24 November, 2009

Y574 : Azam








aku berazam
aku takkan bukak blog beliau lagi. dan aku takkan komen blog beliau lg. and please jangan updatedkan aku dengan cerita2 annoying beliau (pesanan utk Liz) HAHAHHAHA.

aku rasa,kalau takde NUFFNANG, mungkin kau dah mati lama dah!



mesti korang akan cakap : ala yonna,kau gedik. apesal bukak jugak blog dia baca? nak salahkan dia pulak? padahal salah ko?

dan aku akan cakap : eh mcm lah korang tak buat mcm tu.benci blog org tu tp jadik stalker terhebat! heh


tak payah speku blog sesiapa :p




20 November, 2009

Y573 : Over Excited :p

memandangkan drafts hanya disimpan dalam hati, maka tiba-tiba ada idea mengetuk pintu jendela otak. aku tak sure if korang pernah rasa perasaan yang sama mcm aku pernah alami :) .. dalam blogsphere ni, sure kita akan ada minat certain2 blogger. sure kita pernah jadi silent reader utk certain2 blog juga kan?

dan apa perasaan korang KALAU pada suatu hari..

1) blog yang korang minat gila-gila tiba2 ja drop komen kat blog korang?

2) korang jadi silent reader pada blog dia.tiba2 dia drop komen kat blog korang

3) blog yang selama ni korang jadi pengkomen setia. selama ni dia tak pernah balas kunjungan korang, tapi TIBA-TIBA dia drop dalam kotak komen korang.

4 ) blogger tu famous, entry mmg tip top. tapi korang tak kenal pun dia siapa. tapi, tiba2 dia letak komen kat korang. lepas tu korang pun baru sedar, "eh dia ni famous rupanya"

bukan kah korang akan rasa mcm seronok terlampau? rasa mcm dia sedar kehadiran korang kan? rasa mcm nak lompat sampai keluar ke bumbung rumah

berikut adalah antara senarai-senarai blogger yang aku excited bila mendapat komen mereka :) sebab ada antara mereka mmg famous amos, memang yang dah bertahun menjadi favourite aku, dan ada jugak yang aku jadi silent reader di blog mereka :) jenuh weh aku dok gali2 entry lama. meroyan aku baca entry2 lama aku



si abg aeropama ni, mmg sumpah aku tak kenal dia siapa.
bila aku masuk blog dia... eh apesal banyak hits ni? apesal ramai org komen ni?
ohh. blog beliau digemari orang ramai rupanya.


siapa tak kenal bluehikari ni mmg la HAHAHHAA. teruja siot dapat komen dari beliau!
aku ada la gak 3-4 kali drop komen dalam blog dia heee



blog budak ni takde dalam senarai 4-4 kat atas. haha tapi ada sesuatu yang aneh membuatkan aku excited setiap kali dpt komen dari beliau. mcm comel tau. err sesuatu yang comel.




mama ni suka tau tuka2 nama ikut entry aku hahha.comel gila!beliau ni aku excited
sebab dia antara org2 lama yang aku kenal dari zaman gila forum.
sebab tu boleh stay sampai sekarang :)



beliau agak famous jugak. dah jadi Dr dah pun sekarang ni.
ni lah satu2nya komen dia (kalau tak salah aku)



excited sebab beliau incik Manager blog aku dan kawan2 aku. excited jugak sebab,
nak tunggu dia komen kat blog orang, mmg tunggu kucing beranak 4 kot :p




of course aku akan excited setiap kali Diya ni komen!
tak pernah berubah perasaan tu dari dulu sampai sekarang. seriusss!! hahaha.



blog Kak Lily antara blog favourite aku. sebab aku suka gila tgk gambar2 yg dia tangkap T__T cantik ok! teruja bila dia dtg drop komen kat aku. haha. rasa berbunga-bunga ja.



beliau ni hanya datang sekali je drop komen kat aku (kalau tak salah aku), aku pernah masuk blog dia. semua english punya entry. knowing me, aku agak lemau sikit
kalau entry2 english ni. tp english dia mmg superb! ramai yg suka kan blog beliau.



sis NS (Noushy Syah) .. blog dia mmg famous di kalangan budak2 msjbox.
aku ada jugak baca2 blog dia. mmg fully english. yg mana aku faham,aku drop lah komen haaha.
and dia akan balas setiap komen sesiapa yg jejak blog dia.
walau lambat mcm mana sekali pun! glad knowing you,sis..

tapi,dah setahun lebih dia tutup blog. di manakah sis dgn Shah selama ni?
ramai yang mencari kalian T__T ramai yang merindui kalian T__T



blog Puan Seri Chika ni tak payah cakap lah! dah 4 tahun aku baca blog dia.
aku jadi silent reader dia dulu-dulu. lepas tu ada gak komen sikit.
drop mesej kat msjbox. 2 tahun lepas tu baru lah dia dtg blog aku.
agaknya baru perasan kot T__T HAHHHA

and until now kitorang kawan. dia jadi partnet gosip dekat twitter haha. so almost 2 thn dah la kawan dengan beliau dari 4 tahun aku baca blog dia tu :p i love you,chika :)




kepada yang tidak tersenarai,jgn kecik hati ok T__T bukan bermaksud aku tak excited bila dapat komen korang, cuma nak berkongsi cerita ke-excited-an aku yang pernah dapat komen2 dari diorang yang mmg bagus dlm blogsphere ni :) even diorang bukan artis yang malatopp, tapi tetap mempunyai value di mata aku :)

korang pun sure pernah rasa excited mcm ni kan? willing to share? hee






18 November, 2009

Y572 : Kerana Desakan Hidup,Kadang-Kadang Manusia Tak Fikir Panjang





aku kan laser :p



jangan jadi bodoh baik sangat boleh tak?
apa jadah korang letak details diri dekat komen page tu? korang ingat si admin tu nak tolong submitkan application korang ke?? please laaaaa! aku faham korang mmg hunting for job, tapi,tak payah nak letak num ic,no fone semua. tak payah komen pun! terang2 dia dah bagi alamat untuk pos kan application korang.

eh.apesal aku nak emo ni? hahahha.bukan apa.itu kan privacy lagi2 num IC tu. apesal korang tak letak je makanan kegemaran,minuman kesukaan,kawan sejati,hobi dll??? heh.lu pikir la sendiri

edited : baiklah,berfikirlah positif.mungkin diorang tak tahu nak hantar kat mana T__T mungkin jugak diorang tak reti nak click link yang telah diberi. mungkin jugak diorang ingat si admin akan mem-poskan application diorang. aku fikir positif ni :)

17 November, 2009

Y571 : Cara-Cara Membuat Protected Entry di Blogspot

function ni hanya boleh digunakan di beta template sahaja
(aku try test kat classic template,mcm tak jalan je)

1) pegi dekat Layout > Edit HTML, then paste kan code ni sebelum penutup tags head




the,sila lah save template itu.

2) then,sila kunjungi web http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/



key = ini adalah tempat untuk masukkan password anda

3) dalam plain text ni lah korang type entry korang. jgn nak berangan
nak bold ke,italic ke,kaler maler ke.

lepas dah habis mencarut dalam kotak hijau tu,
silalah klik Encrypt

lepas dah encrypt, keluarlah coding dalam bahasa sanskrit.
red field ni abaikan.

4) sila scroll ke HTML code,
pastekan code ni dalam New Post korang
dalam mode Edit HTML


mcm ni lah hasilnya! then publish la. dan sebarkan password anda
untuk orang tertentu saja :)

so lepas ni kalau nak buat protected entry, korang ulang step 2,3 and 4 je :) just jangan lupa password sendiri sudah :D protected entry ni pun aku belajar dari blog Kak Red.

yang pastinya, entry korang dalam tempat rahsia tu akan kelihatan sangat buruk. jgn mimpi nak ada perenggan semua. haha.semua jadi sgt skema. takpa lah. janji boleh baca.

ok guys! selamat mencuba. err tak fhm apa2 boleh tanya ok :)

12 November, 2009

Y569 : Mei Ling

sumber asli : google

selamat hari khamis kawan2 tersayang :p baiklah.mood mungkin agak ceria hari ini. dengan timbunan kerja yang terkial-kial aku nak buat ni haha.

berdiriduduknya saya di sini adalah untuk menceritakan tentang suatu peristiwa yang telah berlaku pada minggu lepas.disebabkan byk posts yang telah didraftkan atas sebab untuk mendahului pos2 meroyan,maka aku akan mem-publishkan cerita ni sekarang.

paaaaada suatu hari... (nada ala2 budak darjah 3 tgh bercerita kat depan perhimpunan)..

di suatu petang yang renyai2. hujan tak lebat pun. kalau redah tak pakai payung
tu takde hal lah. apa guna tudung kan? (angkat kening double jerk-tiru ayat hlovate)

aku balik ofis dalam pukul 6 camtu. (jgn ingat aku baik sangat nak OT buat kerja),
aku pun lenggang kangkung lah lemah gemalai. dengan tak berpayungnya. maintain lah jalan nak menuju bus stop.

tiba-tiba.

tiba-tiba aku dah berada di bawah sebuah payung. aku mcm terkejut.aku pandang
makhluk di sebelah kiri aku. sambil berangan kot Fahrin Ahmad yang bagi aku tumpang payung!,

ok perempuan.

aku : erk,thanks. *pandang sekilas* (oh.cina)
dia : its ok. u tak bawak payung?
aku : a ah i tak bawak.
dia : nasib u pakai tudung..
aku : err.. a ah..

jalan...sampai lah kat bus stop.

aku : tenkiu ya.
dia : ha ok2. u kerja mana?
aku : i kat kementerian pengajian tinggi. u?
dia : i kat kementerian kesihatan. u gred brapa?
aku : i kerani biasa ja.i kontrak ja kat situ. u tetap?
dia : a ah kerja tetap. (tapi aku tgk tag nama kaler purple.kalau biru baru tetap.tak kisahla)
aku : u pegawai?
dia : ya.ya.

then borak2. dia pun org Penang rupanya. sedara Lim Guat Eng kot. (betoi ka aku
eja nama dia.kang aku kena saman pulak)..

bas pun datang.maka naiklah kami bersama-sama.aku saja taknak duduk sebelah dia hahah. sebab aku dah hilang punca nak bercakap.takkan nak cakap terima kasih ja sepanjang dalam bas kan? T__T

apa-apa pun,terima kasih ya Mei Ling sebab sudi kongsi payung u dengan i.
lepas ni boleh lah kita duet lagu "u can stand under my umbrella..ella..ella..eh eh eh"

ok.aku tipu. aku tatau nama dia pun. kitorang tak bertukar nama.hanya bertukar tempat kerja. hahaha. standard lah kalau nama perempuan cina mesti Mei Ling. India,Letchumi,Melayu pulak mesti Aminah. tapi kat cerita ni, buku teks versi moden. nama Wahida. crap! 1 Malaysia kan :p


ceritanya belum habis lg.

sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaa aku bawak payung!!! HAHAHAHA. punyalah pemalas
nak mati nak bawak keluar payung yang bersepuk dalam bag. baju i kan kalis air :p ( eh eh ayat siapa ni)

payung aku ada masalah sebenarnya membuatkan aku tak guna langsung. bila bukak payung tu, (ya allah! tak reti nak describe mcm mana lahh) dia punya kelopak2 tu automatik ke atas. so kena lah aku bawak turun satu persatu, hah baru lah jadi bentuk payung.kalau tak berjalan aku dengan payung ke atas tu haha.mcm kena sembur dengan ribut padahal hujan pun setitik-titik ja.


sumber asli : google.
err payung aku takde la over sgt terangkat mcm ni HAHAHAHHA.

payung murah.biasalah (alasannn!), baiklah. lepas ni aku berazam nak beli payung baru.

sumber asli : google
nescaya.aku akan kehilangan kawan aku kalau aku pakai payung ni.







sekian dari saya, yonna melaporkan untuk entry yang bertajuk Mei Ling



11 November, 2009

Y568 : Kelas Twitter

mesti ramai ah kutuk aku buat entry ni haha. mentang2 lah aku baru nak dadah dengan twitter ni. ye,aku jakun.aku terima hakikat itu. aku tahu kau,kau dan kau lagi hebat.

baiklah. entry tentang kelas twitter ni adalah utk mereka2 yang baru berjinak dengan twitter. since entry plagiat tu,and since aku tempek aku asyik gilakan twitter,maka adalah beberapa kerat manusia yang baru nak explore twitter ni. oh comelnya kamu semua, ast3,aizar,kakak masy,twin,kak amy,farah,ida,chika,queenlyana and ada la lain2 lg.

first,sila pergi sign up kat twitter.

lepastu aku sarankan korang install lah apa2 software berkenaan twitter ni. aku guna echofon. tapi aku rasa lagi ramai guna tweetdeck kot?

aku kasi kelas echofon lah eh. aku pernah guna tweetdeck.apesal ntah status tak update2. aku rasa aku yang sengal tak reti guna :p

lepas dah install tu,dia akan keluar ikon mcm ni.


right klik,


then,add lah account korang.. pepandai lah nak setting mcm mana pun.


then sign in lah korang..

lepas tu,boleh lah nak tulis merapu meraban kat twitter korang..

dah tulis tekan ENTER.

see. ada kan latest status? so kat sini boleh lah korang tgk2 latest status kawan2 korang.

so,if korang nak reply kawan korang punya tweet,
klik je kat send reply blah kanan status org tu.

then. ni if korang nak hantar direct message, (short form DM ye kawan2)
benda ni of course lah private takdenye akan keluar kt status korg
(dulu aku cuak gak kot2 terupdate kat status.kantoi :p )

ni kalau korang nak copy and retweet. anda hanya perlu right click dekat status saja ye kawan2. tak payah susah2 nak pi type manjang.

Tweet hasil daripada Retweet ini akan memperlihatkan ikon khas bersebelahan dengannya, sekaligus membezakan ia daripada tweet biasa. Dibawahnya juga, ianya bakal memperlihatkan senarai pengguna yang turut sama telah tweet semula mesej berkenaan, serta anda juga akan diberikan pilihan untuk mengasingkan mesej berupa tweet semula ini daripada pandangan anda - amanz.


ni kalau korang nak delete tweet korang.kot2 lah terkantoi apa2 kan :p

Friends - utk korg tgk semua status kawan korg.
Mentions - ni untuk kawan2 korg yang mention nama korg
Messages
- untuk direct message lah


optional.kalau protect,kawan2 yg korg approve je boleh tgk tweet korg :)
(bagus jugak lock ni :D )

korang boleh update jugak kat website twitter tu. sekarang pun twitter dah buat alert kalau ada status baru update. tapi mcm renyah ah.. tak berapa digalakkan lah :p dalam tu pepandai la korang setting profile korang ye.

err harapnya dapatlah membantu sedikit sebanyak ye. aku dulu lagi sengal.nak reply pun tak reti. nasib si ryehanna comel ajar aku. rasa jakun gila. sekarang baru nak hegeh2 main twitter. kesian dekat aku. takpalah,not too late kan? :p (ayat cover) terima kasih ye panda comel :D kalau kau tak ajar aku, mmg sampai sekarang aku akan jadi sgt out-dated. (eh aku ckp kat aku.sila jgn sentap)

sekian dari cikgu yonna yang mempunyai avatar paling comel di twitter. (korang pun sumpah seranah dalam hati hahaha)



09 November, 2009

Y567 : Ini Namanya Manusia Bangkai.

entry ini akan penuh dengan perkataan makian berbakul.sila jadikan pengajaran!




http://el-chimera.blogspot.com/

ini adalah manusia bangkai.ok lets name him bangkai anjing. ke babi ye? HAHHA. ok. baru dapat berita ni dari chika. sebenarnya tadi lg si Dir hantar mesej kat msjbox.tp aku mcm ignore.


sekali chika pun send mesej kat inbox FB. meroyan aku kejap.baca balik kat link Dir..., aku terus check blog si bangkai ni. dah private. dalam FB pun dia dah delete rasanya.

nampak sgt.manusia loser mcm bangkai mmg akan act mcm ni lepas dah pecah lubang. rupanya2 selama ni entry2 dalam blog tu adalah entry2 org! bukan entry beliau sendiri! itu adalah entry yang dicilok dari mana2 entah. eh kalau bangkai tu,mmg busuk jugak perangai kau.

aku baik jugak dengan bangkai ni. heh, dulu abg,sekarang boleh jadi bangkai. aku adore gila setiap entry dia! siap tulis kat wall dia aku suka gila blog dia. setiap entry dia mmg boleh bagi kesedaran, walau kejap pun jadi lah.heh, sumpah menyesal. rasa tertipu tu,aku taktau nk cakap mcm mana. kan chika? its hurt kan? kalau bagi komen kat entry2 org, lagi lah mcm haram. dia punya komen tu mmg tip top lah antara semua. eieiie lahanat.sial punya manusia. kenapa kau hidup ni?

mungkin salah aku terlalu mempercayai.tp aku ada pelik gak dengan semua gambar2 dia. apesal mcm hensem sangat? apesal tiba2 jadi model? tapi aku tak pernah terfikir nak google sampai Dir dengan Kak Ween buat. sampai boleh revealed semua. yang aku tahu aku sangat suka baca entry2 dia. sampai boleh menitik lah air mata kalau baca entry dia. mmg bangsat sungguh.

si chime, kau mmg loser. kesian. sanggup lah kau tipu segala berpuluh2 readers kau! punya ramai org adore kau punya blog,ini yang kau bagi? kau boleh mati cepat tak? sebelum mati sila baca blog aku yang maki kau ni. kau ni mmg takde life. kau tak malu ke hah??? kau baik2 dengan kitorg2 ni. kau kasi ayat baik punya,rupa2nya kau mmg manusia bangsat. baik kau berambus dari kehidupan sisi blogger ni. tempat ni tak layak untuk anjing mcm kau. blah!!!!

aku rasa aku hanya akan betul2 80% percaya pada mereka yang aku pernah berjumpa sahaja.

sebelum aku mencarut dengan kadar 800 kuasa 2, baik aku blah. ingat.jangan cepat sangat percaya orang.

aku rasa ada lagi sorang blogger ni. aku rasa entry2 dia semua tipu. kan kak Amy? sekarang dah setahun dia hilang. antara org yang pernah rapat dengan aku jugak. heh mmg cibai lah manusia2 mcm ni. sila pergi mati cepat!


sebenarnya aku tak sakit hati sangat pasal muka kau edit tu.kau tak hot mana pun dibandingkan dengan gambar model betul. masalahnya aku hangin sebab kau bermulut manis mcm gula. entry2 kau mmg tip top ah. itu yang paling aku rasa nak bunuh kau sekarang! get a life,loser!


06 November, 2009

Y566 : Senyum :)

bukan plagiat ye rakan-rakan. ini aktiviti save entry utk blog yang aku suka!

sebenarnya,mood di waktu petang ini adalah sangat rabak. tapi magika magis. lepas ber-pm dengan diya dalam FB, rasa mcm angin2 sepoi bahasa dah mood aku ni. walaupun dari kasar sebenarnya tak membantu pun, sebabnya kitorg berbicara hal lain, but still rasa nyaman dan tenang. ecehh ayat tak boleh pergi blah! terima kasih diya kerana membantu secara tak langsung :)

*****


aku rasa aku berciri angelic hari ni. aku tak meroyan until tadi.elok2 aku tanya apa masalah beliau.dia jawab pun mcm nak tak nak.lepas tu mcm ala2 sindir kat twitter.walau pun aku rasa aku tak buat mcm tu,entah kenapa aku rasa status dia tu utk aku. biasalah.aku mana lah nak tny2 org tu mcm ni.

"eh adik.status awk tu kat akak ke? akak ada buat salah ke?"

a big NO!

fine.

kalau dia tuju kat org lain nasiblah.apesal buat aku terasa haha. ini gelak tak ikhlas namanya. awak dah buat akak terasa. T_______________T kalau tak pujuk sampai ahad,denda ketuk ketampi isnin ni.serius ni.

sudah.aku baru hegeh nak balik rumah. heh baru seronok balik rumah.tiada gangguan ;p
anyway,hava a great weekend,my dear friends :)