29 July, 2010

Geli Geli

hari tu aku nampak sorang kawan aku ni (A) post komen kat wall kawan aku (B). senang cerita kitorang 3 ni kawan la. B punya status, dia craving nasik kandaq. memandangkan beliau jauh di tengah KL, harus lah dia kempunan nasik kandaq Penang kan :p then si A ni memang sungguh lah mulut puaka.

A : sedap ke namakedainasikandaq?? busuk longkang arr..

B : longkang busuk takpe.. jangan mulut busuk macam longkang sudey

A : wek.... yeyek... tuh yg buat nsik tuh sdap kowt.. ngidam ape wei.. ahaks

B : hang apa kes nak wek, yeyek bagai dengan makanan? awat? aku ada mintak hang pi tala kat sana ka beli kat aku? takdak kan? takdak kalo sila diam.


padan dengan muka si A sebab kena sound direct dengan B. and yes, siapa suka orang dok yeyek yeyek depan makanan? nak kena penampar? kurang ajar gila perangai. macam lah hang tak pernah makan nasik kandaq kan sepanjang duduk sini? oh ya, mungkin hang layan makan kat tempat2 high class ja. mungkin seperti makan kat hotel? oopsssssss!

or, mai lah aku ingatkan hang. kot2 hang dah lupa yang mak hang pun jual nasi lemak tepi longkang. ada sesiapa hina mak hang ka berniaga tepi jalan,tepi longkang? TAK! sebab nasik lemak mak hang memang sedap gila! so sama lah konsep dia dengan nasi kandaq. kalau hang geli ka apa, then sila diam! sebab orang lain makan pun bukan dengan duit hang. tak perlu nak tunjuk alergiknya hang dengan mamak2 depan orang! MELUAT!

p/s : kena mintak briyani free weekend ni sebab aku dah back up bangsa mamak2 kat Penang ni hahahaa



Bedah

kat belah belakang kepala adik aku, ada macam err apa eh nak sebut. dia macam gatal2 tau kat belakang kepala dia. (eh,apesal ayat berulang ni? HAHAHHA) okay,sambung. so kat belah belakang tu,dia selalu lah garu, sebab gatal sangat.lama2 belakang kepala dia tu jadi macam putih and merah.jadi macam berbekas sebab lama terbiar macam tu. ingatkan just gatal biasa,,tapi lately ni macam merebak pulak. so tadi, my dad suggest lah nak pegi klinik pakar kulit minggu depan since ubat2 lain macam tak berkesan je.

aku : ha,minggu depan hang cuti hari selasa pi lah klinik. esok, merebak 1 kepala,padan muka hang!

adik : tak mau lah pi klinik. aku takut.

aku : hang nak takut apa?

adik : aku takut doktor bedah kepala aku.

aku : *&^%R&^&*()_+)&^%^&*&^%E$#@!*()(**& T________________________T

jangan di tanya lah bait2 perkataan apa aku mencarut kat adik aku. hahaha. sekarang jugak aku rasa nak bedah dia!

27 July, 2010

A.N.Y #2

aku kan penghuni di FB. macam guard dah dalam tu. so selalu lah aku ternampak updates dari kawan2 aku. and lately ni, aku rasa annoying gila gila gila gila dengan orang yang asyik tanya bila nak ada anak.

kawan aku ni dah 2 tahun kawen. dia just buat status, rasa tak sihat, demam. tiba2 semua komen, eh nak dpt baby dah ke? mengidam ke? pregnant ke? kawan aku tak jawab lgsg sekor pun yang tanya dia. mesti lah dia stress.

ada jugak sorang kakak ni. dia just tulis kat satus dia, "mintak2 lah jadi kenyataan" pastu komen2 bawah tu semua ingat kakak tu dah pregnant!

AKU KESIAN WEHHHHHHHHHHH! otak kat lutut ka apa? takde sensitiviti langsung. kesian diorang nak menjawab. nama pun rezeki. kau ingat buat anak tu macam buat telur goreng ke? 2 minit je dah siap? respect lah perasaan pompuan2 ni ha. sape taknak anak? kau tu kalau bukak kilang anak, diam2 sudah lah. dah rezeki kau murah. cuba kau pun takde anak,orang dok provoke2 tanya, tak ke kau rasa nak sepak orang tu?

haihh.

Terjebak

last aku tengok drama Korea adalah cerita Full House.
kali ni. sedang menjebakkan diri dengan Wonderful Life.

tapi,
Nana cakap Tearful Life T____________T
baik,sediakan baldi sebelum hujan.

25 July, 2010

Bila Terlalu Menunjukkan Kesempurnaan #2

ada kesinambungan lagi rupanya si abang photographer tu. dari hari tu aku mula jengkel dengan dia. sampai lah membawak-bawak kepada sekarang. again, dia suka buat status kat FB yang boleh kasi orang lain panas. i mean, orang lain tak kacau kau, kenapa kau kena kisah pasal orang lain kan?

2-3-4-5 hari lepas dia buat perangai buruk lagi. dah buat status goreng pisang panas, tiba-tiba pi remove pulak. HHAAHA alahai, asyik aku je nampak dia dok delete status2 panas dia T______T. mentang2 kau dah hentam "orang sebelah sana" , kau mencarut pasal rules apa entah dalam status tu, pandai pulak kau delete. tak pernah fikir yang mungkin "orang di sebelah sana" dah baca status kau.

kan kau dah kena kecam hebat oleh "pihak di sebelah sana". LOL. orang tu tak pernah provoke hasil kerja kau. kenapa kau kena sebok dengan pilihan hidup diaaaaaaaaaaa? aku pulak strees dengan kau ni. cakap asyik nak bagus! kalau newbie2 tanya tu,aku tengok tak pernah kau reply apa diorang tanya. let say how u edit ur pic ke, mcm mana dapat tone blablablabla. malah, kau provoke lagi budak2 tu.

okay dah.

p/s : pelik-pelik dengan group photographer sekarang.


23 July, 2010

Hijau

mata aku ni sangat diperlukan untuk melihat benda-benda yang hijau.
maka, telah tertunai lah hasrat untuk melihat hijau.
hijau yang betul2 hijau!
betul2 dalam hutan Sedim tu haaaaaaa!
bosan!
bosan!
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnn!


aku tak pernah suka dengan apa jua yang related dengan hutan,sungai,gunung,bukit (kecuali bukit kukus LOL).
aku benci duduk atau jalan2 dalam hutan.
sebab tiada apa yang aku boleh tengok dalam tu.
mungkin boleh tahu nama pokok.
itu pun mungkin sekilas pandang.
kalau nasib baik,
boleh bercinta dengan nyamuk sekali.

tapi aku hargai ciptaan Tuhan ini.

21 July, 2010

Terhutang Budi

kadang-kadang,
disebabkan terhutang budi,
ianya boleh memakan diri.

kadang-kadang,
disebabkan terhutang budi,
aku menjadi tak ikhlas.

kadang-kadang,
disebabkan terhutang budi,
aku menjadi pelakon kehidupan.

kadang-kadang,
disebabkan terhutang budi,
aku menurut perintah.

aih.

18 July, 2010

Each Time



sumber : sini

14 July, 2010

Tak Faham Aku Korang Nih.



atas pagar KOT. hahaa

p/s : FB kawan.

12 July, 2010

Sweetest

kadang-kadang kita nak someone buat something special kat kita.
tapi, mungkin bukan rezeki kita untuk dapat apa yang kita nak.
tapi,
kenapa tidak kita yang buat dekat certain2 person tersebut?
kenapa tak make it reality?
mungkin kepuasan tu lagi berbaloi

:)

09 July, 2010

F & J

tadi bukak Beautiful Nara, usha2 lah story pasal Fasha Sandha and Jejai tu. then, baca pulak komen-komen dalam entry tu. tapi tak go through satu-satu lah. gile ape. beratus-ratus komen tu T________T tp overall memang lebih kurang same je komen diorang. semua mmg hentam Fasha.

then aku fikir, 
Fasha ni memang ada die hard fans ke atau sekadar bias?
sebab, memang FAKTA ramai tak suka dia.
tak payah cakap kita yang tak tahu apa2 ni.
even press pun sendiri hentam dia.

seriuslah.
kalau aku jadi dia,
di mana setiap penjuru hidup dia,
orang membenci.
memang aku bunuh diri.


05 July, 2010

Scha & Alyahya

sejak-sejak fenomena Scha Alyahya melanda Malaysia ni (i mean dia popular la),
ramai pulak nama bapak diorang sama dengan Alyahya kan?
pelik jugak aku.
sebelum ni tak pernah aku nampak Al-Yahya tu kat mana-mana.

oh ya.
tiba-tiba jugak ramai yang bernama SCHA.

HAHAHA.
kelakar jugak lah.

04 July, 2010

Selesai

Alhamdulillah!
setel jugak the so called reunion.
ternyata 12 tahun berenggang,
terlalu banyak perubahan.
sampai pada satu2 ketika,
semua mulut terkunci.

but its okay :)
sekurang-kurangnya dapat jugak jumpa.
dari sembang lebat,
tapi bayang pun tak nampak. 
heh.

03 July, 2010

Dan Bila Esok

tengah gila lagu Sofaz sekarang ni :p

hari ini, sila cepat berlalu.
menyampah pun ada ni.
hati tak la ikhlas mana nak pergi.
after macam2 benda jadi dalam FB tu.
the so called reunion katanya LOL.

lepas ni taknak amek tahu dah.
silap2 aku remove semua dalam tu hahaa

01 July, 2010

Baik & Buruk

Bila kau baik gila dengan dia di tahap paling agung,
kau tatang dia bagai minyak yang penuh.
24 jam kau bercerita pasal dia.
48 jam aku menadah telinga.

Bila dia mula buat kau spoil.
kau jatuhkan dia di tahap paling bawah.
24 jam kau merungut pasal dia.
48 jam aku berikan telinga.

okay lah tu.
mungkin itu definisi KAWAN BAIK untuk kau.

kau lah.
kau kan baca blog ni?

:)