30 October, 2009

Y561 : Geisha-Jika Cinta Dia

sumber asli : yosbeda

Sila download/dengar lagu ini (hukum = tak wajib) . sumpah best. mcm biasa lah. aku kan penyokong2 kipas-susah-mati band2 indon ni. heh,takdak la die hard fan sgt.

Geisha
sumber asli : hasil maklumat google.



*aku benci gila my previous entry. annoying gila T__T
tp dapat lah berterapi jugak :)




29 October, 2009

Y560 : Pernah Dengar Bunyi Hati Pecah?

sumber asli : flickr

kau ada kawan baik. memang kawan rapat tahap langit.
kau kadang-kadang tak suka cara dia.
kau kadang-kadang tak suka dia asyik berkepit dengan kau.
kau kadang-kadang tak suka dia asyik mencari kau.
kau kadang-kadang tak suka dia asyik telefon kau.
kau kadang-kadang memang tak boleh tengok muka dia langsung.
kau kadang-kadang muak dengar cerita dia.
kau kadang-kadang terpaksa tipu dia untuk menjaga hati dia.
kau kadang-kadang bagi alasan mcm2 bila dia ajak kau keluar.
kau kadang-kadang sindir dia dalam bicara kau.
kau kadang-kadang pentingkan diri kau.
kau kadang-kadang lupa dia tu kawan baik kau.

kau bukan manusia kalau kau tak pernah rasa mcm ni terhadap kawan baik kau. tapi kau diam.tak berkuit walau sikit.kau pendam semua.sebab konon nak jaga friendship kau dengan dia.padahal kadang-kadang kau dah penat nak melayan semua kerenah dia.kau menipu diri sendiri tahu?

ini memang elemen2 yang patut kau ada kalau nak bersahabat dalam jangka masa panjang. try me!

*siapa cakap seronok ada ramai kawan baik? siapa cakap?!! pernah dengar bunyi hati pecah? rakam dekat aku.lepas tu send my an email ok.

26 October, 2009

Y558 : Habit Ketika aku Online

1- WAJIB dengar lagu. sebab tu aku rasa stress bila ada blog2 yang buat lagu autoplay. tak kisah.blog kau.

2- sambil2 online,WAJIB update twitter. dadah buat masa sekarang.

3- usha2 status kengkawan kat FB sambil fikir status apa yang aku nak tulis, tp endingnya aku tak update status pun.

4- download lagu kat 4 shared. utk bekalan kawan2 aku yang minta lagu kat aku T___T

5- bila ada update dari si comel Orked dan Chika, automatik aku akan roger Kak Farah yang duduk sebelah aku. beliau pembaca setia 2 blog ni ;p

6- suka tekan ENTER kuat2. habit buruk betul. mmg malang lah keyboard2 yang aku pegang. ini habit yang tak boleh ditinggalkan T___T

7- gedik2 kaki. ni habit semua org kan? huh.

8- suka pause lagu bila dengar org bercakap. tapi depends on mood.ada hot story, i join la ;p jarummmm kan? hahaha

9- bukak website MOHE 10 saat,bukak website FB 10 jam! )(*&^%$#!

10- melihat website2 photographer Malaysia dan memuji setiap gambar yang diambil. sambil berangan akan ada photog yang akan amek gambar aku lawa2 T__T ok.angan2 yang takkan jadi kenyataan hahaha.

11- n. (n what?)

12- END OK! HAHAHHA

24 October, 2009

Y557 : Happy Birthday,Cikgu :)

cekgu hensem Banihassim

beliau juga merupakan seorang petani di Farmville dan segala Farm di dalam FB.
kalau nak add beliau di FB, ini link dia.

Happy Birthday,cikgu.

**semoga Allah permudahkan semua urusan kau.
**semoga kau akan sentiasa pjg umur dan murah rezeki. belanja aku meatball IKEA
**dan semoga kau akan terus menjadi cikgu yang gemilang dan terbilang utk Malaysia :)
**kawan sampai bila2 ok? ;p hee tu ucapan gedik namanya!

23 October, 2009

Y556 : N

sumber asli : flickr

tadi tiba2 teringat zaman2 kegemilangan time chatting dulu! biasa lah, org mula2 berjinak dengan internet pada zaman dulu, harus lah pernah chat dekat MIRC. aku ingat lagi, aku sangat suka masuk channel #kampung. sebab dalam tu ada banyak kuiz T__T lepas tu lawan taip siapa paling laju, dia dapat markah. gila best. berterabur keyboard nak terkeluaq kot bila aku taip. gagah nak menang T__T haha. time chat dengan mamat2 kat MIRC takyah cerita lah. gila mcm annoying la dulu haha. nasib itu DULU! kalau sampai sekarang, aku nnt lempang diri aku sendiri.

bila kita chat, bila dah nak ending conversation tu, normally chatters (lama gila tak sebut perkataan ni) akan tulis mcm ni.

A : ok lah,gtg.ada hal.
B : ok gtg too.
A : n
B : n

ok. bila benda ni berlaku kat aku yang sengal2 alam ni ..

X : ok lah.gtg.ada hal.
Aku : ok.gtg too.
X : n
Aku : n what?
X had signed of blablablabla

aku mmg cerdik pandai. aku tak pernah fikir n tu stands for END! ramai yang aku tny, n what? ehh n what? cakap lah n what? stupidos punya diri ini! hahahaha. rasa taknak mengaku tu aku yang dulu :p nasib aku dah pandai sikit and chat sekarang pon dah takde dah n ke,gtg ke,brb ke. :p

ok.simple update.i nak challo satgi :p

22 October, 2009

Y555 : Roda Dalam Blog

sumber asli : flickr

2-3 minggu lepas ada seorang kakak blog cakap dekat aku. (lebih kurang mcm ni lah ayat dia)

"kadang-kadang rasa mcm something tau bila tak ramai org komen kat blog. wondering jugak. ada orang baca ke tak blog aku ni?. sebab mungkin pernah received komen yang banyak kot dulu"

aku gelak.

"memang la kak.mesti rasa something missing. mungkin sekarang ni dah ramai prefer jadi silent reader kot"

tipulah kalau tak rasa apa2 kan? cumanya, kita sendiri harus faham, blogging ni pun mcm roda kehidupan. kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. dulu mungkin daily comments kita adalah 30, sekarang mungkin kurang 10 ja. its ok :) kita dah melalui fasa kegemilangan dulu hahhaa (ayat tak boleh blah). bilangan komen hanyalah angka,ok! dont ever worry about that :)

la tahzan,ok! :)

*aku tgh gila tweet weh! ryehanna la ajar aku ni! hahaha*

21 October, 2009

Y554 : Lumrah Manusia

sumber asli : flickr

err rasa mcm dah lama tak buat entry melankolik mcm ni. asyik dengan entry lepas geram kat roomate gila tu ja. T__T haihh.

baiklah.mari kita mula. setiap kali aku dapat mesej2 dari manusia tak guna seperti lalat yang sangat menjengkelkan aku tu, aku sure akan wondering siapakah makhluk tak guna itu? adakah di kalangan kalian sendiri? atau di kalangan kawan-kawan baik aku? kalau ada num IP sendiri pun,kita takkan boleh track kan siapakah mereka2 ini sebenarnya. memang aku ignore, mmg semua pesan ignore, tapi lama2 sampai bila kita nak ignore kan? i mean, ada jugak tahap2 kita bengangkan? ada jugak tahap kita rasa mcm nak jumpa ja dengan manusia2 annoying ni kan?

memang lah lumrah manusia. memang! kalau kau benci blog aku, kau akan masuk jugak sebab nak baca.sebab nak jadikan entry aku sebagai bahan kutukan kau.kau baca sebab nak gelakkan entry2/gambar aku. memang itu tujuan kau.lepas tu tinggalkan komen maki2 aku. lepastu tinggalkan mesej kat msjbox ejek ini itu. mula2 mesej elok2, lepas tu mesej mcm palat! sedangkan kau tak sedar ke num IP sama SAJA! kau buta? ka kau mmg dilahirkan sebagai manusia bodoh? heh, kesian lah weh. and paling kesian kalau kau kawan aku sendiri. sumpah aku akan berasa sangat malang ada kawan miskin attitude macam kau. cukup tak statement ni utk menggambarkan diri kau sebenarnya?

aku pun macam korang jugak. pernah baca blog2 orang yang annoying. annoying dia tu, tahap subhanallah lah! aku baca jugak daily update dia. baca sebab nak tgk annoyingnya ayat2 beliau. tapi aku tak lah se-loser korang lah lalat. kutuk2 dalam komen, lepas tu maki2 kat chatbox! heh, life apa kau amalkan ni? lepas tu,letak nama samaran yang sedap2 pulak tu. mesti nama kau tak sedap ni HAHAHAHHA. kurang2 letak la email, link blog ke kot2 kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. tapi lumrah si loser mmg mcm ni, bersembunyi di sebalik nama. takut sangat? tapi pandai maki belakang2. kesiannya kau ;p

aku dah blocked IP kau.aku tau kau datang jugak hari2. tanpa meninggalkan jejak di msjbox lagi. takpe lah. semoga rezeki kau bertambah sejak jadi loser pengecut ni :) rajin2 lah bertandang ye. lumrah manusia spesies kau mmg mcm ni. aku kisah lah sikit2 pasal kau sebab kau asyik serbu blog aku ja. tapi, kalau nak blogging tanpa risiko, baik aku privatekan blog aku je kan? kalau aku privatekan, aku pon loser mcm kau lah! (ini antara aku dah si lalat sahaja.tiada kena mengena dengan blogger yang telah privatekan blog mereka.)

ada lalat maksudnya aku dibenci oleh sesetengah golongan. tak pa lah. lumrah manusia jugak, bukan semua senang dengan kita kan? mmg normal.cumanya yang abnormal tu, bila kau berperangai mcm loser! :) tahniah la ye. biar siapa pun kau, aku TAK PERNAH kisah!

kalau tak puas hati maki kat sini,boleh maki kat email aku : yonna2yonni@gmail.com

blog adalah medan penulisan sebuah kehidupan tapi di sebaliknya, blog juga boleh jadi medan yang paling berisiko tinggi. di mana bloggers akan menerima ratusan strangers dalam sehari,dari pelusuk dunia. dari ratusan itu, mereka kawan kita,mereka musuh kita tapi paling menyedihkan kalau mereka antara kawan baik yang menikam belakang kita.

renung-renungkan :)

19 October, 2009

Y553 : Makan di William

Sabtu lepas, telah membawakan diri sendiri dan jugak Kak Amy ke William sekali lagi. gagah tu nak pergi jugak. nasib sabtu lepas aku tak ke mana2. eh sabtu lepas aku telah mengamuk dgn roomate gila tu hahaha. padan muka dia :p duduk dalam bilik 48 jam tak keluar. heh,ada aku kisah? :p

sudah2.kang darah sendiri menggelegak payah :p mari layan gambar kasi korang terliur :D

Kak Amy yang kecik comel molek

Nana dan Nemo :)

Nan Cheese. Heaven! T__T

Spagetti Carbonara (ok.aku dah lupa nama apa)

Nasi Goreng Ketam. 5 bintang!

Blue Cheese Pasta. mmg walllahhhh :p

Pizza err apa nama entah. Pizza je kot. hadoi, ini lagi heaven wehh! T__T

Terima kasih Nemo sebab belanja kitorang malam tu :) semoga ko sentiasa di murahkan rezeki :p (eceh,dan dan la aku ni hahaha)

16 October, 2009

Y552 : Gadis Bertudung :p

terasa panas lah sepanjang pagi sampai t/hari td ;p dengan hal si roomate gila itu. takpa lah. tak kisah apa org kata.tapi takkan lupa utk berterima kasih kepada yang memberi nasihat. kepada yang mengata-ngata aku,terima kasih jugak :p tak kisah lah kalau kau kawan aku sekalipun. berselindung tanpa nama tapi kantoi bodoh je. kesian.nevermind.terima kasih jugak :)

hari ni mendapat terapi gelak ketawa secara tak berapa over di lewat petang ni. haha.kalau kat rumah ni mmg gelak secara tak ingat diri. rumah i di Penang ok! :p

aku hanya tahu meng-klik icon gelak ja dalam ym :p

maka,terhasillah gambar kartun comel ini.



maka,


maka,




HAHAHHAA,terapi ketawa yang sangat comel di petang hari.
ni gambar last :p tenkiu adik sebab berlaku sgt comel di dalam ym :p



hye,nama saya widuri.kite baru je dalam blogging ni.
boleh kite jadi kawan awak? :D

* Happy Birthday to my dear, Nana :) 17/10/09.

Y551 : Surat Untuk Roomate

dearest kakak bilik,
kau makin meng-annoyingkan aku dari hari ke hari. kau sangat buat aku rasa nak muntah depan muka kau.kau sangat suka buat aku rasa nak tembak ke kepala kau dengan jarak dekat (betapa aku nak sangat buat mcm ni), kau selalu buat aku tambahkan dosa2 aku yang dah sedia banyak ni. kau mmg jahanam! sumpah jahanam mcm haram! aku harap sebelum aku blah dari Putrajaya ni, aku boleh buat banner besar2 dan aku akan tulis aku bencikan kau dengan dakwat warna merah!

dearest kakak bilik lagi,
kau ni mmg tak sedar diri lah. hari tu dah kena bom dengan kak Anna and aku pun, kau tak faham bahasa. heh, kau ni mmg manusia tak sedar diri! kau tak willing nak berubah. setakat kau buat bilik bau wangi ja, aku tak anggap sebagai satu improvement! kalau lah boleh buat tembok dalam bilik tu, sumpah dah lama aku akan buat. dan yang paling penting, kalau aku boleh sihir kau keluar dari rumah tu, serius aku akan buat lahhhh! nasib baik hati aku tak hitam lagi mcm ahli sihir kau tau tak???

dearest kakak bilik yang makin hari aku benci,
tak payah nak buat2 baik dengan aku. tak payah nak hegeh2 cakap dengan aku. aku meluat! kalau pun kau ikhlas,hati sesuci embun pagi pun, aku ttp akan menyampahhhh! menyampah tahap langit!!! kau tahu tak aku menyampah niiiiiiii!!! hati aku ni dah lah pecah2 disebabkan perempuan mcm kau, ada hati nak berbaik2. kau ingat aku mulia sangat ka??? mmg aku berdendam dengan kau. kau patut bersyukur ni bukan dendam nak bunuh kau walaupun aku teringin sangat nak buat mcm tu.

dearest kakak bilik,
tolonglah hentikan sifat2 annoying kau dalam rumah tu. aku dengan Kak Anna tahan ni pun sebab kau tu sepupu Kak Ann! kalau kau bukan sepupu dia, mmg aku dah tauk semua baju2 almari kau kat luar rumah!!! tak payah tunggu kau blah sendiri. tak payah dah aku hadap perangai kau yang terlalu menyakitkan hati. last week, lagi kau menyakitkan hati aku! aku tak tegur perangai kau sebab aku menyampah lah nak cakap dengan kau! heh, jgnkan cakap, lalu depan kau pun aku paling muka. kau sedar tak????

dearest kakak bilik,
perangai kau selalu buat aku menitik air mata sebab terlalu geram dgn kau. aku tak blah sebab pk aku abeh keja bulan 12 ni ja. aku selalu berdoa agar kau blah dengan cepat. apesal la kau tak jadi pindah hari tu!!!??? kalau tak, dah tenang hidup aku. dah boleh aku bersuka ria dlm rumah tu, selagi kau ada, aku rasa nak lempang2 ja kau bagi sedar diri. hello, kau tu dah tua. dah 26 tahun! nak manage diri pon tatau. kau ni mmg manusia jenis apa pun aku tatau!!!!!

dearest kakak bilik,
aku loya.aku benci.aku menyampah.aku sakit hati.aku geli. semua perasaan hitam tu cukup utk aku gambarkan betapa aku membenci kau. hilang segala respect aku even kau tua 3 tahun dari aku. kalau kau umur 40 tahun pun skarang ni, aku takkan rasa ralat sebab tak respect kau sebab kau mmg tak layak utk dihormati dengan perangai mcm ni.











and....












dearest readers,
saya tahu saya bukan sempurna.saya bukan seorang yang baik. saya kutuk2 roomate saya.saya pijak2 maruah roomate saya.saya letakkan dia tempat paling sesuai utk saya membenci.saya mmg jahat. tapi,itu lah selayaknya utk dia. sebab hanya Allah yang tahu betapa hati saya ni dah cedera parah sebab dia. dan betapa seluruh perasaan saya hanya membenci dia. pergi mampos dengan semua kemaafan. hati saya terlalu keras utk memaafkan dia. dia terlalu annoying.kalau saya cerita semua, habis terbukak aib beliau yang takkan disangka-sangka. T__T saya sedih. merintih hari2. saya takkan berhenti berblog ttg beliau selagi dia tak berubah. kalau betul dia berubah sekali pun, saya tak rasa saya mampu berbaik dengan dia. dia terlalu berhak utk dibenci oleh saya! dia mmg jahanam! tukang menjahanamkan mood di rumah. dan tukang menjahamkan perasaan saya!


14 October, 2009

Y550 : Jamuan Raya BPMKPT 2009

entry ni aku nak tempek gambar banyak2. haha.ni semua gambar jamuan kat ofis aku khamis lepas. haih, meraban tgk dslr diorang semua T___T keinginan membuak-buak. tolong bagi hadiah kat aku birthday tahun depan! hahaha. jamuan ni adalah sempena raya dan juga meraikan perpindahan 3 org pegawai yang dah bertukar ke jabatan lain. (meraikan? betul ke ayat ni? )

ok.layankan ja la gambar :) heh,gambar pertama harus tempek maskot tuan rumah hehee. aku tau comel.no need to mention it AGAIN! HAHAHA.annoying kan? do i care? :p



aku percaya lah, kalau gambar tu cun, adalah dipengaruhi juga oleh modelnya yg cun! begitulah sebaliknya hahaha. aku ckp double meaning ni :p