31 October, 2010

#Just Saying

.... jangan sampai orang tak halal dowh!

kahkahkah!

29 October, 2010

Mimpi

2-3 hari ni mimpi pelik-pelik.
mimpi berciri kenduri,berciri kompang,berciri tok kadi
HAHAHAHHA

masalahnya watak lelaki itu adalah bf orang! LOL

motif entry? ok bai

27 October, 2010

The Unfollowing Dilemma

ok.tu antara tajuk kegemaran jika ada #judulfilemtwitter.

sekarang sangat berharap aku dapat unfolo kau. ataupun esok aku bangun pagi,kau unfolo aku pastu boleh aku unfolo kau balik.

sangat2 berharap ada fungsi HIDE dalam web twitter! tolonggggggggggggggggggglahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

damn!

26 October, 2010

Isu Si Cantik F

sejak semalam,agak hangat kisah si F diperkatakan. aku pun tak sangka kawan2 sekeliling aku tahu jugak pasal kisah tu. hahaa. aku pun baru tau dalam sebulan ni. nevermind.

kisah beliau,betul2 mengingatkan aku kepada kejadian aku dan kawan2ku (chika,kak ween,dir fara dll) masa ditipu hidup2 oleh Chimey. aku dan Chika antara orang terakhir yang tau pasal penipuan si Chimey di mana beliau menggunakan muka model Filipina yang hot dan di-photoshop-kan dengan badan siapa2 entah. dan mendakwa itu dirinya. dan terbongkar jugak rupanya entry2 di dalam blog beliau rupanya diplagiat dari sumber lain. sedih sangat masa tu. sebab aku rapat jugak dengan si Chimey .(AKU HAMPIR LUPA NAMA BELIAU. CHIMEY KE HA? MANUSIA PERANGAI LOSER MEMANG PATUT PUN AKU TAK INGAT NAMA DIA!) rasa ditipu sangat. ye lah,mana nak perasan muka kau tu photoshop ke menatang apa ke sebab aku dah suka entry2 kau kan? tak koser nak telek muka kau ke apa UNTIL kak ween bongkarkan semua. ha, nak terbuntang bijik mata ni ha.masa tu jugak si Chimey ni private blog then dia delete blog dia. nice kan?

aku tak cakap kes si F sama dengan Chimey.tapi agak lebih kurang lah.

tak dinafikan penulisan si F di dalam blog memang sangat2 puitis. sangat2 menarik perhatian pembaca. buktinya, beliau memang mempunyai ramai readers. cuma,apa yang dikesalkan kenapa beliau perlu berselindung di sebalik gambar-perempuan-mana-entah di dalam blog beliau? di manakah kejujuran beliau sendiri terhadap readers beliau? apa salahnya diletakkan gambar sendiri? ok mungkin sangat privacy. kurang2 diberikan kredit kepada gambar yang beliau guna. herm.

pastinya disebalik ini akan ada suatu sebab.yang hanya beliau dan tuhan  saja yang tahu =) takde perkara yang kita buat tanpa bersebab. kalau beliau mahu terus berdiam diri,biarkan. kalau beliau mahu berterus-terang, kita pinjamkan telinga =)

p/s : letakkan diri di tempat readers.loyal readers.

24 October, 2010

Rugi Sepanjang Zaman Katanya

DDR berkata tentang trailer 2 Alam yang beliau share di FB.

"kehebatan 2 alam dan masej keinsafan dgn lagu ketuhanan dlm 2 alam memang hebat. mereka yg tak bersama ddr pecah panggung 40 juta rugi sepanjang zaman....rugi kerana anda menolak cipta tinta sejarah bangsa 1 malaysia..."

T_________________T HAHAHAHA
RUGI SEPANJANG ZAMAN KATANYA!

ya rabbi! rasa nak menangis 4 kolam bila beliau cakap macam tu. aku dah banyak tengok malay movie kat panggung ni ha. kebanyakannya memang menyesal lah bila beli tiket. RUGI WEH!! banyak sampah dari yang best! itu baru rugi sepanjang zamannnnnnnn! tak luaklah takat tak tengok filem ni ja -__- dah la promote kat semua medium. over ok! hahaa. takpalah DDR. teruskan dengan semangat perahsantan anda. semoga betullah 2 Alam tu akan pecah panggung sampai 40 juta. sedangkan masa preview pun dengar2 kata 2/3 cinema tu kosong.LOL apa cerr? rujuk sini (http://www.klubbkidd.com/2010/10/alam-dan-manusia.html)

ini bukan kata2 dengki. bukan juga kata2 taknak tolong melayu ke apa. tapi, kalau dah over confident sangat pun masalah jugak -__- 

hati sudah mati nak tengok filem melayu. tapi Estet menggamit hati aku nampaknya. dan juga Nur Kasih The Movie. itu wajib.

22 October, 2010

Sun Sun Sunkist!


aku harap ada gambar lagi kecik dari ni. malangnya ni lah yang paling besar! hahaa



hari tu gila air Twister. tapi,asyik2 habis di pasaran ja (setiap kali pegi Tesco mesti takde yang Twister oren. ada yang Apple punya ja!). maka, inisiatif lain di ambil. beli pulak Sunkist version dalam gambar kat atas tu. sedap jugak. at least takde lah semanis and semasam Twister kan?

so,selalu aku akan minum dengan ais la.bila air ni dah nak hujung2, maka segala isi oren pun akan merembes keluar sekali dalam cawan T______T maka bila minum tu rasa lah isi2 oren tu membuatkan aku macam geli geleman. apa punya durjana perangai aku ni ha.

kenapalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku tak makan buah? even isi oren sikit2 tu pun punya susah nak lalu kat tekak aku! dulu masa sekolah rendah, aku pernah try makan err tembikai ke jambu entah, haaa muntah balik masa tu jugak. jeles sangat tengok orang makan T___T makanya,sejak dari kecik memang tak makan buah. melarat2 sampai dah.

lagi bestnya, sayur pun aku langsung tak makan! nice betul menjadi aku. hilang banyak nikmat dunia -_-

20 October, 2010

Bukan Kelik Nuffnang

dalam twitter, jarang lah aku nak merepek sorang2 dalam tu. hehe mesti ada geng, mesti ada topik2 yang best. tak pun mesti ada geng nak bahan orang! LOL.

kelompok 1 :  aku, ynaa,ciknurull,rara & ynn kadang2 (haha aku dan adik2 mana boleh dipisahkan lol)
kelompok 2 :  aku,chika,liz,queenlyana,cikja,cik ara, anis diyana (memang klik terbaik!)
kelompok 3 :  aku,liz & dieyla (membahankan orang keja kitorang -__- oh dan jangan ada typo dengan kelompok ini! hahaha.kelak menyesal diri lol )
kelompok 4 :  aku,chika,kay (anak buah bertukar-tukar fikiran dengan manager blog haha)
kelompok 5 : aku,liz,kak lin,mm ( sape typo masa ni memang malang ah HAHAHA.memang kena bahan cukup2 lol)
kelompok 6 :  aku,liz,chika,kak lin (sembang hal anak T___T)
kelompok 7 :  aku,qasfirdaus,mm (ni sembang tak tentu hala namnaya haha)
kelompok 8 :  aku,mm,kak erni (cepotet),arina (adledash) (ini acara kakak erni mengenakan semua adik2 nya T___T)
kelompok 9 : aku,kak hidd,kak nurul,kak wahida (selalu topik umum,tak pun gosip artis hahaa)
kelompok 10 : aku,kak hidd,qasfirdaus (selalunya kak hidd bukak 1 topik,kitorang menyampuk :p)


haaa tudia,ramaiiiii tapi apesal aku nampak banyak nama Liz je ni? HAHAHHA.  haih,sukanya bersembang dalam Twitter weh! iskkkk! gejala apakah ini!


p/s : yang takde dalam kelompok2 ni, aku rajin berkomunikasi 2 hala dengan diorang. konon lagi private lah gitu. haha.sengal!


18 October, 2010

Setuju

aku dan kawan-kawan aku (leka,lydia,athin) memang bersepakat bahawa tahun 2009 adalah tahun hitam di dalam hidup kami semua. dari segi apa sekali pun. life,love thingy, kerja,roomate/housemate gila (aku la tu hahaha)

tapi,aku lebih hitam dari semua tu.lebih sakit dari semua tu. cumanya,aku tak bercerita :D sape yang tahu, tahu lah. dan yang peliknya, yang tahu tu, semua kawan-kawan maya. tak.takde ape yang pelik. dah selalu macam tu.

harapnya tahun2 selepas ni,things will getting better! lets pray for it! :)

16 October, 2010

Kerek

tiba-tiba macam sakit hati pulak dengan orang yang kerek!

p/s : mood tengah berciri random

15 October, 2010

K3G

dah 2 hari berturut-turut dok tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham! sampai lupa kat series How I Met Your Mother kegemaranku! hahaha.

antara filem hindustan yang bestttttttttt! gandingan pelakon yang memang superb dan best! dan mata pun rabak untuk kesekian kalinya T___________T

ok nak sambung tengok. nak menatap wajah kekanda SRK. auwww!

12 October, 2010

Short

hari tu, aku ada YM dengan Chika. then masa nak end conversation tu.. aku pun tulis lah.

aku : ok babe, ttyl.
chika : ttyl tu apa?
aku : hahaa, talk to you later.
chika: oh ok2.oklah, SYIKLS. hah, amek kau!
aku : HAHHAHAHH. apa tu T_________T
chika : hahha. see you in KL soon
aku : LOL

haha short form ciptaan sendiri memang sampai kiamat la nak tahu kan -___- babe,rasa macam tak dapat jumpa. kita kan jauh :(( takpalah, u pos ja barang tu hahahahahah! :D nanti medina dah berlari kot baru dapat jumpa (ok over!haha) 

10 October, 2010

Propa

lemau betul bila ada orang suka propa lebih.

06 October, 2010

RM15

baru2 ni ada kawan mak aku order cornflakes cookies yang aku buat (ehem2 haha). sebab mak aku ada bawak pegi ofis hari tu kuih aku ni ha. since kitorg ni bukan buat bisnes jual kuih raya besar-besaran, price pun memang sikit lah kan. aku dah cakap kat mak aku, letak lah RM15 untuk 50 cookies kan.  kawan dia order 100.

then tadi balik, mak aku hulur la RM15 ja kat aku. aku macam pelik la. eh,RM15 untuk 50 ja. suppose RM30 la. dia kata dia lupa. T________________T *nanges* aku pun macam bengang la kannnnnnnn! then mak aku nak tambah RM15 dia. haaa, tak payah. aku siap suruh mak aku mintak lagi 15 lagi kat kakak tu esok LOL. tapi takkan mak aku nak mintak kan? 

bukanlah kebulur sangat duit tu ye. tapiiiiiiiiiii, memandangkan perit jerih aku buat kuih tu, eiii *^&*(&^%*&#!!! ingat senang ke ha cornflakes cookies tu? dah la doh dia lembut gila sampai tak boleh nak bentuk guna tangan! kena guna sudu pulak tu. dah la tak guna mixer untuk kembangkan butter. guna manual ok! MANUAL! haa tu la secret recipi kuihnya! haha ok tak lawak. maka, nak dekat 3 jam ok buat! nasib mak aku jaga oven.kalau 2-2 aku buat comfirm banyak kuih hitam. tak berbaloi langsung aku rasa RM15 tu utk 100 cookies!!!! T_______________T isk isk iskkkkkkkkkkk. lepas ni orang order, aku nak tulis harga besar2 kat penutup bekas tu. even mak aku lupa pun, takdelah orang yang membelinya lupe kan?

Rambut Pendek

tadi masa kat kedai nasi kandaq Kayu (heaven! tapi sedap lagi kapitan haha), masa makan tu, aku tengoklah Tv yang diorang pasang. channel sukan komanwel live, acara angkat berat. masa tu turn peserta Malaysia, Raihan Yusof. perh nama sedap kau! tengok dia sebijik macam jantan. rambut pendek, macam pengkid2 kat Malaysia ni ha. ok takpelah, lepas dia, turn negara apa entah. aku tengok takde pun perempuan2 negara lain gaya ala2 tomboy macam negara kita ni T__________T

tengok je lah atlet Malaysia ni. kebanyakan perempuan semua potong rambut pendek macam laki,jalan pun gaya laki.sampai kadang2 tu confuse nak cam dia laki ke perempuan. kalau tengok negara lain, perh sempoi je rambut panjang, siap ada yang pakai earing ok! hahaha. cool apa?

kenapa eh macam tu? hahaha. ok tak penting untuk diketahui. just pelik.

02 October, 2010

BENCI TAPI NAK TENGOK JUGAK!

status 1 -

"chayang: i hope ghaya nieyh u leyh mai umh i cz i da st0ry bezzz nyer kt u...plzzzz...slamat hary ghaya aidilfitri maaf zahir batin..sorry slama nieyh da ksr bhsa o wt ever okeyh dear....♥♥♥ 4ver..muaaahhhh‌"

status 2 -

"0ittt...unk nieyh dh lpaa drt kha????unk bla mao meh umh akoh n b'ampon3 haah???patenin 00wwhh pateninn!!!sdr lorh dkau dr mmpi borok kamoo 2..."

status 3 -
" mmm...nth lorh cayunk..akoh pown xphm gn dryku skg niyh...arghh patenin 0wh patenin...."

KENAPA AKU KENA BACA AYAT JAHANAM MACAM NI KAT WALL KAWAN AKU HAAAAAA? DAMN IT!!!

p/s : orang yang sama aku copy paste status2 FB dia dlm blog wp aku.

01 October, 2010

Masih Muda,Masih Mentah

hampir 3 minggu,dok lah replay lagu Aizat-Sungai Lui tu.
perfect!
terlalu sempurna lagu,lirik dan melodinya.