28 May, 2010

Kuarters Polis

tadi tengok Al-Kuliyyah. tajuk agak menarik jugak lah. iaitu pasal jiran sebelah rumah. betapa pentingnya kita amek tahu pasal jiran kita. bukan sekadar hai hai bai bai. kurang2 amek tahu apa yg tengah terjadi pada jiran. selalu lawat jiran-jiran. kalau ada kenduri kendara yang dijemput, cuba sedaya upaya untuk datang even kita busy. sentiasa buat baik dengan jiran bla bla bla bla bla.

jujurnya, aku bukan tergolong dalam seorang jiran yang baik. even family aku pun. setakat kenal macam tu je. takde nak berbalas-balas lauk ke, takde nak bertandang kat rumah hari-hari ke apa. plus mak aku orang kerja. makcik jiran sebelah ni housewife. terserempak pun memang jarang. yg aku tau dia ada anak lelaki 3 orang hahaa. 

tapi, one thing yang aku benci gila bila duduk dekat area-area kuarters ni, makcik2 ni suka menjarummmmm pasal orang! aku tak pasti lah kuarters polis yg lain ke kuarters korang ke, ke rumah kampung korang ke, rumah taman ke ada jugak manusia2 spesies macam ni.

petang-petang je, sambil tunggu anak balik sekolah, haaa mengumpat lah itu ini. dari tudung labuh sampai ke tak bertudung haaa dok berkumpul bawah tu. bukan main dok mengata anak orang. anak sendiri kau taknak telek. macam kebanggaan lah kalau anak kau lagi bagus pada pada anak orang. macam best gila lah kalau anak kau dapat masuk U, pastu anak orang lain jadi mat rempit. 

macam mana lah nak respect jiran-jiran mulut puaka mcm ni? asyik nak bergosip je keje? kadang tu kat port nasik lemak tu pun berkumpul. tengah hari sikit, buat perhimpunan pulak kat kedai makcik jual ikan. mulut pun dah busuk macam ikan dah haaaa. kalau ada je anak senah mana2 dok date dgn anak pak leman mana-mana, haaa mula lah mulut tu. mengata itu ini. sedangkan family kau porak peranda. nak jaga tepi kain orang. mcm cibai lah jiran-jiran macam ni.

luckily jiran aku sebelah ni takdelah jarum sangat kot. tp ada jugak namapk dok sembang2 depan rumah ni. tapi sekarang dah takde jiran dah T__T makcik sebelah rumah dah pindah Ipoh. sob sob. 

and lagi luckily mak aku kerja. orang kerja ni takde masa nak amek tau dunia luar melainkan anak dia 2 ekor ni dok menjarum HAHAHA. kurang2 kami buat perhimpunan sesama keluarga. bukan pergi menjaja kisah dekat orang2 luar yang kita tak kenal. aku tak cakap lah semua housewife tu kaki jarum. ada je duduk rumah urus hal sendiri dan tak campur dengan orang. tapi yang memang dasar makcik-makcik suka masuk dalam kain orang. last2 laki kau cari orang lain LOL. tu la cakap orang lagi. 

p/s : orang takde keje memang suka cari keje.


2 Comment:

yang tak dikenali said...

eh, lupe dah nk komen ape....

chekgu BaniHassim said...

mcm dlm cite berek kat tv3 tu pulok...
huhuhu
sebijik..

bezanya dlm cite kpo, korg yg menjarumm..hahaha