30 April, 2010

Kaca

tapi baru orang sentuh, dah pecah berderai.
apa kes?

29 April, 2010

Tajuk Depan Metro

kalau setakat nak copy paste tajuk depan paper Harian Metro,
lepas tu tambah ayat kau 3 baris,
budak tadika pun boleh buat.

28 April, 2010

Penyibuk

renti-renti kan lah kau tu jadi penyibuk.
setiap benda semua taknak terlambat.
bodoh!
bila dah basi hegeh-hegeh tanya orang.

kau mmg stalker terbaik.
kau mmg  paling busy body hal orang.
senang cakap lah,
aku makin menyampah dengan kau.
henti-henti lah PM aku.

27 April, 2010

Kelantan

rindu suasana.
rindu makanan.
rindu loghat.
rindu Tumpat.
rindu papan tanda yang bertulisan jawi.

haih, dan rindu ... ?

okay Jun, please make it true.


26 April, 2010

Berderai.

.... dan berkaca-kaca.

25 April, 2010

Tak Cool

wish birthday je pun, why people so kecoh about it?
kenapa kena cakap itu ini,
sampai aku sendiri pulak naik segan sbb publish entry tu semalam.

yes.aku tak cool bila datang bab ni.

24 April, 2010

Belajar

mahu belajar "tiada rasa apa-apa" bila aku di dalam situasi 
yang menuntut hati aku untuk "berasa kecil hati"

tak tenang.

22 April, 2010

Amira

dulu, masa belajar drive kereta (2008), aku ada belajar kereta dengan sorang budak USM ni. perempuan. dia baik. sangat baik. soft spoken. humble. kelakar pun ye. masa dia tgh belajar drive, apek cina tu suruh aku duduk sebelah dia. apek tu pantau dari luar je lah. aku ingat lagi, masa dia tengah belajar nak parking dengan 3 penjuru tu. habis dia langgar semua tiang hahaa. comelnya. gelabah gila muka dia.

2-3 kali ja jumpa dia. kebetulan kelas belajar kitorang sama. masa nak test JPJ, rasanya dia tak dapat sama dengan aku. mungkin dia ada kelas time tu. haih, lately ni tiba-tiba teringat dia. menyesal gila tak tukar2 nombor padahal dah agak kawan baik dengan dia. dia suka cerita hal dia dengan bf dia dekat aku :)

sebenarnya,aku rasa aku tak pernah tahu nama dia apa T____________T
tapi, aku rasa dari muka dia, mungkin nama Amira paling sesuai.

sekarang mesti dia dah kerja :)

awak,
harap2 kita dapat jumpa di lain masa.


July

ya allah,
cepatlah datang July.
hati makin tak sabar.
otak makin tak mampu tanggung segala kenangan.

kawan-kawan lama.
tiada yang tak terindah.

21 April, 2010

Dua Perkara

kalau tak suka,remove.
kalau taknak terima,jangan accept.

sekarang, lepas geram dekat status FB.
haih.

18 April, 2010

2 orang

aku rasa dalam banyak-banyak kategori manusia.
aku paling paling tak boleh tahan dengan mereka-mereka yang :

1. banyak sangat tanya soalan.

contoh : aku cakap aku pergi berkelah. ada orang tanya :

"pergi dengan siapa?" - boleh jawab lagi
"berapa orang?" - layan lagi
"kau naik apa?" - start dah annoying
"kawan2 kau yang lain naik apa?" - menyampah dah nak jawab
"korang tong-tong minyak la eh?" - nada suara dah start tinggi
"best tak pergi sana?" - ....
"korang makan apa?"- ...

aku memang cepat panas hati orang tanya soalan banyak-banyak gila. lainlah soalan math ke, kajian tempatan ke. tu takpe. soalan2 bengong macam ni, serius. aku memang rasa nak lempang je. (mesti ada orang kata macam aku bagus sangat :D haha )

2. kaki komplen

tak payah lah bagi contoh.aku yang sakit jiwa nanti. sana sini kau nak komplen, even kau nak makan ke minum pun kau nak cakap itu ini. eh, annoying gila lah. lagi annoying dari nuff zzz tu. semua manusia pun komplen, hari2 sure ada je benda yang tak fit dengan kita. tapi, kalau setiap ceruk kau nak komplen, sampaikan kawan-kawan "baik" aku kau nak cakap-cakap, baiklah kau duduk diam2 ja depan pc tu. jangan bergaul dengan siapa pun. SIAPA PUN JANGAN.

macam biasa. ini blog emosi.
jangan lupa.




Malam Semakin Dingin

lagu arwah Achik (Spin) yang paling aku minat.

Al-Fatihah.

17 April, 2010

Pandangi Langit Malam Ini

Putri, jangan menangis
Hapus air mata
Di wajah cantikmu

Putri, kepergianku
Tak akan lama
Tahan rindumu

Putri, seandainya saja
Kubisa, menghentikan waktu
Kuhentikan waktu

Bila kau rindukan aku putri,

Coba kau pandangi langit malam ini
Bila itu tak cukup mengganti
Cobalah kau hirup udara pagi, aku di situ

Mungkin dengan perpisahan
Kita kan mengerti arti pertemuan


Putri, percaya padaku
Ini hanya likuan hidup
Yang pasti berakhir

abaikan perkataan Putri itu.




lagu ni mengingatkan aku pada seseorang.
err seseorang yang telah aku tong-sampahkan mungkin :D
tak mengapalah, lebih baik macam ni.
jimat sikit rasa sakit hati ni LOL hahaha


dia.
Pantai Timur


16 April, 2010

Busy Body

kadang-kadang.
orang terlalu busy body dgn apa yang kita lakukan.

tak payah lah nak jadi mami J sangat :)

sesi mentarbiah diri sendiri

15 April, 2010

Tuhan.

Tuhan,
tolong jangan kirimkan lagi sahabat-sahabat kepadaku,
kalau aku hanya menyakiti mereka.
kalau aku hanya ingin melupakan mereka.
kalau aku tidak dapat menghubungi mereka seperti yg mereka harapkan.

Tuhan,
tolong jangan kirimkan lagi mana-mana sahabat kepadaku,
kalau aku punya hati tidak sebaik mereka.
kalau aku tidak dapat memenuhi permintaan mereka.
kalau aku tidak adil sama mereka.

Tuhan,
aku bukan seorang sahabat yang baik.

13 April, 2010

Nilai

aku percaya,setiap entry ada nilainya tersendiri.
walau pun kau tulis 3-4 baris ayat.
contoh :

"pagi ni aku bawak kereta.
tapi aku parking dekat tempat OKU.
maka aku telah disaman"

contoh lain :

"hari ni mak aku masak ayam kicap.
sedap gila lah dia masak.
aku tambah nasi sampai 5 kali "

siapa tengok pun nampak macam entry orang loser.
entry orang tiada idea tapi update jugak.

tapi, aku percaya apa juga yang seseorang blogger tu update,
hanya dia yang tahu nilai-nilai setiap entry dia.
hanya dia yang faham perasaan untuk hari2 yang dia lalui.
hanya dia alami apa yang dia coretkan.

maka.

respectlah setiap nilai pada entry blogger.
kalau nilainya adalah sangat rendah di mata anda,
anda tetap tak layak nak menghakimi mereka.

maksud aku.

kalau entry itu berkisarkan hal peribadi mereka sendiri dan
selagi ianya tidak mengaibkan mana-mana pihak.

aku tengah tarbiah diri sendiri.
harap maklum.



11 April, 2010

Lumrah

bila ditanya,diambil berat,
semuanya endah tak endah.
semuanya di ambil lewa.

tapi...

bila orang yang kamu sayang,
yang tak langsung bertanyakan kamu
itu yang kamu tunggu-tunggukan.

pelik.
tapi semua berperangai begini bukan?

kesian lah pada yang mengambil berat.
rasa macam sampah pun ada kadang-kadang.

:)

Tawar Hati

orang,kalau rasa bersalah,
tiba-tiba ja dia akan memunculkan diri dia secara banyak di depan kita. tak kisah lah dekat mana, FB, Twitter,Blog,YM, Sms... lepas tu buat ayat macam takda apa-apa.
lepas tu,bercerita pulak pasal the good times we had together dulu.
tiba-tiba kau nak share semua benda dengan aku.
sedangkan kita tahu.
kita sebenarnya makin jauh.

aku.dah.tawar.hati.

09 April, 2010

Roti Kegemaran


cream cheese bun. (eh betul ke ha? HAHAHA tu la kot nama roti tu)


semalam pergi Tg Bungah sebab mulut dah ketagih nak makan roti cheese ni. gila sedap. gila lembut. tapi akhirnya,keluar kedai dengan perasaan hampa sebab roti tu tidak dibuat semalam. rasa nak culik apek tu suruh buat stok roti ni dekat aku sebanyak 100 bijik T__________T

RM1.90 sebiji.

08 April, 2010

Pandang-Pandang Jeling-Jeling

setiap apa yang kita tulis, yang kita post,yang kita kutuk,yang kita puji, tetap ada orang yang akan baca dan pandang. bezanya, sama ada orang itu faham atau tidak apa yang kau cakap dan sama ada orang itu memang tahu tentang apa yang kau kata kan.

makanya, jika anda ingin mengata/bergosip pasal si polan si polan, sila lah protect kan status anda kepada kawan anda tu saja (merujuk FB). padah kalau orang lain baca. orang boleh spekulasi macam-macam. orang boleh terasa hati dengan 1001 perasaan. orang boleh judge kau macam-macam hanya dengan status kau.

sampai bila kau nak mengata kawan aku?
sampai dia hot macam kau?
heh.

kau hot?
muntah hijau.

07 April, 2010

Nasi Goreng Kampung

kau tak makan dari pagi.
lepas tu pukul 11 mlm kau kirim kat adik kau nasi goreng kampung dengan milos.
bila dia balik, dia bawak milos.
kau pun tanya mana nasi goreng kampung?

"eh hang ada order ka? aku tak dengar pun?"

orang lapar ni selalu cepat marah dan hilang pertimbangan.
nasib baik aku tak halau adik aku tido luar rumah.
atau nasib baik aku tak cekik dia.

and now aku lapar gila

T____________________T

06 April, 2010

Komplen

hari-hari aku mentarbiahkan kepala otak aku yang tidak ada 1 pun yang sempurna. semua tahu. semua maklum, tapi sesetengah dari kamu masih jugak tidak faham apa itu "tiada 1 pun yang sempurna"

hari-hari kerja kau komplen,
ini salah,itu salah,
ini tak lawa, itu tak cantik.
kau nak macam mana sebenarnya?

apa kata kau salurkan dekat Aduan Rakyat dekat Tv3 tu?
mungkin Karam Singh Walia akan pertimbangkan aduan kau tu?

atau mungkin dia boleh tarbiahkan kau pakej dengan tangan dia.

:)

Activated



Flames to dust
Lovers to friends
Why do all good things come to an end
Flames to dust
Lovers to friends
Why do all good things come to an end
come to an end come to an
Why do all good things come to end?
come to an end come to an
Why do all good things come to an end?