30 August, 2010

Bulan Puasa

minggu lepas, tak ingat hari apa. aku bangun je dari tido, aku nampak atas meja makan ada 2 buku pasal Kaabah dengan apa entah lagi satu tu. buku berunsurkan agama la kan. aku macam pelik la. sape pulak keluar beli ni. maka,aku tanyalah mak aku.

aku : sapa beli buku ni?
mamito : tadi mama beli. ada budak tu jual. jauh dia mai. dari kedah.
aku : selama 9 tahun kita duduk sini, tak pernah pun ada budak datang jual buku agama..

bukan lah apa kan. tapi betul apa. selam aku duduk sini, orang jual kerepek, kalendar, kek memang ramai. orang jual buku memang tak pernah ada. aih ramadhan ke 9 pulak lah ada orang jual.

kadang2 bukan tanak tolong beli. tapi takut kena tipu je. apa pun tawakal je la :)

28 August, 2010

Empat

khamis.
jumaat.
sabtu.
ahad.

mengukur kelebaran tanah di Pulau Pinang.
T____________T

26 August, 2010

Lagu Raya

setiap kali menjelang raya, maka artis pun berpusu-pusu buat album raya yang aku anggap macam sampah je lah. sorry lah. lagu2 raya zaman sekarang ni, boleh berdarah telinga kalau dengar. semua pakat nak renew lagu2 lama apa hallllllllllll? konon nak kasi refreshment kat lagu lama. ape jadahnya T___T . masalahnya, orang tetap nak dengar lagu lama.

lepas tu, lagu2 versi sekarang semua entah hape2. dah gaya rock dah aku dengar. dok jerit hiyeyy hiyeyyy je aku dengar belakang setiap lirik tu.

dah. sekian bebelan pagi ini.

25 August, 2010

Pergi atau Tak Pergi

bukan wajib.
tapi taknak mengecewakan orang yang pernah bagi kerjasama kat aku dulu.
haih haih.
tinggal lagi 2 hari untuk sampai Jumaat.

damn!
macam mana nak ikhlas hati pergi ni?

22 August, 2010

Tak Faham

aku tak faham kenapa ada certain lelaki yang tak bagi GF dia hang out dengan girlfriends??

AKU SUMPAH TAK FAHAM.

p/s sakit hati T____________T we miss you,lidya :(

20 August, 2010

SPAM

setiap kali bukak wp-admin, setiap kali tu jugak lah aku delete SPAM! 
stresssssssssssssssssss! sehari sampai 5-6 kali masuk inbox komen apa hal? T_______T

akismet, anda sudah bersara dari pekerjaan kahhhh?
janganlah menduga kesabaran di bulan puasa ni.
makin menipis dah tahap kesabaran ni.

18 August, 2010

Paling

benda yang paling aku tak suka dan tak boleh diconsider langsung, adalah MELIPAT BAJU! ya rabbiiiiii! boleh kira dengan jari je tahun ni berapa kali aku lipat baju kat rumah! aku memang tak sukaaaaaaaaa! walaupun kadang2 sakit hati jugak nak cari baju dalam timbunan2 tu kan lol, tapi aku lagi rela tak lipat. eii perasaan tak suka tu, tak boleh ditanding dengan apa sekali punnnnnnn! hati beku je tengok pakaian banyak2 tak lipat. 

biasalah, duduk dengan family kan. kalau duduk sendiri, terpaksa lah lipat T___T nanti orang mengata2 pulak hahahaa. fair la tu, aku basuh dgn sidai dgn angkat kain, mamito lipat kain. lol. dasar anakkkkk sungguhla!

15 August, 2010

Remove

kadang-kadang (baca : selalu) nak je aku maki function Twitter ni. even canggih macam mana pun menatang tu. kadang-kadang aku taknak certain2 person follow aku. SPAM tu lain cerita la, memang aku tick as SPAM je. yang hanginnya, kadang tu aku taknak pun diorg tu di-consider as a SPAM, tapi button REMOVE takde pun T____________T nak buat camno? mahap la pada sesape yang aku dah tick SPAM tu.aku pun memilih orang gak LOL. bajet best je hahaha.

SPAM dengan BLOCK, aku rasa 2-2 tu memang buruk! ke aku yg tak tahu button remove tu haaaaa?

13 August, 2010

Keruh

semalam, Kak Rei ada PM aku and the rest of  budak2 TAA dalam list dia. invite untuk berbuka puasa katanya. so ramai2 pun excited la dalam inbox FB tu kan. setiap jam ada popup baru. aku pun tengok je lah apa diorang borak-borakkan. oh nampaknya mereka masih excited to the max. kak cd,kak uda,kak mika,kak xeroz, err entah sape2 lagi yang Kak Rei invite. aku pun dah tak berapa cam. hoho. 

anyway,aku menyampuk sekali je.bagitau aku tak boleh nak attend gath kali ni. last pun jumpa diorang, masa open house Hari Raya kat rumah kak CD tahun lepas. 

takkan dinafikan lagi, kekokan mula terasa.

kalau dulu,untuk TAA punya gath, aku sanggup je pergi even masa tu jauh ceruk dekat Sepang tu ha. aku agak kalau aku kat Penang pun masa dulu, aku mesti sanguup  turun.

tapi tak mungkin untuk kali ini, dan juga untuk kali ke seterusnya. minta maaf kakak2 dan abg2ku. keadaan dah tak sama macam dulu. mungkin keadaan sekarang lagi sesuai untuk geng2 yang berkelompok :) atau mungkin jugak aku rasa macam tak best sebab takde geng riuh rendah mcm dulu :) atau sebenarnya aku terasa sendiri bila diperli-perli hanya sebab aku rapat dengan orang yang kauorang tak suka. atau sebenarnya memang aku dah bersara dari acara gath2 ni :)

pilih lah 1 ;p

12 August, 2010

Berbalah

semalam, untuk kesekian kalinya timeline Twitter aku dihangatkan dengan 2 orang blogger ni. nampaknya orang keliling (mutual) hanya berdiam diri sambil menyaksikan budak 2 orang ni berbalah.

yang si A dok provoke si B.
yang si B dok tegakkan keadilan sendiri dengan hujah2 cliche beliau.

aku wondering,diorang berbalah dalam tu, seolah2 diorg ni takde followers or takde mutual friend yang tengok. kurang2 kalau kau nak perang dalam Twitter, boleh DM tak? ke email ke, tak perlu lah open air sangat ayat2 korang tu.

2-2 pun aku consider macam budak2. aku pun pernah jugak hampir-hampir berperang dengan sorang mamat ni. rasa nak maki mencarut kat dia dalam Twitter. tapi pikir ramai yang tengok timeline kami, aku senyap. even dia still dok sindir2 aku kan. then esok tu, terus unfollow dia. hati tak sakit, mata pun tak sakit. simple kan?

dalam hal A dan B.
aku setuju dengan salah seorang.

hahahaa.



09 August, 2010

Kuih Raya

tahun lepas tak buat langsung kuih raya. almaklumlah, tahun lepas kan tahun hitam T___T sob sob. tapi takpa, Alhamdulillah tahun ni getting ok. maka, mama Aloyah pun ada mood nak buat kuih raya. plus adik aku pi jaja pulak 1 Econsave yang almond london mak aku buat sedap LOL, habis kawan2 dia order T___T aku lah tu tukang buat,tukang kacau,tukang gentel, tukang bakar, tukang bubuh coklat. mak aku tukang bakar badam je T________T

tapi takpa,
yang penting enjoyyyyyyy! :p

07 August, 2010

Ikut Hati,Mati.

ikut hati,
mati.

betul lah.nasib baik semalam masih terkawal emosi aku. dari melayan sekor bangkai kat alam maya ni. LOL, baiklah aku berdiam diri.

kalau dah dasar mulut macam longkang tu,
busuk jugak lah ye.

patutlah ada 2-3 kerat tak suka dengan mulut busuk dia! hahaha. and patut lah orang pun tak lalu nak respect dia. hahaha.

ni pun ayat cover habis baik dah ni. tetap aku jaga maruah blog/twitter dia. tak baik lagi kah? hahhaa

p/s : ye.tengah marah ni.

05 August, 2010

Bangang.

semalam kan bro Kay telah melancarkan plugin yang dia and bini dia buat. plugin berbuka puasa namanya, plugin ni akan memaparkan waktu berbuka puasa mengikut negeri. dalam Malaysia je la ade :p and blog yang self hosted je boleh letak.

then,semalam lepas dah install plugin ni dalam blog aku, boleh aku tanya bro Kay..

aku : bro, apesal takde waktu Isyak? (nasib aku tak sambung ayat Zohor dengan Asar)

Bro Kay : laaa ni kan waktu berbuka puasa?

aku : LOLLLLLL T_______________T

ape ke bodohnya aku ni tanya soalan bangang dalam duniaaaaaaaaaaaa! aku sedar benda tu untuk waktu berbuka puasa.tapi apesal entah aku tanya. macam waktu solat pulak! hahaha

sengal!

02 August, 2010

Panjang

maaf lah nak cakap,
kurang berkenan dengan nama anak panjang panjang berjela.
aku rasa 3 suku kata tu pun dah panjang.

zaman sekarang terlalu banyak yang berubah.
terlalu banyak nama baby yang pelik2 aku dengar/baca.
harap2 semua tu ada makna :)

just my 2 cents. bukan big issue pun

p/s : dalam semua anak blogger, aku paling admire nama anak Kak Noe, Sabrina. simple. senang nak tulis Sabrina Binti bapakdia. esok2 anak dah sekolah, nak tulis kat buku sekolah pun tak penat.