

handphone kesayangan telah jahanam. 2-2 pulak tu. tak payah kau tanya kenapa. jadi telah meng-snap gambar dengan meminjam handphone Ayu. T__T kesian. kau nak derma aku 1 handphone SE tak? hahahhahaRabu and Khamis aku telah hilang dr pandangan blog kesayangan. takpa lah korang tak perasan T___T (kakak sebelah tny apakah simbol ini? hahaha) .. actually, err aku ada kerja. kat BTM ni (Bahagian Teknologi Maklumat), ada kursus Asas Pembangunan Laman Web. so, kakak pegawai yang kasi ceramah tu mintak aku tolong lah diorang, kalau2 ada peserta2 kursus ni perlukan bantuan (time buat tugasan) ke. nasib aku ada basic IT. plus ni guna HTML. palinggg basic sekali dalam IT. kalau tatau HTML, tapi kau nak buat laman web, pergilah solat istiqarah dahulu. semoga Allah memberi kamu petunjuk hahaha.
isi yang aku nak cerita sebenarnya adalah ragam peserta tu sendiri. kursus ni ada 2 sesi. Rabu adalah peserta dari department lain. Khamis pun dari deparment lain. but still dalam KPT la. mula2 start kursus tu, para peserta dikehendaki mem-perkenalkan diri masing. standard la nama,jawatan, kenapa menyertai kursus ini dan apa harapan selepas mempelajari kursus ini.
jawapan standard kenapa mereka menyertai kursus ini adalah = saya nak tambahkan pengetahuan. selama ni saya selalu gunakan laman web tapi tak pernah tahu mcm mana pembuatan laman web.
tambahan : peserta2 kursus adalah -boleh kata zero kot- dalam bab IT ni.
masalahnya, ada peserta yang bagi jawapan yang sumpah annoying dan aku rasa nak cekik sekor2. tak kira lah tua and muda ke. sama je!
jawapan 1 : saya masuk kursus ni sebab nak penuhkan kursus saya je (gov kene at least kene 7 hari kursus kan?)
jawapan 2 : saya sebenarnya kena paksa ni. tu yang saya datang jugak ni!
ya allah! jawapan no 2 tu mmg buat aku rasa nak cekik2 ja kakak tu! hello, at least, tolonglah hormatkan orang yang nak bagi kau ceramah free! makan tanggung berak cangkung semua!! itu pun tak reti nak bersyukur ke? kalau aku lah, aku pergi je mana2 kursus yang org hanya memerlukan kau bawak otak kau sahaja! walau kau tak minat dalam HTML ni pun, sekurang-kurangnya kau belajar. bukan semua org bertuah dapat belajar HTML.. sedangkan ramai lg terkial-kial belajar sendiri. ni siap ada kakak2 ceramah yang baik hati, ajar kau setiap saat.bagi modul, tugasan dengan jawapan lagi! tak boleh kah ayat kau tu proper sikit. kalau aku jadi kakak penceramah, sure hati dah tercalar balar. walau kau tak minat sekalipun bab2 IT ni, tolonglah hipokrit sikit cakap kau sebenarnya nak gain knowledge dalam pembuatan website ni. tak boleh kah? sengal! sekurang-kurang nya diorang dah tau jugak semalam apa tu tag,atribut semua.
ceh,sudah lah.kursus dah berakhir pun :) err mencabar sebenarnya mengajar orang ni :p mmg aku tak boleh jadi cikgu ah. ehh kakak2 dan makcik2 peserta panggil aki cikgu la semalam. hahaha. ok.comel.td jumpa kat pasar bawah pun, "hye cikgu" . aku mcm nak lari naik ofis balik! T__T
ok.have a great weekend then, guys! i love you! :) err utk kesayangan jugak, selamat hari minggu ;p nanti kejut yonna pagi2 mcm biasa ok! hahahahha























