29 June, 2010

LD

aku benci betul setiap kali nak  type icon " :D"
mesti/wajib aku akan type LD dulu.
kadang tu tak sempat backspace dah enter dah.
konon nak type laju la padahal typo manjang
T__T

benci.

28 June, 2010

Ombak Rindu

tadi, bukak je FB and Twitter, ramai pulak orang update status pasal Ombak Rindu nak dijadikan filem. serius aku dah lupa jalan cerita novel tu macam mana.last aku baca novel tu, agaknya 6 tahun lepas. heee. and sambungan dia pun aku dah tak ingat.

alahai, sudah2 la producer filem hoi! tak payah nak hancurkan novel lagi boleh tak? and again and again, Lisa Surihani berlakon lagi. apa ni, semua movie nak tempek muka dia kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? dah la berlakon tak berapa nak menjiwai watak.tahun ni berapa banyak dah movie dia ha? bosan tahu tak. grr. nasib dia lawa. LOL

ni pelakon-pelakon dia :

Aaron Aziz as Hariz
Maya Karin as Izzah
Lisa Surihani as Mila.

aih, rasa nak khatam balik ombak rindu. sapa ade? :p

26 June, 2010

Nasi Goreng

masa cedok nasi putih, tengok sikit ja.
sekali bila dah jadi nasi goreng,
rasa macam nak buat open house pulak banyak dia tu.

T__________T

why oh why!

24 June, 2010

Bila Terlalu Menunjukkan Kesempurnaan

ada sorang photographer ni dalam list friends aku. gambar dia memang terbaik ah.tak perlu nak disangkal sangkal lagi. agak well-known jugak beliau. so,dalam diam,  hari2 tengok gambar dia shoot kat FB. hari-hari aku baca status dia. dari dulu, dah setahun rasanya dia dalam friend list aku. aku selalu anggap dia ni bagus, terbaik, selalu mem-positifkan diri untuk maju ke depan. ada identiti sendiri blablablabla.

tapi, lama-lama menyampah pulak aku tengok status2 dia. sampailah ke status hari ni, dan ianya menjadi punca untuk aku update entry ni. mungkin dia terlalu nak kan kesempurnaan sampaikan semua benda pun dia nak komplen (mostly pasal photography thingy la). aku tau aku tak layak nak bercakap soal2 photography ni, apatah lagi nak cakap2 pasal sifu2 dalam bidang photography ni. tapi, mata aku yang pandang ni rasanya tak salah. tak payah lah kau nak sindir2 orang lain kalau kau tak berkenan dengan cara atau group diorang kat FB.  kau dah ada identiti kau, kau go on ja dengan bakat yang kau ada. tak payah nak heran dengan orang lain yang masih merangkak dan dahagakan pembelajaran. kalau kau tak suka,leave it. heh, cakap kat orang, orang lain ada kroni, buat group semua, kau tu takde kroni? kau takde group sendiri?

aku bengang bukan sebab apa, tapi ayat2 kat status dia tu, mak haii makin melampau aku tengok hari ke hari. benda2 lama suka ungkit balik. suka sindir2 benda yang dah pupus. suka perli2 certain2 orang. kalau ye pun orang tu pernah buat taik kat kau, boleh tak just move on? hari2 kau perli dia kat status kau tu,takde maknanya. ini ke yang kau panggil kau tu PROFESIONAL? sedih lah kau ni.

hah, one more. kau dah mengata orang itu orang ini, komen sampai beratus2, tiba2 kau delete status kau tu. HAHAHA. kau memang lawak lah. takut  kantoi?

yes, semua ni memang takda kena mengena dengan aku. tapi, biar aku remindkan diri sendiri yang aku tak patut "minat" manusia2 spesis macam ni :)





23 June, 2010

Heh

ini blog emosi.
ditulis tanpa mengambil kira hati.
sesiapa pun punya hati.


tipu je tagline ni. sebab ada je benda yang aku nak tulis kat sini,
tapi tak tertulis pun sebab asyik memikirkan orang lain punya hati.
nanti esok2 gaduh melarat sampai akhirat.
sudah2 lah, takkan semua benda nak cerita kat sini kan?
bak kata lagu siti nordiana,
bukannya mengungkit, tapi membangkit.



Identiti

boleh tak awak tulis blog dengan identiti sendiri?
jangan terikut-ikut sangat tempo idola awak tu.
nanti blog awak nampak tak cantik.


:)

21 June, 2010

July

Tiba-tiba aku berharap July itu tidak wujud.
penat dengan kerenah manusia yang hanya pandai bercakap,
tapi tiada tindakan.

oh ya.
dengan tak habis-habis isu promote MLM kau.
jengkel.

19 June, 2010

Ignorantbrat

entry ini memungkinkan apa sahaja di kemudian hari. takpa, kita sudahkan hari ini dahulu. aku agak, banyak dah blogger tahu pasal kes Jard dan Zarina Sulaiman tu. aku bukan nak bring it up kes tu balik. aku bukan nak ulas kes tu balik. biar apa pun yg jadi, itu between of them. tapi, aku agak tertarik dengan salah sorang pengkomen dalam entry yg berkaitan kes susulan Jard dan SZ.


yang atas ni komen aku.

entah siapa littlehelper ini.


pagi tadi, dapat offline mesej kat YM dari seseorang. beliau telah kasi kan link komen ini dekat aku. terima kasih,akak :) kalau tak, mmg mati lah aku nak tahu kan. hahhaa. okaylah. kalau kau nak claim  entry ni aku tgh defend diri sendiri pun, layan kan je lah. ini blog emosi bukan?

"And to miss Yonna, u may not be her friend after this. at least she knows which friends are true to her after this shame"

aku mengaku gila sentap,sedih,terluka dengan ayat ni. rasa panas telinga dengan mata aku bila baca. siapa kau nak persoalkan persahabatan aku dengan Jard? dan siapa kau nak judge aku hanya berdasarkan komen aku tu? terang-terang itu kesilapan dia. aku cuma tegur. aku taknak dia ulang entry2 macam tu lagi.

atau mungkin aku patut tegur macam cara kau tegur dia kot? makanya, itu baru dinamakan sahabat dan dijanjikan persahabatan yang erat sampai mati? macam tu? kawan bukan bererti kau harus sokong dia walau dia buat salah. tak perlu nak guna ayat bodek dan cliche seperti "rileks weh. benda kecik je ni. jangan pedulikan cakap orang.  orang2 luar yang kecoh. aku tak rasa kau salah. kau main-main je blablablabla" kau suka orang plastik macam tu? oh,mungkin taste kau lain dari orang lain.

dan aku tak nampak point kau cakap macam tu sebenarnya. apa ayat2 aku yang sampai buat kau cakap macam tu? pasal aku cakap Jard kejar trafik? hahaha. sebab itu je ayat yg paling aku rasa annoying dalam komen tu. kalau cakap bab trafik dan blog Jard, what else nak aku huraikan? readers dia should know better. lagi2 kau yang didakwa kawan dia. 

dalam berpuluh-puluh komen yang kondem Jard, kenapa kau point pada komen aku sorang saja?okaylah. mungkin aku tak sedar komen aku yang paling annoying among semua komen. atau memang niat kau nak hentam aku sebenarnya. hanya kau yang tahu.

aku memang gelabah sampai buat entry. sebab aku tak sampai hati nak bising-bising kat blog orang. jadi, baiklah aku meroyan kat blog sendiri. biar aku lepas geram kat tanah jajahan sendiri.

kalau aku ni hati busuk, memang dah lama lah aku terang-terang mesej Jard cakap "semoga kau akan kena saman dengan SZ" . but still, even salah dia, aku harap sangat2 benda ni boleh setel luar. plus, Jard pun dah mintak maaf dalam entry dia sebelum dia privatekan blog. oh ya, kau pun cakap takde saman lagi apa semua kan? bagus lah. harap-harap memang takde lah. bagus betul Jard ada kawan baik macam kau. siap tolong bagi latest info. terima kasih lah untuk itu SAHAJA.

kalau betullah aku dan Jard dah tak berkawan, maka, tahulah aku siapa kau sebenarnya :) 



sudahlah. 
aku bukan kawan yang terbaik untuk siapa pun.
mungkin. 





18 June, 2010

Gula-Gula Kapas

ada orang dalam kehidupan kita,
impak dia tidaklah besar mana.
tapi,
mungkin pada waktu dan ketika yang kena.
dia boleh jadi gula di waktu ramuan hidup kita sedang pahit.
dia boleh jadi penawar waktu hati kita sedang sakit.
dia boleh jadi segala apa yang bisa mendamaikan.

17 June, 2010

Bisik-Bisik

kau suka tak kalau ada 2 orang kawan tgh bisik2 depan kau?
macam babi kan rasa?

aku rasa perlakuan tu antara benda yang paling menjengkelkan untuk aku.
kok ye pun kau nak mengata aku ke, tunggu aku takde boleh tak?
ke kau main sms dengan kawan kau tu ke?

kalau tak mengata aku, apesal kau bisik2 depan aku?
sakit mata tengok.
bajet kau orang 2 kawan baik.best lah bisik2 ni?
sedih lah kau ni.

15 June, 2010

Lawa

aku ada kenal sorang kawan ni (A). dia ni kecik.comel.putih.bertudung.lawa. memang dari mata aku lawa lah kawan aku ni. ramai peminat pun ye jugak. aku kenal kawan ni tak la lama mana. kurang dari setahun. kenal gitu-gitu je. takde rapat mana.

one day. tengah-tengah sembang dengan sorang minah ni (B).  which is dia kenal agak baik jugak dengan si A.

aku : lawa kan si A tu? comey ja dia. suka lah tengok muka dia. tak jemu nak pandang.
B : erm untuk aku biasa je lah. sebab dia putih je kot. 
aku : blablablabla (tak ingat dah apa aku jawab)
B : tapi, kalau kau tengok si A tu free hair kan.dia macam ada tanda besar dekat dada dia. tahi lalat yang berbulu tu. (tahi lalat hidup la kan?).
aku : ...........................................

apa motif B ni cakap macam tu? lawa itu kan subjektif ? kalau ada parut sebesar alam kat dada ke leher budak tu pun, biar je lah. takkan itu pengukur kecantikan seseorang. ye tak?

p/s : ngahaha. edited sudah.biasalah.excited sgt nak type kan T______________T


Lost Contact

mama : hang pi KL tak jumpa dengan ***** ka?
aku : tak pun.
mama : awat? dah lost contact?
aku : a ah.tak contact dah.
mama : la,awat tak contact dah?
aku : .............


ada orang yang memang sengaja aku tinggalkan dengan niat.
biar sepenting mana pun dia dulu,
mungkin sekarang sekelumit pun tiada sayang lagi.

14 June, 2010

Love Bite

hye love bite,
selamat datang ke daerah kulit aku.
sampai ke muka-muka aku kau tinggalkan kesan.
T__________T

tu belum kat bahagian badan lain lagi.
geli pulak tengok banyak2 T____________T.

hye love bite,
jangan gigit lagi malam ni.
penat dah nak menggaru hoi!
penat jugak tuang minyak satu badan.

hye love bite,
nasib baik kau bukan love bite berciri manusia.
tapi nasib tak baik jugak sebab kau berciri hama.
T_____________T

dan sekarang aku tengah menderita mengusir love bite kat badan aku dengan minyak panas.

08 June, 2010

Kawan Maya #1

yang terbaik adalah yang mulia di depan,
mulia juga di belakang.

yang terburuk-kan adalah yang mulia di depan,
berbuat mulia di belakang.

01 June, 2010

Bertuah

baby-baby zaman sekarang sangat bertuah.
lagi-lagi kalau mak pak dia photographer.
gambar lawa bukan main.
dah la lawaaaaaaaaa, pastu
every moment pulak boleh dicapture dgn perfect!

ada jugak mak pak buat blog untuk anak dia.
comel bukan?
esok besar.tak payah anak susah2 reg blog lain kalau nak blogging LOL.

anggaplah ini entry jeles sebab bila tengok gambar-gambar sendiri masa baby dulu,
semua mode sephia.

T_______________T

Melankolik #2

semalam bermimpi.
seseorang.

sejak terjaga dari mimpi.
ada sesuatu yang menyelinap.

malangnya.
seseorang itu, tempatnya bukan di sini.
tempatnya,telah aku sediakan di hujung sana...


p/s : hehhhhhhhhhhh. melankolik gila. yecks.