26 October, 2010

Isu Si Cantik F

sejak semalam,agak hangat kisah si F diperkatakan. aku pun tak sangka kawan2 sekeliling aku tahu jugak pasal kisah tu. hahaa. aku pun baru tau dalam sebulan ni. nevermind.

kisah beliau,betul2 mengingatkan aku kepada kejadian aku dan kawan2ku (chika,kak ween,dir fara dll) masa ditipu hidup2 oleh Chimey. aku dan Chika antara orang terakhir yang tau pasal penipuan si Chimey di mana beliau menggunakan muka model Filipina yang hot dan di-photoshop-kan dengan badan siapa2 entah. dan mendakwa itu dirinya. dan terbongkar jugak rupanya entry2 di dalam blog beliau rupanya diplagiat dari sumber lain. sedih sangat masa tu. sebab aku rapat jugak dengan si Chimey .(AKU HAMPIR LUPA NAMA BELIAU. CHIMEY KE HA? MANUSIA PERANGAI LOSER MEMANG PATUT PUN AKU TAK INGAT NAMA DIA!) rasa ditipu sangat. ye lah,mana nak perasan muka kau tu photoshop ke menatang apa ke sebab aku dah suka entry2 kau kan? tak koser nak telek muka kau ke apa UNTIL kak ween bongkarkan semua. ha, nak terbuntang bijik mata ni ha.masa tu jugak si Chimey ni private blog then dia delete blog dia. nice kan?

aku tak cakap kes si F sama dengan Chimey.tapi agak lebih kurang lah.

tak dinafikan penulisan si F di dalam blog memang sangat2 puitis. sangat2 menarik perhatian pembaca. buktinya, beliau memang mempunyai ramai readers. cuma,apa yang dikesalkan kenapa beliau perlu berselindung di sebalik gambar-perempuan-mana-entah di dalam blog beliau? di manakah kejujuran beliau sendiri terhadap readers beliau? apa salahnya diletakkan gambar sendiri? ok mungkin sangat privacy. kurang2 diberikan kredit kepada gambar yang beliau guna. herm.

pastinya disebalik ini akan ada suatu sebab.yang hanya beliau dan tuhan  saja yang tahu =) takde perkara yang kita buat tanpa bersebab. kalau beliau mahu terus berdiam diri,biarkan. kalau beliau mahu berterus-terang, kita pinjamkan telinga =)

p/s : letakkan diri di tempat readers.loyal readers.

6 Comment:

Diya said...

kak, diya pun baru tahu pasal blog die. yang melalui entri konon2 diorang in a relationship tu. kalau tak, sebelum2 ni tak penah pun terserempak dengan blog die. pelik jugak, diya suka blogwalk (jarang tinggal jejak) tapi langsung tak tersampai di blog die

diya ade sangsi, tapi masih dalam lingkungan percaya kan die. so, memang rasa tak best jugak lah bila tahu benda2 yang die fake kan. dan diya rasa ada certain loyal readers yang puja puji die selama ni lagi lah terasa kecil hati (tapi ade jugak readers yang wont mind langsung, nak backup nak bagi kata semangat selagi boleh - dah betul tersuka dengan penulisan F tu kot)

diya rasa die tetap akan terus menulis, tapi die langsung takkan mengaku salah die (yang cilok gamba pastu mengaku diri sendiri). herm *masih dalam mode terkilan.

Diya said...

oh. yang si bf die tu pun diya dah mula sangsi, huhu

Nem0 o0h Nem0 said...

aku tau pasal sape yg ko maksudkan.
aku cuma bc blog pasal F dan pasal chimey tu dan dl ade gak kecoh pasal sorg blogger yg fake.sggp tu reader nak bongkarkan kes pasal dia tp aku tgk dia ttp dia dan smpai skg blog dia ttp bernyawa dan reader still byk cam dulu..

aku tak tahu la nape dorg nak fake ni,hanya dorg jek yg tau jwpan kenpa dan mengapa!

❤n0n0i th3 c@t savi0r❤ said...

Nampak macam dah jauh sangat akak lari dari dunia blogging ni sampai tatau ape pon pasal blogger terkemuka tanah air sekarang. sape tah si F yg korang maksudkan pon akak taktau..hahahhaa..


apa barang Fake fake.. macam pelik la.. apakah motifnya buat keja yang tak berfaedah ni? jadi diri sendiri sudah lah.. huhu..

biar dikeji biar di caci..asalkan jd diri sendiri..

fndrocka said...

Masih takde sapa dapat bongkarkan yang aku sebenarnya Aaron Aziz

Kujie said...

macam selalu.............sekadar memerhati

lalalala...life is wonderful!

letak lah lagu suweet tu kt sini...blog mama tak sesuai