18 January, 2010

Y000 : Dedikasi.


terima kasih yang tak terhingga. T__T

aku merasmikan blog baru hari ni, iamyonna.com




17 January, 2010

Y597 : Down To Memory Lane

ini mungkin entry panjang dan entry ini adalah berciri tekstual. maksudnya tiada gambar. (baru tulis sebaris dah tau panjang ke pendek haha)


semalam,aku telah menghadiri 2 wedding. 2-2 jugak adalah jiran di zaman-zaman budak hingusan aku. dalam hal ni, aku tak suka letak nama aku sorang sebagai watak utama. kawan baik aku zaman hingusan, (dan sampai sekarang jugak sampai bila-bila) Sheila dan aku sendiri adalah watak utama dalam zaman kanak2 kami haha.

wedding first adalah wedding jiran rumah lama aku (Fasa 2,Farlim,Penang) . tu memang jiran kamceng gila. time kat Fasa 2, rumah kitorang sebelah2 ja. nak panggil nama jerit ja kat koridor sebelah. sekarang ni pun jiran jugak tapi blok dah lain T_T . congratulations to Maizura & Zaini.

aku kenal Maizura since.... tak ingat darjah berapa. mungkin darjah 2 atau 3. aku duduk Fasa 2 pun time aku tadika (1993). yg pastinya mmg aku kenal Sheila dulu lah :) rumah Sheila pulak belakang rumah aku ja. well- kami 3 jiran yang sepakat membawa berkat tapi kadang-kadang gaduh jugak. haha. haihh, memang betullah masa berlalu dengan sangat cepat. dulu aku selalu lepak rumah Maizura. mmg kerap gila. masuk rumah dia tak payah ketuk pintu dah. masuk ja. terus straight masuk bilik dia. teman dia buat homework. well,dia budak pandai. tapi sangat brutal. bukak lagu tahap nak pecah bilik, mcm mana ilmu masuk dalam kepala otak dia? T_T aku ni, tak bukak lagu pun dok sengal2 alam jugak haha.

dalam otak aku ni mcm berputar-putar imej Maizura dari dia kecil sampai lah sekarang haha. dari dia pakai baju sekolah putih, sampai ke baju sekolah biru (Pengawas), sampai bertudung labuh (SMK P Al Mashoor), sampai lah baju pengantin semalam. kami baik sebagai jiran. more to family relationship. aku tak berkongsi semua benda dgn dia. sama jugak dengan dia. tapi bila dah duduk lepak sama-sama. dia selalu story hal2 kelas dia. cikgu dia. tentang lelaki2 yang dia minat. lepastu mula lah kami sama-sama gedik. kadang2 kalau boring tgh2 malam, kami akan main bola tuju kat bawah rumah. pukul 12 tgh mlm lebih. dah la flat kami betul2 depan surau. main terpekik terlolong sampai 2-3 pg. tapi takpa. seronok. zaman kanak-kanak mmg seronok! kalau dah takde kerja sangat, lepak kat koridor, gosip2 pasal jiran satu flat. sungguh membuat dosa.

berbalik kepada kenduri semalam. masa mula2 masuk dewan, biasa lah salam dengan mak ayah Maizura. tiba2 ada makcik tegur aku.

makcik : hey,wahida. kenai tak sapa ni?
aku mencerunkan mata kat dia. ada gadis tinggi lampai sebelah beliau.mungkin anak dia. aku stuck depan dia. mcm kenal muka, tapi tgk badan mcm tak kenal. HAHHAA.

aku : tak kenal.sapa?

makcik : ni makcik Amy lah. amboi hang tak kenai dah?
aku rasa mcm nak pitam time tu. after 12 years tak pernah jumpa dia. aku boleh pulak ternganga kat situ haha.
aku : hah? makcik Amy? yang duduk tingkat 1 dulu? yang buat tart nenas sedap tu?

makcik : ye, makcik lah.

aku : waaa, makcik dah kurus. memang tak cam dah tadi. eh, ni Natasya? (sambil pointing gadis yang duduk sebelah dia.tinggi gila)

makcik : a ah. ni lah adik paling kecik sekali. dulu masa makcik pindah, dia baru umoq setahun.




T__T gila lama. aku ingat lagi baby girl nama Natasya. yang ada 2 abg nama Aliff dan Qayyum. aku ingat semua. masa makcik Amy pindah ke seberang, umur Natasya baru setahun. and now dia dah darjah 6! tinggi gila.mati2 aku ingat dia form 5. seingat aku, makcik Amy dulu ada krisis dengan Makcik Zah (mak Maizura), krisis yg agak teruk. pasal bawak mulut lah kot. tak ingat dah. rupa2nya selama 12 thn ni, diorg dah baik balik :) haha nampak sgt aku jarum kan? T__T

benda paling aku akan ingat tentang makcik Amy adalah tart nenas beliau. wallauuuwehh, tu lah tart terbaik yg pernah aku mkn sepanjang hidup aku. tiap2 tahun order. makan macam tak cukup nyawa ja. kan Sheila? hang ingat tak kita ada janji nak tolong dia buat tart pukul 3 pg (time tu bulan puasa), dia kata nak panggil kita kan? sampai sudah dia tak panggil. kita ni punya lah dok tunggu. gila loser punya perangai kita ni weh hahaha. malu bila ingat2 balik T_T.

aku kawan baik dengan anak makcik Amy yang sulung, Aliff. aku anggap dia mcm adik. selalu lah petang main sama-sama dengan dia. selalu main dekat padang belakang flat Senduduk tu. main apa pun aku taktau, serius dah tak boleh ingat semua benda tu. tapi Aliff antara kenangan zaman budak2 aku yang paling best :) dia baik.dia humble.aku sygkan dia. last year dia ada mesej aku, siap mms gambar dia. woot. hensemnyaaaaa. mcm nak mengorat pun ada! hahaha. tp dah besar2 ni feeling pun dah takde mcm dulu. last2 aku lost contact balik dgn dia. tiba2 semalam jumpa mak dgn adik dia. nasib dia takde. kalau tak,maybe aku segan jugak T_T

Sheila, kan aku call hang semalam cakap aku jumpa senawi kan? ngaa badan maintain tough ok! tapi makin gelap. aku segan nak tegoq dia weh. buatnya dia tak kenal aku, tebai muka aku nnt. nasib baik banduan takdak hahah. kalau tak nganga aku. kang abeh semua hikayat cerita dulu2 depa bawak kuaq pasai kita. aku jumpa makcik Dah dgn laki dia (parents Ijam bf afifah dulu tu). wahh macam mak datin dah makcik Dah weh :p .. and yg paling aku terkejut selain jumpa dengan makcik Amy adalah... Aidil Nur membesar dengan kadar yg sgt sihat weh. badan nak sama besaq dengan aku dah hahaha. serius nganga aku tgk dia. tp muka comel. mcm Maizura ah dia ikut.hehe. kalau hg mai kan lagi best. wehh,lagi satu, aku jumpa Mat Noor Bulan hahaha. bini dia mcm makin comey ja. anak dah 3 org. aku ingat Is sorang tu ja anak dia :D, nasib tak jumpa mak bapak Aswad! hang diammm!! hahahha. and aku terkejut bila dapat tau bapak Umi dah meninggal. mak bapak aku bukan nak bgtau aku! mcm mana lah Umi sekarang eh? aku ingat lagi muka dia weh dulu. boleh pulak aku gaduh tarik2 rambut dengan dia depan rumah hang! bodoh nak mampos! HAHAHHAHA. tak boleh blah punya kenangan! huh.


menghadirkan diri ke wedding jiran2 lama, mmg menggamit kenangan berbelas tahun lepas. mmg majoriti aku kenal org2 yg datang dekat wedding Maizura ni. mesti lah kenal, dah semua duduk berek polis kan T_T.

wedding ke-2 pulak (omg.panjangnya entry berciri tekstual aku ni) adalah wedding jiran aku jugak time duduk kat Fasa 2. tapi diorang ni duduk tingkat 4. kami pun tak berapa nak mesra sangat lah memandangkan kami duduk kat tingkat 2. haha boleh mcm tu? actually ni wedding anak makcik Ina. punyalah jahat aku dengan Sheila dulu2. panggil makcik Ina tu, makcik tonggek sebab ________________ (sila isi sendiri) sampai sekarang lekat nama tonggek tu. dan aku adalah sangat terkejut bila aku menghadiri perkahwinan anak perempuan beliau iaitu Syakila. bila tgk dia sekarang ni, aku mcm.. omg! lawanyaaaaaaa! dulu comot gila. serius comot gila. time sekolah rendah dah warna rambut mcm2 colour! aku dengan Sheila suka usha2 Syakila tu. usha2 tu blh lah ditukarkan kepada umpat-umpatan hahaha. tp bila tgk dia semalam, sumpah rasa mcm tak percaya.. dia mmg lawa. dengan putihnya, dgn cantiknya dia. serius mcm tak percaya bila time kecik tu dia adalah sangat comot. (aku rasa aku lg comot dr dia :p ) anyway, congrats to Syakila & Fahmi :)

Sheila, masa aku salam dengan makcik tonggek tu, aku mcm tak berapa nak kenal. aku tgk laki dia, apasal muka semua dah lain nih? bila dah masuk dlm dewan tu, aku tengok lagi makcik tonggek tu.aku tak puas hati sebab apesal mcm org lain dari yg biasa kita tgk tu kan? sekali kauuu, dah pakai tudung weh! hahaha. badan dah besaq sikit lah. sebijik muka Aishah penyanyi tu weh. 10 kali aku dok tanya mak aku betoi ka tu makcik tonggek haha. aku rasa mak aku nak hempuk aku dah kot. suami dia pun dah mcm YB aku tgk. complete berbatik hehe. dia kahwin dengan Fahmi rupanya. patut aku dok abang dia, Fitri tu dok kalut semacam. then boys2 Farlim pun ramai, semua dah besaq2 weh. haha. hampir tak cam dah aku. anyway, semalam adik aku bgtau, Fahmi dengan Nadia tu dah putus tunang sebab Nadia found out pasal Syakila tu kot. jarum betoi adik aku. heh. Nadia tu, mmg lah. nasib dia lawa weh. haha.


maaf rakan-rakan.entry adalah bercirikan tekstual juga dengan semangat kejiranan. tp entry ini wajib dibaca oleh Sheila haha. rindu Fasa 2 weh, rindu flat kita. rindu E-Mart, rindu nak lepak belakang E-Mart, rindu nak suasana Fasa 2. rindu semua weh T______T

i know u love this. i miss u, Sheila T_T



habis sudah entry di blog hijau ni. thank you for reading :)





15 January, 2010

Y596 : Trend 'KOT'

".... aku tak suka dia kot,"

"...baju dia cantik kot,"

"...dia tu tak patut menang kot,"

"...aku rasa dia tu takde lah cantik sangat kot,"

"...blog dia macam serabut sikit kot,"

siapa pengasas trend KOT ni? aku rasa dari dulu lagi kita mmg dah guna perkataan KOT ni lagi2 bila benda yang kita tak berapa nak sure kan? tp trend manusia sekarang ni, benda yang PASTI pun dia dah campurkan dengan KOT. atau pun, mungkin penggunaan KOT ni sekadar nak menyelamatkan keadaan?

contoh mcm, kau nak cakap baju kawan kau tu tak cantik sebenarnya, tp kau nak jaga hati, cakap lah.. "cantik kot kalau kau pakai baju ni," heh,dalam hati sumpah seranah baju tu. itu contoh lah aku kasi.

jujurnya,aku tak suka trend KOT dalam setiap ayat TAPI disebabkan majoriti macam menggalakkan trend ni, maka aku pun kadang-kadang akan letak KOT jugak. lepas tu aku akan rasa ayat aku tu sangat annoying. at least utk aku lah.


tapi,aku tak pernah ada masalah kalau korang nak guna.


p/s : countdown :)

12 January, 2010

Y595 : Rumusan Hidup

untuk makluman kawan-kawan,i dah ada kat Penang. macam orang jakun tak pernah jumpa internet aku ni! menggelupur online sampai nak subuh dah ni. biasalah, mengkhatamkan blog2 manusia,membaca messages dalam inbox FB (Diya,awak ni sweet mcm candy hee ), usha-usha my new blog yang akan dilancarkan sedikit masa lagi, bukak acc Friendster. pergh.tak boleh blah.dari hari tu aku kata nak delete acc. tak jugak2 aku buat T__T FS ni guna kuasa apa nihh? huh.

beberapa perkara yang aku nak kongsi dekat sini.

1- meninggalkan Purtajaya dengan jayanya tanpa berlaku pertumpahan air mata :p kalau ex-roomate ada, pasti berlaku pertumpahan darah HAHAHHA. harus rindu dengan kakak-kakak rumah, Kak Anna dan Kak Ann :)

2- ulang 40 juta kali baca novel-novel Hlovate. first time in my life aku sangat addicted dengan tulisan seorang penulis novel. countdown untuk VERSUS pulak tahun ni :) cant wait!

3- aku tidak menghadirkan diri di majlis perpisahan yang dianjurkan oleh ofis aku. padahal sehari sebelum hari kejadian,aku boleh siap datang ofis. haha thank you,anyway :) sebab musabab tidak hadirkan diri biarlah rahsia. kadang-kadang bila terlalu nak menghuraikan, org akan salah faham. heee.

4- sedang menjinak-jinakkan diri melayan sinetron TV3, iaitu Tasbih Cinta. mcm biasalah, harus diselang-selikan makian dari aku. last2 aku tutup tv. esok tu tengok balik T__T

5- aku dah terjebak dengan Cinta Balqis (Slot Akasia TV3) .. not my favourite. tapi disebabkan aku follow dari awal,layan kan je. tapi menyampah watak Balqis sebab watak dia menangis ja. heh,perempuan lemah tersungkur sangat ke? kalau kau taknak laki mcm Hassan, meh bagi kat aku. dah lah Mak Biah baik gila. perghh.aku dah hafal nama pelakon tu! huh. btw, Memey memang lawa gila. takkan dapat disangkalkan lagi.

6- berkenaan AJL24 ahad lepas, biasalah. frust tergolek aku bila FT tak dapat tempat first T_T penat je suara aku menjerit depan TV time dia perform haha. bengang je budak2 rumah aku tgk :p tapi takpa, menang jugak tempat ke-3 even dengan bertongkat bagai :p

-aizat memang terbaik. aku rasa perempuan india tu sure dapat RM10,000 berkat suara dia yang memang superb tu. tiba-tiba aku rasa Aizat tu macam Shah Rukh Khan pulak malam tu. T__T hahaha.

-baju Misha serius tak lawa langsung. not sure belah mana yang cacat. mungkin kain kot.

-gandingan pengacara yang memang terrrrbaik! lawak gila FBI dengan Ally hahaha.

-opening dari Yuna memang sempoi dan comel gila. piano klasik tu. mana ada dah zaman la ni hehe.

7- part ni korang boleh menangis sebanyak 6 baldi kat aku. aku baru tau yang cerita Korea Full House tu memang best gila sebenarnya. fineeeeeeeee. aku mmg ketinggalan basikal. aku boleh pulak addicted dengan cerita yang dah 6 or 7 thn lepas im not sure. kesian gila dekat aku T__T baru hegeh2 nak tengok. dulu taknak tgk! )(*&%$#!

ok. habis.esok nak pergi Langkawi.korang nak kirim apa? mangkuk tingkat periuk belanga aku tak layan.