31 December, 2009

Y594 : My Favourite Blog Sepanjang 2009


Aunty Chika (ini favvy aku sampai bila-bila ni haha)







dulu Kapten, sekarang Fatt Chin Choy







Penyubiru



Kujie

one more is Kak Ju (nnt dia mrh reveal blog dia hehe)



yang lain sila jangan buat aksi kecil hati. nanti aku pun kecil hati sekali. hahaha. semua blog yang aku follow semua aku suka, tapi kat atas tu memang favourite blog aku untuk 2009. sampaikan ada yang aku khatam entry2 lama diorang :p

anyway, happy new year to you,guys! :D lagi berapa jam je ni. so, semoga di tahun baru ni hidup kita semua akan lebih dirahmati dan dimurahkan rezeki. Aminnnn.

Terima Kasih Putrajaya sebab bagi aku great experince :) 2009 is not a good year for me. hitam betul dalam sejarah hidup :D tapi takpe. dugaan :) yang penting happy sokmo ;p one more, aku minta maaf KALAU ( i think memang ada ) ada kata aku yang menyinggung hati korang semua. T__T aku kan laser. minta maaf sangat-sangat2 ni T__T


dgn ini aku mengumumkan, blog,FB,Twitter,YM akan berhibernasi selama.. kurang dari 2 minggu kot sebelum aku balik Penang. balik Penang for good! weee! best! Terima kasih banyak-banyak buat pengunjung2 blog ni (wahh skemanya ayat T__T)





30 December, 2009

Y593 : Menjawab Persoalan

status : kepala di dlm kondisi yang tak berapa nak betul. mcm org kena lukimia ja ni.

S : Bila habis kontrak?
J : End of Dec 2009
S : tak sambung ke?
J : Tak.
S : Apesal tak sambung?
J : entah. boss cakap boleh renew 2 kali ja.

S : So, apa plan lepas ni? (Version 1)
J : entah. kahwin kot. *muka innocent gila*

S : So, apa plan lepas ni? (Version 2)
J : nak balik penang.
S : hah? Penang ada apa weh?? kerja lah kat KL.
J : Penang ada nasik kandaq best. KL takdak.
S : sayang sangat dengan Lim Guan Eng tu.
J : eh suka lah. negeri aku.

S : So, apa plan lepas ni? (Version 3)
J : nak balik Penang.
S : dah dapat kerja kat Penang ke?
J : tak lagi.tapi nak balik cuti-cuti Malaysia.
S : kerjalah kat KL.
J : Insyaallah kalau ada rezeki.

S : Bila nak jumpa?
J : awal Jan lepas dapat gaji. ok?

S : Bila balik Penang?
J : middle of Jan kot. nak jumpa kawan-kawan blog dulu. (Insyaallah)

S : Bila nak open blog baru?
J : balik Penang nanti.

see. aku sayangkan kawan-kawan blog aku. walaupun komen anda saya jarang reply, tp saya tak pernah miss membacanya. haha. saya berharap plan untuk berjumpa beberapa kawan blog akan terlaksana :)

esok hari last. perasaan biasa. tak tercedera lagi haha. cumanya tak sabar gila nak balik Penang. dah rindu dengan nan cheese and tandoori T__T kasi close up sikit.

ok. dah tertelan 4 gelen air liur ni.


sekian dari duta Tandoori yang menjawab persoalan anda :p



29 December, 2009

Y592 : Majlis Pertunangan Ayie & Ika

aktiviti jaja gambar kembali lagi. kali ni anda akan dijamukan dengan 31 keping gambar hahaha. aku malas lah nak cantum2kan.rasa mcm memburukkan gambar. anyway, weekend yang lepas, aku telah membawakan diri ke Muar. balik kampung Kak Zue. biasalah aku. kampung sendiri taknak balik :p takpe. lepas ni balik Penang for good. for good! semoga aman certain-certain manusia :)

balik Muar ni bukan saja-saja pun. adik lelaki Kak Zue, Ayie yang bertunang last week. kira aku ni meramaikan jemaahlah buat rombongan cik kiah ke rumah tunang beliau. ok. mari ke sesi gambar. pink putih tu hantaran dari lelaki ke perempuan. yang putih tu dari perempuan ke lelaki. yang hitam tu dari pondan ke pondan


kek comel. colourful! i like!

menjerit aku tgk notebook ni T___T (time aku nnt aku nak paw DSLR :p )

Sirih junjung yang tingggiiii melangit. orang dulu-dulu cakap sirih tinggi2 ni melambangkan keperibadian si lelaki. betulkah?

Perfume Fantasy (Britney) and 1 set MAC

aku plg admire hantaran ni. cun gila. ni tempat letak cincin

anda jgn terpedaya.ni bukan baju. ni telekung sembanyang :)

ha. ni baru baju.

ok.ni mmg comel gila. lagi-lagi lepas dihiasi strawberry!

surprise dari Ayie untuk Ika adalah berupa sejambak bunga! hahha


sampai je kitorang yang rombongan cik kiah ni, para lelaki kat rumah Ika tengah bermarhaban. alahai, macam malam akad nikah je. ramai gila orang.ramai sangat. memang meriah gila.





ni pulak hantaran dari Ika untuk Ayie :) weeee putih berseri suci.













moment ni sangat comel. Ayie masuk terus bagi bunga kat Ika. hahha Ika pun muka terkejut-kejut. Ika sangat cantik malam tu :)

macam baru lepas nikah kan? :p



aku tak berapa kenal si Ika ni. tau cerita dari Kak Zue je pun. apa yang aku tau, diorang start couple time Ayie form 3. mak aiii. now dia dah umur 23 thn. so, dah 8 tahun ok diorang couple T__T sangat stick. baik dari Ika mahu pun Ayie. I'allah tahun depan kot kahwinnya. heee


Kak Zue and tunang beliau. I'allah tahun 2010 aku dapat makan nasi minyak diorang hehe



sekian dari duta Muar yang berasal dari Penang ;p


28 December, 2009

Y591 : Bilik Untuk Disewa di Presint 9,Putrajaya

  • Perempuan Sahaja
  • Deposit RM 190.00
  • Sewa Bulanan RM162.50 (tak termasuk bil air/elektrik)
  • Master Bedroom (share 2 orang)
  • Blok D2-T04-U05 (maksudnya tingkat 4,rumah num 5,tepi lif ja :D) dan maksudnya lagi adalah di Flat Hijau (nama saintifik Pangsapuri Putra Harmoni)
  • Kemasukan Jan/Feb2010
  • Sila hubungi Anna Mariana- 0133334909
Kelebihan

  • depan tasik ja. senang nak dating atau joging
  • petang-petang ada org jual makanan/cucur/burger. plus ada kedai makan berhampiran.
  • bawah flat ni ada kedai runcit.
  • senang sangat-sangat nak dapatkan bus sebab semua bus memang akan kena lalu dekat Presint 9 ni. 
  • sangat dekat dengan Putrajaya Central (ada bas/ERL untuk ke KL) tambang bas kalau sekitar Putrajaya ni cuma 50 sen :D comel kan? :p
  • Roomate yang menjengkelkan dah pindah ke Blok lain. INI ADALAH KELEBIHAN PALING BAIK. kalau tak,mesti kau merana macam aku.
  • ada kakak rumah yang lawa-lawa :) hahhaa 
  • ada hiburan di dalam rumah. anda boleh bawak set karaoke sendiri kalau nak feel lebih.
  • kalau anda bertuah, dapatlah rasa sambal udang Kak Anna dan nasik lemak Kak Ann. memang terrbaik! 
Kekosongan : SORANG sahaja.



*will miss the house :)

23 December, 2009

Y590 : Semangat


boleh gugur rambut mengaji Wordpress ni.
Still dalam maintenance mode lagi :)
Anyway, terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan blog ni :)

eiii,geli tengok layout pink.esok jugak aku tukar balik! T__T



22 December, 2009

Y589 : Nasi Kandar Line Clear,Penang

ini cerita basi. well,penjajaan gambar bermula. aku rasa entry aku bulan Dec ni memang kategori jaja gambar lah. err ke entry tiap2 minggu mcm tu? :p aku tak pandai nak mengarang entry tekstual macam Aunty Chika tu. takde gambar pun, dia enjoy tulis :D

anyway,masa aku balik Penang raya haji hari tu aku sangat mcm orang mengandung yang mengidam nak makan A&W. lagi2 Ijan asyik sogok aku dengan Corny Dog (eh betul ke eja ni). dengan Root Beer mereka yang menggoda iman aku T__T. so,kami pun plan lah nak ke A&W yang dekat prangin tu. dalam hidup aku ni,tak sampai 10 kali rasanya makan A&W ni :D

so, excited lah kami ni nak pi makan kat A&W Prangin Mall. sebab restaurant dia kat luar and tepi jalan. memang berangan habis lah sambil menikmati Root Beer heaven itu. sekali kitorang keluar je nak peri A& W tu...

tadaaaaaaaaaa..


kosong! T___T sekosong hati ku yang hancur hahhaa.hiperbola! sangat tercengang kami 2 orang melihat A&W dan bertukar menjadi halimunan. nampak sangat kitorang mmg tak tau perkembangan di Penang. sebenarnya nampak sangat kitorang tak pernah makan kat sini.

lepas dah bersedih selama 5 minit,kitorang beli roti sebagai pengalas perut. roti bukan makanan utk aku idam-idam kan.hahha. so Ijan sarankan kitorang pergi makan nasi kandar Line Clear. ni adalah first time aku makan kat Line Clear. aku rasa fobia bila orang cakap tempat makan dia kotor la blablablabla. mula2 aku gagah taknak.rasa nak lempang diri sendiri laju-laju. last2 pergi jugak jejak kat sana.


I love Penang. Penang do love me too (poyo).
anda harus berbangga dgn negeri kelahiran anda :)

ok.here we are!

time ni tak berapa ramai orang. ok.time maghrib mana ada org makan nasi kandar
kat luar macam kami yang jahil ni! T_T

weeeeeee.dapat makan Papadom akhirnya! ni lah Papadom macam dalam cerita
Afdlin tu hahha. best. sangat heaven nasik kandar kat sini. (ok.sekarang dah tertelan air liur)

aksi menjaja muka bersama kawan baik.

sila lah ke sini kalau anda bercuti-cuti di Penang. kesian kan aku, dah bertahun tahun duduk Penang baru hegeh nak datang Line Clear ni. selain sini, yang jadi favvy aku,of course kat Kedai Mamak Kapitan Gurney ,paling delicious dia punya nan Cheese & Tandoori, lagi 1 kedai Pak Sharif (baca : Pak Sarip) dekat Gelugur. tak payah kedai setup deko lawa2! kedai tepi jalan ja. tapi serius mengancam jiwa betul kari dia :D

sekian entry dari Duta Penang yang comel :