ber-peace!!

...

apakah?

...

kenapa terlalu tipikal nii??

tunjuklah 3 jari ke, 4 jari ke, 7 ke! (sila lempang aku)

aku pun dengan muka berkerut2 melihat gambar tu, wondering la diorg ni tak penat ke asyik tunjuk peace??

sebenarnya, aku tak suka kalau tgk gambar org buat tangan piece! sebab aku rasa sejak aku sekolah rendah lagi org dah buat gaya tu. kenapa sampai sekarang masih lagi dikekalkan? trademark org malaysia kah ni?? :p korang suka ke? (ampun maaf kalau ada yg rasa mcm nak tampar aku :p )

ayat aku kat atas sangat annoying nak mati kan??


....


sebenarnya,aku pun ada jugak buat piece :p hahahha tp sekarang ni da agak kejarangan sebab aku sendiri meluatttttttttttttt!

ok.boleh bersurai

# sedang menjejaki entry2 blogger yang terbaik (at least utk aku) -kalau ada suggestion, tolong berikan link (jgn berangan kalau nak promote blog atau any iklan!) ingat blog aku ni pusat pengiklanan kah?

27 May, 2009

kenangan pisang goreng T___T

flickr.com

time tulis tajuk entry pun aku dah rasa nak teriak. for me, benda ni bukan cerita lawak. it just a piece of my memory :( tp kalau korang rasa nak gelak pun, aku tara hal hehe. takde benda pun entry ni. tapi kesan dia aku terasa sampai sekarang T___T

every year bila on my birthday (ehem,hint ni kat korang! hahahhaa),spontan aku akan teringat peristiwa goreng pisang ni T___T . time kecik aku duduk dengan tokabah and tok aku. diorg jaga aku until aku tadika. every time cuti sekolah mmg aku akan duduk kat kampung. harus lah aku keseorangan. adik aku manja. semua nak kepit dengan mak ayah aku.

satu hari tu (yg pastinya sebelum aku darjah 4) ,time tu birthday aku. no celebration la kan. duduk pun kat kampung. petang tu aku call la rumah aku kat Penang tu. saje nak borak2 dengan mak aku (err kecik2 dah pandai borak2 dengan mak.dah besar,kurang bercakap pulak :p ) then takde sape pun angkat fone. aku wondering la diorang pegi mana. petang2 sikit tu my mom call la aku. aku tanya la dia pergi mana ape semua. then suddenly dia cakap ..

"mama pergi komtar dengan adik (beliau 3 0r 4 thn time tu). mama beli playdoh. dia nak sangat.. "

ok.fine.lepas letak telefon aku duduk dalam bilik (tu master bedroom tok and tokabah aku) aku kunci pintu bilik pastu menangis. sentap punya pasal (kecik2 dah pandai sentap!) .. ye lah,dah la on my birthday, bukan nak dtg bawak hadiah ke ape kan. boleh pulak belikan playdoh kat adik aku! ^%%$$#^*87%&!! time tu kan mmg famous dengan permainan playdoh yang wangi itu. aku sgt jeles! aku merajuk dengan sangat lama!

flickr.com

after 2-3 jam,tokabah and tok aku ketuk2 pintu bilik sebab nak suruh aku keluar. diorang siap jenguk2 kat tingkap. aku tutup semua langsir,semua tingkap. tokabah aku ketuk2 tingkap pun aku buat bodo. memang aku kecik hati tahap nak mati la. biase la kita budak2. naluri nak celebrate birthday ramai2 mcm party tu standard la. then aku duduk senyap je dalam bilik tu. then aku dengar bunyi motor (bilik tu sebelah je dengan tempat parking motor tokabah ) sure la tok abah keluar. lepas tu baru keluar bilik. aku ke dapur. sembang2 mcm biasa dengan tok aku. dah lama sikit,tok abah aku balik. sebelah tangan pegang plastik berisi pisang goreng. dia bagi plastik kat tok aku suruh letak dalam pinggan. then kitorg pun makan la bertiga kat dapur tu. (omg! T__________T) then suddenly tokabah aku cakap

"tokabah beli pisang goreng ja untuk hari jadi hang ni," T_______T

air mata dah bergenang. tak mampu dah aku nak makan. aku buat2 la pi sinki. padahal nak lap air mata :( sumpah sebak gila2 dengar tokabah aku cakap mcm tu. aku rasa tu lah hadiah hari jadi yang paling terkesan sampai sekarang. setiap kali birthday aku, aku takkan lupa kenangan ni T____T . tokabah aku sanggup naik moto dengan panas2 rembang plus dia pun dah tua,ada sakit badan sanggup keluar pergi beli pisang goreng untuk aku T___________T even hanya dengan pisang goreng yang berharga seringgit tu (for certain people mungkin tak bermakna langsung), aku rasa tu dah cukup2 dihargai. tak perlu kek dengan 10 batang lilin skali pun. tak perlu party dengan memakain dress mahal2. i dont need all that. apa yang tokabah bagi tu is more than enough sampai terlekat-lekat kat hati aku sampai sekarang T____T

hampir 10 tahun sejak tok aku meninggal (7 tahun sejak tokabah meninggal) , time2 menjelang birthday aku ni la,aku sangat teringatkan kisah2 dulu T____T (aduhai.kenapalah aku kat ofis time ni!!! rasa nak menangis kuat2 ngeeeee! ) terlalu rindu pada mereka2 yang dah berada di alam sana. kalau masa boleh diulang kembali...

al-fatihah..

T____T

26 May, 2009

unplanned.

sabtu lepas, (sehari sebelum tragedi kain batik-terima kasih wahai penggelak! hahahha), ada tetamu dari penang ,nurul syuhada dtg mencemar duli di KL. hee. beliau adalah kawan baik ayu since sekolah menengah. dari ayu la aku kenal dengan beliau. memandangkan beliau duduk atas rumah aku je, kitorang mmg rapat la time sekolah2 dulu :) since dia dah kahwin ni,terbatas la nak jumpa. nasib la dia dtg KL ni without her husband haha.boleh la berlakon jadik anak dara kejap :p

misi beliau turun ke KL adalah untuk menghadiri kenduri kahwin kakak kawan beliau and to attend gathering forum beliau (aku lupa forum apa but for sure forum ibu2 mengandung and yg ada baby2 lah)

12.30 tgh hari tepat beliau sampai pudu. pukul 1 baru dia dpt menaiki kereta T____T harap maklumlah jalan jem di KL sangat mcm bangang!

nak dekat pukul 2,baru sampai kat dewan komuniti apeapentah bandar tun razak. dah la aku dengan ayu dtg kenduri mengejut sebab nak teman nurul. harus lah tak prepare any hadiah. dengan duit yang ala2 hujung tanduk hahha. so, kitorg decide nak bagi duit.

ini lah gaya sampul terbaru idea dari ayu.

nama pun benda unplanned. mmg langsung tak ingatlah nak bawak sampul letak duit. ingat hari raya ke? celah jalan pun boleh dapat??? then, ayu geledah satu kereta dia. terjumpa sampul kad birthday beliau. ok bagus. jadi,belah la sampul tu jadi 3! bijak kan? well, minum susu ibu time bayi mmg bijak la. at least ok la dari bagi duit gitu je kan :p

ni lah beliau :D nurul bersama pengantin yang sgt secocok :D aku admire pelamin mereka.cantik jugak. and sgt cantik dalam gambar :D

bergambar dengan kawan2 nurul and tajul dunia baru kawan lama kitorg,din

ayu,nurul and me

selesai sesi penggambaran kenduri kat BTR,kitorg membawakan diri ke leisure mall sebab nurul nak beli hadiah utk ditukarkan time sesi gathering. dengan berbaju kurungnya, kitorg merentas desa. T___T kesian nurul. dah la tengah pregnant. haihh la.

skip.. skip.. skip.. sampai lah kami ke tempat gathering kat Kg Baru.

setengah org panggil kedai ni the ship :p

mine.chicken marryland. not bad :D

guna teknik close up. bajet mcm dah pro je aku ni :p (tenkiu kak nuin for the keychain)

nurul and geng2 forum beliau. kesian nurul. dia sorang tak bawak husband. semua nya bawak suami. haih, nasib la aku teman. (teman jadi tukang tangkap gambar :p)

time nak balik,time semua tgh2 bersalam, diorang semua usap2 perut nurul (dia pregnant 3 bulan). oh sgt sedih time tu sebab diorg semua belum ada rezeki nak dptkan anak even. oh agak hiba melihat diorang begitu berharap nak dptkan anak. ada yg gugur,tak lekat2 sampai sekarang. nurul sendiri pernah gugur,tp alhamdulillah rezeki dia lg kali ni even perkahwinan diorg tak cecah setahun pun lg. rezeki Allah :) mcm mana la ibu2 yang sanggup buang anak sedangkan masih ramai yg mengharapkan anak? setiap saat berdoa tanpa jemu??? T_______T

one more, attend gathering tu, membuatkan kenangan gathering dengan forum teratak anna abadi dulu berlegar legar dalam otak aku. sumpah aku terlalu rindukan gath dengan geng2 aku dulu T_______T tapi tu lah, as time goes by kan? ada yang dah busy, dah kahwin, dah ada anak. so masa pun sangat limit, tp kenangan tu tetap antara yang terindah dlm hidup aku. ni malas nak sedih2 ni :(

aku ni,masuk je bab2 teratak anna abadi mula lah nak teriak mcm gila!!! sudah.sudah. jumpa di lain entry. aku nak berusaha meng-reply semua komen! :)

25 May, 2009

tragedi kain batik


benci bila teringatkan semalam. hari yang sangat bangang. tp sangat lawak!! grrr. weekend mcm biasa. mana nak duduk putrajaya ni. pukul 7 pagi, matahari dah masuk dalam bilik! **^^&(^$%$#!! mari2 saya memulakan cerita. aku takde perasaan malu la nak ceritakan benda ni even err agak menjejaskan ke-perempuanan aku sikit! hahaha

semalam,dalam pukul 7 (mlm) lebih telah menyiap2kan diri sebab nak suruh ayu hantar aku balik rumah. (ayu : my good friend since aku standard 2) plus kak zu and wawa tunggu aku kat alamanda sebab nak bergosip.. elok2 je dah siap comel lotey, mmg tunggu masa nak keluar rumah and turun tangga ja. then,aku ambik selipar utk dimasukkan dalam beg. then aku rasa mcm something wrong dengan seluar aku. rasa macam ada angin masuk je hahahha ok.nampak bodoh. tahniah la, zip seluar aku dah terkopak (aku taktau ayat apa yang sesuai digunakan)

aku mcm.. whattt?? aku dah terkocoh2 nak balik, time2 mcm ni pulak zip nak tercabut semua!! ngeeee!! (terlalu bersyukur aku takde kat mid valley atau di mana2 kawasan luar! hahahha) ayu dah gelak mcm nak mati kat aku. mmg sangat bangangla. nak cantum balik zip tu pon dah tak boleh. mmg kena g kedai suruh jahit zip lain la. perlu ke aku balik putrajaya dengan memakai t-shirt dan tudung saja?? HAHAHAA mungkin akan accident tgh jalan nnt :p

aku dah menggelupur grr. ayu suggest pakai je seluar tu. sebab nnt duduk dalam kereta je. plus t-shirt aku mcm agak labuh la semalam. ngee sumpah aku tak selesa cmtu. rasa mcm semua manusia akan tau yang zip aku tu rosak. walau aku dalam kereta je pun T___T suddenly, ayu cakap...

"weh,apa kata hang pakai kain batik ja?"

aku rasa mcm nak bagi dia makan selipar ja T___T sangat kesian aku waktu semalam. dah la nak kejar pegi alamanda lagi lepas tu. takkan aku nak balik pakai seluar pendek je kan? even dulu pernah buat mcm tu tp skarang ni baru sedar tak elok :p ataupun,perlu ke aku iron baju kurung malam2 semata2 nak balik putrajaya kan???

makanya, utk tidak membuang masa, aku capai je kain batik ayu.sarung and terus ambil beg dan menuju ke bawah. sebijik mcm makcik2 baru balik pasar sambil membawa bakul berisi ikan,ayam dan sayur!! grrrr. nasib baik lah time aku turun ke kereta tu, pakcik2 dan makcik2 still dalam surau. kalau tak, mungkin perlu muka dan badan dipisahkan (berjalan sendiri2) sebab malu :D hahhaha..

bila dah sampai putrajaya,ayu pun tunggu kat bawah,aku salin seluar and pegi alamanda. pakcik guard pun tgk aku semacam. (mungkin dia teringin nak pakai kain batik kot. hahahha). kakak rumah aku lg la terkejut tgk aku pakai kain batik. nasib tak terlondeh je :p takpe lah. kurang2 semalam adalah salah satu cara aku menghargai kain batik (ini ayat penyedap hati). sekurang2 nya aku tau pakai kain batik. ramai kawan aku tak pandai pakai kain batik! hey hey,kita sebagai rakyat malaysia patut reti pakai kain batik. kain turun temurun tu (ini ayat cover malu)

sekian terima kasih.

entry ditulis oleh,
nur wahida-si pemakai kain batik dari kl ke putrajaya.
terima kasih kerana membaca dan meng-gelak.

22 May, 2009

kaki yang hampir tertanggal :p

sabtu lepas telah membawakkan diri ke PWTC sempena karnival kerjaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, aku bukan lah salah sorang yang meng-hunting job. tapi kak mika yang nak cari kerja lain. dah kerja tempat tu 5 tahun, harus la beliau jual experience beliau. subhanallah punya lah ramai manusia!! T___T dengan nak kene lekat sticker visitor, dengan nak isi borang lagi! perlu ke borang tu. tau tak setiap minit tu beratus2 org dtg serbu, celah bedah mana nak isi borang semua..8&^%%$$! melambatkan proses je la menda2 alah cmni



muka sudah keletihan! time ni kat booth atas. dalam menjejaki sebotol air mineral! mcm cari air kat padang pasir!!! time ni aku rasa kaki aku lg sikit dah nak tercabut. sebab kitorg tak miss langsung even satu pun booth! semua kitorg redah je. dah la seluas2 alam booth2 tu.

booth dia sangat banyak gila! tp ramai company cina la :p aku ni ambik je pamplet semua. aku hantar resume 2-3 kerat je :p aku cucuk je pendrive abeh semua kena virus! hahahha kesian2 :p

jujurnya,aku kesian pada penganggur2 yang berusaha cari kerja. dengan keadaan ekonomi tak stabil mcm sekarang ni. sangat susah utk mencari pekerjaan apatah lagi kerja dalam sektor government :( aku ni pun nasib la dapat kontrak. ade jugak la keje kan? T___T dari mereka2 yang telah dibuang kerja and sampai sekarang takde kerja.

time kat booth2 tu, aku tgk mmg ramai la bersungguh2 cari kerja. sampai print resume berkotak2, cuci gambar berpuluh2. aku harap company2 tu tak campak resume diorang sudah la. kesian pada mereka yang berusaha bersungguh2 cari kerja T___T ok.ok.takmo sedih.

aku sangat gilakan inai2 kat tangan mcm ni! omg!! terlalu2 lalu suka!!! inai ni free je. patut la tak terang lgsg. bangang betoi india yg jual ni. beria2 je.

actually inai ni bukan yg manual mcm biasa. corak inai ni dia dah ukir siap2 atas satu plastik. then letak plastik tu atas tangan yang nak diinai tu, (sebelum tu bancuh inai), nnt ambik je inai tu tempek atas plastik tu. pastu, bukak la plastik corak tu. nnt terbentuk la inai mcm kat atas ni.

before pegi karnival kerjaya kat pwtc tu, aku sempat jumpa dengan twin. dia fly dr sarawak. orang dah abeh belajar kan ;p harus lah sirih pulang ke ganggang ;p sementara tunggu bas beliau ke terengganu, harus spend time dengan aku :p

twin.i.miss.you. T____T i miss the kek lapis hehe

a cute lil teddy and kek lapis yg sgt heaven from twin. tenkiu sygggg :)

note utk nana : makcik,ko dah dalam bas on the way balik BP T____T sumpah aku sedih sampai ter nangeh2 :( i'm gonna miss u. tolong kerja di sini. mcm mana nak hidup tanpa jumpa ko ni!! T______T .. i love u.i love our friendship.i love every moment when i'm with u T____T u are such an angel to me T____T (ok stop nangeh)



21 May, 2009

lolypop hati yang pecah

www.flickr.com

saya mula ber-blogging since 24 Mei 2006 (on vinil's birthday), almost 3 years dah aku menconteng entry2 dalam ni. dah 3 tahun jugak aku kenal ramai sangat2 bloggers. actually, terlalu banyak perubahan kalau nak dibandingkan dengan blog dulu dan sekarang.

dulu, tiada siapa hairan tentang blog. tiada siapa hairan mahu membaca apa yang kita coretkan. tiada siapa drop dekat shoutbox kita. dan dulu sangat2 rasa bebas utk menulis apa sahaja (sebab saya rasa 3 years back sangat selamat menceritakan apa sahaja dalam blog). dulu jugak,saya tak pernah fikir dulu sebelum membuat entry, saya tulis suka hati. saya tak fikir perasaan org lain. saya tak fikir yang orang ramai akan membaca entry saya. dengan gaya tulisan mcm budak skolah rendah, dengan layout yang saya rasa mmg sangat2 tipikal nak mati! dan yang paling membezakan, dulu langsung tiada manusia annoying mcm sekarang ni!

tapi sekarang ni, semua dah berubah (transformasi kononnya la :p ) .. setiap kali (SETIAP KALI) saya hendak membuat satu-satu entry, saya akan berfikir lama. sangat lama sampai kadang saya tidak menaip apa pun kat keyboard ni. saya harus fikir baik dan buruk entry saya, adakah akan menyinggung perasaan sesetengah kawan saya (normally org2 blogger cepat sikit sentap dengan entry kawan mereka padahal tidaklah berniat nak tujukan pada mereka. sama jugak macam saya) sungguh saya benci perasaan begitu. manusia tipikal mmg akan ckp jangan peduli perasaan org. tp adakah mereka tak fikir langsung perasaan org sebelum membuat entry? kalau tak fikir, kenapa diorang tak berterus terang saja dengan siapa dia sentap? padahal org tu adalah kalangan blogger sendiri! of course dalam diam dia harus jaga perasaan org lain juga. blog mmg hak persendirian, tapi hak pembacaan bukan dalam kawalan kita.

one more, sejak dulu saya tidak pernah meng-invite dengan rasmi kawan realiti saya (kawan sekolah,kawan kolej,kawan PKN dam officemate) utk datang ke blog saya. yang tahu hanya lah kalangan kawan2 forum saya dan ianya mula berkembang dengan kawan2 blog. saya tak pasti kenapa saya tidak selesa kalau kawan2 realiti saya membaca kisah2 di blog ini. saya bukan manusia hipokrit. tiada yang perlu disembunyikan. mungkin kerana ada jugak kisah2 saya sentap dengan diorang (cerita lama) yang saya rasa diorang tak perlu lah nak tahu apa yang saya sentapkan. nnt bila sudah membaca, tny saya mcm2 soalan sedangkan benda tu dah berlalu berkurun lamanya. ada juga yang perli2 saya. tahniahlah utk kau. sumpah saya sakit hati! kawan realiti sangat berbeza dengan kawan2 virtual. terlalu banyak bezanya sampai kadang2 saya rasa saya terlalu selesa dengan kawan virtual saya. salahkah perasaan itu?

kenapa ada yang kata dalam blog kita boleh cakap apa saja?? siapa yang cakap mcm tu? dulu masa saya bengong2 lagi, saya pun cakap mcm tu. buat apa nak peduli? suka hati la kita nak tulis or kutuk siapa pun? hell! ayat tu patut masuk dalam tong sampah saja! and now, saya rasa sangat perit nak buatkan even satu entry! plus blog saya sekarang ni dah ramai di-access oleh kawan2 realiti saya. perasaan dia sangat lain (malu mungkin) .. sebab saya berhadapan dengan kawan2 realiti saya. saya pasti akan ditanyakan banyak soalan berkenaan dengan entry2 saya (tanya dalam komen boleh tak???)

saya tidak melimitkan pembaca2 saya (ceh,bajet blog fofuler ja!) , mcm saya katakan kati, hak pembacaan bukan dalam kawalan saya. mereka bebas bergerak dalam blog saya (ada yang melepak nak dekat 20 minit semalam. sangat hebat!) mereka juga rajin meng-google entry2 lama saya! entah2 terjumpa part saya kutuk diorang! hahaha (gelak tak ikhlas)

tapi satu benda yang saya suka dengan blogging sekarang adalah dari segi komen-mengkomen. oh sangat aktif (terima kasih wahai pengkomen) :)

sebelum saya habiskan entry yang ala2 mati segan hidup takmau ni. saya nak bagi semacam warning la to those people yang suka menyamar dalam blog saya ni (mcm si momo and momok tu) . tak payah lah beria-ia sangat menyamar ye,manusia. saya kenal awak. saya cam ayat2 awak dan saya pasti awak tu siapa. so,berhenti jadi stalker. munculkan diri awak yang sebenar :) i wont be angry. jangan main drama lama sangat. nanti terkantoi bodoh buat malu ja.

sepatutnya entry ni dipublish pagi. disebabkan aku terlalu banyak fikir pro and cons, time petang2 jugak aku publish +_______+

20 May, 2009

Cara-cara halau roomate (secara halus)

ya allah!!! aku gelak mcm harammm la baca tips2 ni!! omg!! HAHAHAHHAHAHHA sumpah lawak gilaa!! hahahhahaha!! err takde kena mengena dengan roomate aku (ehem)

sumber entry dari : http://carca-marba.blogspot.com

1. Setiap hari Jumaat, pack segala
barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi tidor.
- sure roomate ko rimas kan kalau every week ko buat mcm tu? ;p

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati" horee... ko dah balik". lepas tu menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg" - kurang pasti bentuk tarian yg mcm mane eh? HAHHHAHAHA

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliiling
bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak" - omg!!!! sumpah lawak!! hahahahaha. mungkin aku patut buat =p hahaha ishh apesal sengal sgt aku ni :p

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat... Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. - baiklah. aku akan beli pokok bonsai ;p

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu cakap, "Siot betul, kalah lagi" - aku dah lupa cara main chess. mungkin boleh main dam ke :p

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee... ". bukak lampu semula. - pasti roomate kau hantar kau ke hospital bahagia! hahahhaha

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda... " Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya... " - comel gila plan ni! hahahahhaha

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3
jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh... aku dah ingat". Lepas tu
pengsan balik. - mungkin lepas kau pengsan last tu, dia akan bunuh ko terus :p

10. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat
telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak
dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis,
cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul - aku suka gosok gigi kat sinki la!! +____+ takleh pakai nih hahahha

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu,
nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan
hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ko. - hadiah pokok bonsai mungkin? hahahhaa

13. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia
buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused - mungkin kau akan kena sepak free dengan roomate ko! hahahhaha

14. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambi makan
kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang - point yang paling tidak boleh blah!!!!!! semoga korang mendapat roomate yang cantek. boleh tonton wayang 3 jam. aku rasa mungkin 3 min je kot mampu =p

15. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau sgt; wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu habis - ya allah!! lagi lawak!!! HAHAHAAHHAHA kena deodorant yang roll on tu aku taktau la! hahahhha. aku rasa febreeze oren dah ok kot? ;p kan makcik? hahaha

16. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang
tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd ko. -kalau roomate aku bela kucing, sah2 mmg nak kena lempang dengan aku

again,entry tiada kaitan dengan roomate aku (ehem)

aduhaii pecah perut la aku gela weh! apesal lawak sangat niii!! abg penyu ku, di manakah abg dpt tips2 ni?? hahahha

ok.penutup entry disudahi dengan gambar upin ipin yg real. kawan aku kasi email semalam. mati gelak aku depan pc ni!!!! aduhaii!!! gile comel ah budak2 ni!!

18 May, 2009

the day with chika and the geng.

semalam,telah membawa diri merentas desa lrt dan putra ke KLCC. ampun dan maaf kepada mereka2 yang telah menunggu aku hampir 2 jam. org berdaulat mmg gini :p hahhaha.

chika kol aku pukul 12 tgh. acara berlangsung pukul 2 ptg. bagus betul plan budak comel ni. lagi 2 jam nak jumpa,nak gather then baru inform aku. ngee! nasib la aku kat cheras. kalau aku kat putrajaya, mmg tinggal harapan nak jumpa chika and the geng ni T____T mcm super sonic la aku siap :p sebab tu lambat. tunggu kawan aku lg nak hantar kat stesen BTS. heee.

sesudah sampai kat KLCC,sumpah menggagau aku carik pintu keluar ke taman KLCC tu. eieiei!! seingat aku 4 thn lepas kot last aku naik putra g KLCC. the rest pergi naik kereta,plus dengan kawan. ni lone ranger :p menggelupur gak hahha.. sempat la jugak beli hadiah belated birthday utk chika :D ( hope u like the chocolate and lolipop :p )

setelah berkawad menawaf satu pusingan kolam KLCC tu, (aizar bagi salah direction T___T tak memasal kena naik bridge semua. hahaha) sudah2 la. jom layan gambar. memandangkan gathering yang unplanned,sikit je blogger yang datang. err 4 org kalau tak salah aku. kalau well plan ni aku rasa mau beratus ;p

semua gambar dikreditkan pada liyana dan astri atau nama baru beliau TISHA. hahhaha

the owner of nurulism.com, chika yang sgt kecik dan comel dan putih dan lain2.

diorang dah posing dulu sebelum aku! T___T haihh laa...


liyana,aizar,me,chika,kak su,kak lyn,ain and astri

*kak su tu err tak sure sape. kak lyn tu kakak ipar lyana kot? hee ampun dan maaf. saya terlupa :D

ada kejadian di mana suara aku telah menggegarkan manusia2 di sekeliling kami. terima kasih sebab memandang ke arah aku. orang excited + terkejut mmg mcm ni. chika, nasib baik i tak heart attack atau pun nasib baik i tak masuk kolam sebab terlalu seronok! hahahha..

guys,thank you for the day. and to ast3 too sebab jadik photographer tak rasmi :p sangat happy jumpa dengan kalian even ni for the first time. takde la kekok sangat kan. chika, next time plz and plz plan dulu gathering ni :p jgn bg org terkujat2. sure ramai frust tak dpt jumpa u. hehe.. and hope u get well soon :) muka sangat pucat semalam. nasib tak pengsan +___+

akhir kata, i love u guys :) hehe

#entry silent reader tu hanya ditujukan utk seorang silent reader saya. err bukan kamu2 yg lain :)

15 May, 2009

to : silent reader

flickr.com







dont be a silent killer!








13 May, 2009

bunga stokin :)






omg! sumpah sangat2 lawa and sangat2 perfect!!! ni la bahana bunga stokin sampai aku tido pukul 2 semalam! then bangun pukul 6.30 td :( ohh mengantuk mcm org makan dadah tau takkk!!

balik dari rumah ajuhma semalam, aku usha2 la bilik kak an (my housemate), then ternampak la bunga2-an atas kotak A4.. mati2 aku ingat dia beli sebab sangat2 perfect bunga stokin tu. aku tak percaya bila dia kata tu dia buat sendiri. dia pun suruh la aku bukak kotak a4 tu. @__@ semua peralatan buat bunga dan sewaktu dengannya ada dalam tu! ternganga jap aku. then kak anna pun tinjau2 bilik kak an. last2, kitorg duduk dalam bilik kak an then dia ajar buat bunga stokin tu. ngaaa. apesal aku teruja sangat ni?? sebab kraftangan kak an sangat sempurna. isyy! jelesssss!!

so semalam aku dpt la buat 3 kelopak bunga. benda ni sangat renyah sebenarnya, dengan manik la,daun la,selotape hijau dia la. plus otak kena kreatif nak combine warna yang cun, pastu nak kena imagine mcm mana nak kasi bunga tu (kelopak dia) nampak cun T____T aku buat sangat messy ok!! dengan benang terbelit sini sana. tp ok la kan? nama pun beginner :)

apesal lawa sangat ni!!!!

actually,bunga2 stokin ni semua suppose utk pertunangan beliau (kak an) last year, hurm tp sebab ada masalah, dia ngan bf dia tak jadi bertunang. so beliau pun terus tak sentuh bunga hantaran ni.. mlm td dtg mood baik kot. sampai siap 11 kuntum! sekuntum bunga tu aku rasa mau nak sekat sejam tu. dah la kemas gile +__+ ohh sumpah aku sgt jeles beliau buat dengan begitu lawa skali.

mau order? hahahha. actually kak an tak pernah pun buat bisnes benda ni. haihh laa, kalau aku la kannn.. dah lama aku buat bisnes. dah la time2 skang ramai yang nak kahwin musim cuti ni :D haih laaa.. bakat dianugerahi taknak praktikkan :p

# adik,rindu dekat adik :( sgt2222! bila nk jumpe lagi ni dik T_____T bila nak jadik photog akak ni?? :p

11 May, 2009

a . b . c

first, i'm sorry jard sebab tak jadi date dengan ko. aku ni mungkin ada sindrom ketermaluan yang tahap melampau. beliau mengajak aku menonton x-men (aku tau cerita ni manusia2 bagi sejuta star!) malangnya, aku tak berapa minat langsung this type of movie. err ok aku mmg pelik. then beliau mempelawa pulak aku pergi ke pasar malam kat jalan TAR which is sooo heaven la pasar malam tu!! dah la sangat panjanggggg!! ngee i love pasar mlm :p kan makcik kan? hehe. so,i decided not to go, plus kawan aku ajak pegi makan ikan fresh yg sgt syurga T___T di mana beliau dan bf beliau telah memancing di pagi sabtu tersebut hee. yg sebenar-benarnya aku segan pulak nak keluar dengan jard and the gang. ade kapten lg tuu huhu.. serius teringin nak jumpa beliau. ngee.. next time la ek kapten? aku ni penyegan sikit dengan geng2 korg +__+ (tolong lempang aku)

ok2 next.next.

then petang tu aku keluar dengan si evo. masih ingat pada cerita ini? bf beliau pun sudah selamat melangsungkan perkahwinan. lepas tu balik malaysia dengan muka sangat toya. sila bg aku panah ataupun pistol! huh.

disebabkan mahu online,kitorg pun drop la kat old town (tak dpt pun wireless. g online kat kedai mamak je :p ) roti bakar kat oldtown ni mmg syurga betoi laa!!


then dalam pukul 6 lebih,kitorg gerak g port klang. this is my first time pi sana! ya ampun!! jauhnyaaaa!! dengan jem lagi. dah la dari setapak. mmg hari bertabah la..

buruk pulak aku tgk gambar ni. heee.. nak duduk kat tgh2 area, ramai pulak org pancing ikan. haih la. sangat seronok ok angin laut hee.

sedikit info : kitorg lepak sana sampai pukul 8.30 mlm. so jenjalan la ulang alik. nampak la banyak2 couple dok merendek kan?? dah la bawah pokok, gelap2 pulak. aku yang seriau tgk diorg. then, kitorg nampak 1 couple ni. si bf bersila, si gf pulak baring atas peha laki tu. then tangan si bf dok urut2 badan and kepala pompuan tu. omg! kitorg yang jarum ni harus la tgk. hahhaa. tiba-tiba..

evo : eh yonna, mane tangan budak laki tu? tak nampak dah dia urut2??
aku : heh, tempat lain la tu. dia ingat ni drama SPA Q 3 kot!

hahahha.kitorg 2 gelak kat situ. rasa nak baling je batu2 kat couple tu. sangat tiada sifat malukah? dengan family2 dok berjalan-jalan kat situ???

eh kami ada dimple :p ngeee

ok end of story pasal aku ngan si evo. thnx for the day,dear :)

dinner pulak, kawan aku ajak makan ikan fresh yg sgt2 sedap +__+ pagi tu dia dengan bf beliau pegi memancing kat portklang tu jugak. dpt la 2 ekor ikan besar. ngaa sampai skarang terasa kesedapan ikan tu!! omg!!

thank you to both of my friend. haha sanggup membakar muka demi 2 ekor ikan yang sangat syurga :p (gambar di conteng atas sebab2 keselamatan hahha)

tomyam.. sedappp!

telur dadar. kedai buat sentiasa sedap!!! apesal aku buat kureeng je? huh

ikan jenahak (betoi ka ni eh) masak stim. aku tak minat sgt tp sumpah sedap!

ikan masak 3 rasa! ya allah!!! sampai dengan tangan (maksudnya adalah jari) aku makan. naseb tulang2 ikan ni takleh makan. kalau tak, mau tinggal kepala semata je! haha sgt sgt sedap!!!

ikan-ikan ini di masak di kedai sengkuang tomyam (kalau tak salah aku) di cheras. :D sila tanya google earth utk map ye kawan2 :p

08 May, 2009

the weekend =)


ada sesiapa nak ajak aku pegi pantai tak? :p omg! sangat suka kan keindahan pantai. sangat teruja bila dapat pijak pasir2 pantai +___+

membaca love story chika membuat aku mcm berterbangan kat awan. hidup ni sangat indah sebenarnya kalau pandai menghargainya.. dan kalau kita antara yang lucky :) chika,life u sangat2 beautiful :) sumpah i (pasti ramai lg) jeles gila! hahahha

ok guys. ingat nak jumpa jard esok pagi. jard oo jard..jadi tak esok? sape2 lg nak gath? ;p ngeee..

sedikit info : tahukan weekend di putrajaya sangat mcm neraka bosan? melainkan anda ada kawan baik di sini menemani?? jadi minggu aku akan mencemar duli di cheras. yeayy!

07 May, 2009

watching BOHSIA part II

nandos- fully sponsered by kak zue and her fiance ;p (tenkiu :p )

jujurnya,movie bohsia utk aku ni agak best la. AGAK. sebab, ianya menceritakan perjalanan seorang bohsia. bagaimana proses bohsia tu bermula (tentu dari famili) ..
filem ni dikuatkan lagi dengan barisan pelakon yang sememangnya dah tempah nama dalam malaysia ni. cop!cop! ** aku sangat tak boleh blah syamsul tu berlakon. awak tu director kan? perlu ke awk berlakon jugak nii?? T___T gaya berlakon mcm kaku sket la. gaya muka baik je. sangat tak sesuai jadik mat rempit la!! **

one thing yang tersangat realiti dalam filem ni.. adalah gaya diorang bercakap. mmg sebijik gedebuk mcm para manusia zaman ni. "waklu,dowh,bai,bodoh,kepala bu..............dak! (mmg sial dialog tu tp comel la Shaheizy tu sebut!")

aku ada masalah nak buat ayat lagi2 pasal nak review filem. utk aku 3.7/5 kot aku kasi ngee! jgn la bagi budak2 tgk, comfirm rosak segala bahasa nnt sebab gaya diorg bercakap dalam filem tu mmg gile2 lepas, and acting diorg pun mmg real gila nampak diorg tu bohsia!! sgt2 sexy T__T. ada part nabila huda tgh amek dadah la,hisap sisha la. sumpah aku nak muntah time tu. serius nampak mcm bitch!!! (means lakonan beliau menjadi)

sebenarnya filem bohsia ni sedih :( disebabkan keluarga diorg jadi mcm ni. di sebabkan keluarga jugak, diorg memilih jalan hitam. (well,manusia sentiasa ada pilihan bukan?) cumanya,nak melaksanakan atau tak ja.. (awat ayat mcm emo ja ni?)

aku surprise sebenarnya, semalam cinema full ok! terkejut terbabas aku! agaknya mmg org2 kita ni suka filem realiti cmni kot :p err ke nak tgk pompuan2 sexy dalam tu? hahaha.. serius semua baju tak cukup kain +___+

-apesal aaron aziz hot gila ni!!!! gile babi hensemmm weh!!! grrrr
-omg! Shaheizy sgt best dlm bohsia ni. watak beliau sgt lawak!
-eh,perlu ke Johan dalam filem ni??? dia tu mcm klon apek lak aku tgk.
-nabila huda and salina salibi mmg 5 stars punya pelakon..

sapa lagi ehh?

haa diana danielle .. well,she's damn pretty! :)

pergilah tgk kalau nak kan kepuasan. heh. kepuasan mata mungkin? :p

04 May, 2009

suatu rasa..


tiba-tiba aku berasa sangat aneh. sejak semalam.sejak pagi tadi.

*pernah rasa mcm nak lari duduk dalam gua dan mungkin berharap tiada siapa menemani kamu?

*pernah rasa yang kawan baik kamu tu kadang2 mcm stranger? walaupun kamu dah mengenalinya 3-4 tahun?

*pernah rasa tiba2 mood swing di pagi hari lalu kamu pun nampak manusia tu seperti biskut famous amos chipsmore yang sangat syurga dan rasa mahu memakannya?

*pernah rasa nak memuncungkan mulut 29 jam mungkin?

*pernah rasa yang kamu tu sebenarnya sgt sensitif? cakap sikit pun nak sentap!!?

*pernah rasa bila kawan baik kamu seolah-olah lupa kewujudan kamu?

*pernah rasa kamu tu sebenarnya tak berapa diperlukan dalam hidup salah sorang (mungkin ramai) kawan2 kamu?

# siapa kata ramai kawan senang hati? think twice!

# apesal mood aku swing hari ni!! grrr!! dengan manusia2 di alam facebook sangat2 annoying!! sgt2 menyakitkan hati aku T____T

# mungkin perlukan rawatan di mid valley. kak zu,jadi tak malam ni??